Tahniah, anda sudah berjaya melepasi fasa kehamilan dan proses kelahiran bayi. Kini tibalah masa untuk menimba pengalaman menjaga bayi baru lahir.
Tetapi malangnya anda berasa bingung tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ini petua cara penjagaan bayi baru lahir, khususnya untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu dan ayah.
Cara menjaga bayi baru lahirBagi anda yang kurang menghabiskan masa bersama anak kecil, pastinya akan berasa mereka sangat lemah dan sukar untuk diuruskan.
Hakikatnya, ia tidaklah sesukar mana. Pun begitu, terdapat beberapa cara menjaga bayi baru lahir yang asas untuk diamalkan dan harus dielakkan, seperti:
#1. Basuh tangan @ guna gel pembersih tangan
Menjaga kebersihan untuk persekitaran si kecil yang baru dilahirkan mustahak. Ini kerana sistem imun mereka masih dalam proses perkembangan dan ini sekali gus menjadikan si manja berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
Sebelum memegang bayi, pastikan anda basuh tangan terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya menggunakan gel pembersih tangan.Amalan ini juga perlu diterapkan kepada tetamu yang hadir terutamanya jika mereka seorang perokok.
Pastikan juga mereka tidak peluk bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 minit selepas merokok. Ini kerana toksin daripada rokok masih berada pada nafas, kulit dan pakaian mereka.
Jika si manja adalah bayi pramatang, penjagaan kebersihan perlu lebih diberikan perhatian. Jauhkan bayi daripada individu yang mengalami cirit-birit dan muntah, batuk, selesema atau flu.
#2. Sokongan kepala dan leher
Ads
Kenapa pentingnya untuk memberikan sokongan kepada kepala bayi?
Ini kerana jika tiada sokongan kepala ia boleh mengakibatkan kecederaan. Bayi baru lahir mempunyai otot kepala dan leher yang lemah dan hanya ada sedikit kekuatan untuk gerakkan bahagian itu.
Jadi sekiranya kepala si manja tidak disokong, terutamanya ketika mendukung atau mengangkat bayi, ia berkemungkinan akan terlentok ke belakang atau ke depan sekali gus menjadikan keadaan tersebut tidak selamat untuk mereka. Sokongan pada bahagian kepala ini biasanya berlanjutan untuk tempoh sekitar 3 hingga 4 bulan.
Selain itu, sebarang pergerakan kepala bayi yang mendadak turut akan mengaktifkan refleks Moro – tindak balas mengejut. Ia merujuk kepada tindak balas motor yang tidak disengajakan yang dikembangkan bayi sejurus dilahirkan dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan tertekan.
#3. Menggoncang bayi ketika bermain atau marah
Jika anda perlu bangunkan bayi, elakkan daripada menggoncang si manja. Sebaiknya, geletek tapak kaki mereka atau cara paling mudah, berikan ciuman penuh kasih sayang. Gegaran berisiko menyebabkan pendarahan pada otak dan juga kematian. Ini kerana bayi mempunyai kepala yang agak besar, berat bersama otot leher yang lemah.
Ads
Jika goncangan dilakukan, otak akan berbolak-balik di dalam tengkorak dan mengakibatkan pendarahan serta kerosakan. Bayi juga mungkin berhenti bernafas yang boleh menyebabkan kerosakan otak bertambah teruk. Gegaran dan goncangan yang dilakukan kepada bayi juga meletakkan mereka dalam risiko untuk mengalami tulang patah.
#4. Keselamatan bayi di dalam kereta sorong, carrier dan car seat
Penggunaan carrier atau kerusi bayi amat digalakkan, bahkan ia boleh menjamin keselamatan si manja ketika di dalam kenderaan. Walau bagaimanapun, sebaiknya hadkan pemanduan pada jalan yang tidak rata sehingga boleh menyebabkan bayi melambung-lambung.
Selain itu, elakkan juga daripada melompat, melantun, berlari atau menggoncang bayi di dalam carrier bagi mencegah berlaku sebarang kecederaan otak, leher atau belakang badan mereka. Pastikan juga tali pinggang keselamatan dipasang dengan sebaiknya dan bayi berada dalam keadaan kemas dan selesa di tempat duduk khas.
Ads
#5. Bayi belum bersedia untuk permainan atau pergerakan kasar
Bayi memang suka bermain. Tidak kira permainan apa yang dimainkan bersama seperti peek-a-boo atau mungkin sekadar bernyanyi, paling penting ia perlu membuatkan si manja berasa selamat.
Pasti anda pernah melihat parents melambungkan bayi mereka ke udara dan si kecil mengekek-ngekek ketawa, betul tak? Walaupun mereka suka dilambung tetapi hakikatnya perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya dan kecederaan yang tidak disengajakan.
Jadi sekiranya anda terfikir untuk melakukan perkara yang sama, sebaiknya elakkan.
Selain melambung bayi, berikut beberapa lagi cara bermain yang harus dihindari, seperti:
Mengayun bayi dengan tangan mereka
Melambung bayi dengan kuat pada lutut anda
Berpusing dengan bayi ketika mereka dalam pegangan anda
Lakukan yang terbaik dalam menjaga bayi baru lahir
Apabila membaca perkongsian ini, pastinya anda berasa sukar untuk menjaga si manja, betul tak? Tetapi sebenarnya, anda cuma perlu memikirkan segalanya secara logik, adakah perbuatan yang ingin dilakukan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada bayi atau tidak.
