Perginya mu diiringi air mata dan doa semua orang. Berehatlah sayang. Dah habis kesakitan yang kamu tanggung selama ini.
Bayi berusia empat bulan itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.30 petang di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.
Ibu bayi berkenaan, Khairiah Kamarudin, 35, berkata, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak syurganya itu selepas beberapa bulan menderita sakit.
“Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami selepas bertarung nyawa sepanjang empat bulan.
“Saya dan suami pun dah bersedia terima sebarang kemungkinan yang berlaku sejak dia menjalani pembedahan baru-baru ini.
“Doktor pun beritahu mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana tumor semakin membesar,” katanya.
Terima Kasih Doakan Nishka
Khairiah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami selama ini.
“Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, dekat Bachok.
Sebelum ini Nishka disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu.
Sumber: Metro ; Kredit Gambar: Berita Harian & Khairiah Kamarudin