Keibubapaan

“No Birthday Party, No Problem,” Dah Tiga Tahun Usia Aqeef Anaqi, Amar Baharin Doakan Semoga Jadi Anak Soleh!

Share

Si comel Aqeef Anaqi yang merupakan anak kepada pasangan pelakon dan selebriti Malaysia, Amar Baharin dan Amyra Rosli baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ketiga dua hari yang lalu.

Memandangkan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dibeberapa negeri pada 14 Oktober lalu, sambutan ulang tahun kelahiran Aqeef disambut dalam suasana yang cukup sederhana hanya bersama keluarga tercinta.

Amar menerusi akaun Instagramnya memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang cukup bermakna. Sempena kelahiran putera sulungnya itu, Amar menitipkan doa agar Aqeef membesar menjadi anak yang soleh.

“Every day you find a way to bring a smile to my face and happiness to my heart. Semoga jadi anak yang soleh. Happy birthday my dearest son @aqeefanaqi !,” tulis Amar.

Tiada Parti Harijadi, Tiada Masalah

Ibunya Amyra Rosli juga tidak ketinggalan memuat naik hantaran sempena hari istimewa buat Aqeef Anaqi. Dalam kapsyen tersebut, Amyra menyatakan tiada majlis sambutan hari lahir buat anaknya kerana PKPB yang baru sahaja dilaksanakan beberapa hari yang lalu.

“No birthday party for me this year?? No problem!! Stay safe guys,” tulis Amyra

 

Dalam hantarannya sebelum itu, Amyra juga memuat naik foto puteranya itu dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

“Mommy ni jauh dari sempurna, banyak kesalahan, banyak kekurangan. Tapi @aqeefanaqi selalu lah ingat hati mommy tak pernah kurang cinta dan sayang dekat anaqi.

“Dari saat anaqi lahir, yang ada cuma perasaan untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak mommy. I love u more than you’ll ever know

“Happy birthday baby love,” tulis Amyra lagi.

Menjenguk ke ruangan komen kedua-dua akaun instagram milik selebriti ini, rata-rata rakan artis dan juga peminat turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun buat Aqeef Anaqi. Mereka juga turut mendoakan agar Aqeef membesar menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun manakala Ayra Aryssa pula dilahirkan pada 1 Februari lalu.

Sumber: IG Amar Baharin & Amyra Rosli

Baca: Rasa Dah Cukup Bonding Dengan Anak, Rupanya Tak! Bukan Material Anak Perlu Tapi…

Saksikan Episod terakhir, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 18 Oktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

 

 

 

Published by
SAHR