Jika terdapat sebarang keraguan, bertanyakan kepada yang lebih berpengalaman atau mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bersendirian di sebuah premis ikan bakar, di Alai, Melaka.
Difahamkan, ahli keluarganya secara tidak sengaja telah tertinggal kanak-kanak terbabit lalu beredar meninggalkan premis berkenaan kira-kira jam 9.30 malam.
Pemilik kedai ikan bakar berkenaan, Irsyad Zainal, 32, berkata, melihat keadaan kanak-kanak itu yang ketakutan dia bertindak mendukungnya sambil cuba mencari ahli keluarganya.
“Disebabkan pelanggan yang ramai, saya tidak tahu kanak-kanak itu datang dengan pelanggan yang mana.
“Saya hampir membuat laporan polis kerana tiada siapa yang datang mengambilnya sebelum menerima panggilan daripada bapa kanak-kanak itu selepas hampir dua jam,” katanya.
Irsyad berkata, sebelum kejadian, ibu bapa kanak-kanak yang dipercayai datang dari Kuala Lumpur itu menjamu hidangan makanan laut di kedainya bersama ahli keluarga.
Dakwanya, kira-kira jam 12 tengah malam bapa kanak-kanak itu yang berusia 39 tahun akhirnya datang dan mengambil anaknya.
“Kanak-kanak itu selamat diserahkan kepada bapanya dan saya juga turut mengambil nombor kad pengenalannya sebagai langkah berjaga-jaga bimbang berlaku sesuatu kerana ketika dia datang anaknya sudah tidur.
“Sejak 18 tahun berniaga, inilah kali pertama saya berdepan dengan situasi ini. Tidak sangka ia menjadi perhatian selepas ada pelanggan yang menularkan di laman sosial. Bukan niat saya untuk mensensasikan hal ini,” katanya.
Terdahulu, kisah kanak-kanak itu menjadi bualan netizen selepas tular di twitter apabila seorang pengguna laman sosial memuat naik kejadian dengan keterangan, “Gempar!!!! Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak tertinggal sehingga ketiduran atas meja!!!!!.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sijil kelahiran merupakan antara dokumen penting perlu dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia.
Bagi bayi yang baru lahir, dokumen tersebut adalah wajib didapatkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan status kewarganegaraan mereka.
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
Namun sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar. Bagi yang ingin menukar, anda boleh ikuti cara-cara cabutan surat beranak baru seperti yang dikongsi oleh wanita ini.
CARA CABUTAN SURAT BERANAK BARU DI JPN (LAMA TUKAR BARU)
Hari ni pegi JPN. Nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saja share cara nya:
✔️bawa 1 salinan ic (ori dah tentu kita bawak sentiasa) ✔️surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun) ✔️bayar rm5 (bayar guna kad ye) ✔️tunggu sekejap, dah siap
Boleh print jugak untuk pasangan:
Syaratnya: ✔️bawa surat nikah ori & salinan ✔️1 salinan ic Wakil yang nak print ✔️bayar rm5 jugak
Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan
Setel hal surat beranak. Benda boleh buat, kenapa nak bertangguh 😉
Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak-kanak.
Buah naga atau dragon fruit antara buah-buahan eksotik yang digemari semua lapisan masyarakat. Dengan kulit warnanya pink merah, isi lembut dan biji-biji halus yang boleh dimakan. Ada isinya yang berwarna putih, ada juga yang isinya kemerahan atau ungu. Dua-dua pun sedap.
Sebenarnya, ada banyak kelebihan dan khasiat buah naga untuk anak yang ibu bapa patut tahu tahu. Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, buah naga ini mempunyai khasiat terbaik.
Berikut antara perkongsiannya:
Buah naga ni bahaya betul ada kat rumah saya. Kalau anak nampak, asyik nak makan je. Suka betul.
Tapi sebab banyak sangat khasiat yang ada dalam sebiji buah naga, kita turutkan je lah apa yang anak nak.
Buah naga wajib masuk dalam list buah kita setiap minggu tau. Banyak betul vitamin dan mineral yang ada dalam buah naga.
Khasiat yang tak terhingga buat anak-anak. Jadikan buah favourite anak-anak korang jugak tau.
Buah naga ada;
1. Serat
– Bagus untuk pulihkan usus. Prebiotik semulajadi yang patut kita bagi pada anak-anak untuk seimbangkan kehidupan bakteria di usus.
2. Iron
– Sumber zat besi yang anak-anak sangat perlukan untuk pertumbuhan badan.
3. Magnesium
– Magnesium penting untuk lebih 300 reaksi kimia yang kawal sistem dalam badan. Cukup magnesium, makin baik sistem badan anak berfungsi.
4. Vitamin C
– Untuk kuatkan imuniti badan kan. Bila sakit, insyaAllah cepat nak sembuh. Banyak lagi vitamin dan antioksida yang ada dalam buah naga.
Bagi anak makan selalu tau. Pelbagaikan buah, biar anak nampak warna warni buah lagi sedap dari makanan proses.
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.