“No Gadjet Dekat Meja Makan” Ibu Ini Kongsi Aktiviti Bonding Bersama Anak

Share

Menjadi ‘trend’ zaman sekarang masing-masing sibuk dengan telefon pintar sendiri sambil makan. Tiada lagi komunikasi dalam keluarga, yang ada hanyalah tumpuan 100% pada gadjet dan dunia sendiri walaupun satu meja.

Agak rugi jika keadaan seperti ini berterusan kerana waktu makan antara waktu bonding yang terbaik seisi keluarga yang sepatutnya diisi dengan berbual-bual untuk eratkan kasih sayang. Seperti perkongsian ibu ini, dia menetapkan peraturan tidak membenarkan ahli keluarga bermain gadjet sewaktu makan.

No gadjet at the table.

Sejak kecil, abu dan ummi saya cukup pantang. Bila waktu makan, ada benda lain yang dihadapkan.

Makan sambil tengok tv.
Makan sambil baca buku.
Dan sekarang makan sambil tengok gajet.

Rata-rata kini dah jadi kebiasaan, bila makan anak disajikan dengan gajet di tangan. Mata di skrin. Tangan suap makanan. Kadang tumpah bertaburan. Mulut kunyah tapi tak tahu pun apa yang dimakan.

Hakikatnya, makan sambil melakukan perkara lain akan menyebabkan kita terbiasa mengamalkan mindless eating.

Makan tapi tak sedar. Kepuasan makan tak ada. Itu yang kejap lagi asyik lapar dan nak cari benda lain lagi. Kita juga akan terbiasa makan berlebihan disebabkan tak puas makan dan tak sedar berapa banyak kita ambil.

Proses penghadaman tu bukan hanya bermula bila makanan masuk ke mulut tetapi apa yang kita lihat dan bau juga akan sangat memberi impak kepada apa yang kita ambil.

Apabila kami keluar makan di luar, sebelum makanan tiba, memang anak-anak dah tahu kena bawa apa-apa untuk isi masa sementara menunggu.

Tapi gajet memang tak dibenarkan walaupun ada telefon dan tab masing-masing.


It’s a no no.

Waktu makan seharusnya menjadi waktu sekeluarga bonding. Inilah masanya selepas sehari semua bertebaran, waktu makan mengumpulkan kita di satu tempat. Masa ni lah nak catch up cerita seharian dalam hidup anak, apa yang anak lalui dan rasai.

Kalau masing-masing sibuk dengan telefon, esok lusa anak besar, balik kampung ziarah mak ayah pun sibuk dengan telefon. Makan tak tengok wajah mak yang penat masak makanan kegemaran anak.

Bercakap dengan ayah pun dengar tak dengar sebab mata ralit melihat skrin.

Jangan salahkan anak jika besar nanti berkelakuan begitu.
Kerana sejak kecil kita yang didik mereka begitu.
Waktu makan adalah family time!

Pastikan anak duduk di meja makan dan hanya boleh bangun bila seisi keluarga sudah selesai makan.

Siapkan hidangan sama-sama.
Makan sama-sama.
Kemas meja sama-sama.
Sekeluarga bersama buat apa saja.

Percayalah, memori makan beramai-ramai masa kecil tu yang paling dikenang dan disebut-sebut bila besar nanti.
Jangan tunggu anak besar pandai makan baru nak makan bersama.

Ajar dan didik anak sedari kecil, meal time is family time.
Sebab tu orang barat selalu makan letakkan anak di dalam kerusi baby dan biarkan anak teroka apa yang di dalam pinggannya.
Bersepah itu biasa.

Kena mandi dan cuci selepas makan itu biasa. Tapi sebenarnya itu yang membantu anak makan dengan tertib.

Jika disuap anak makan sambil bermain dan berlari, sampai besar pun anak akan makan sambil berjalan dan tiada tertibnya.

Jadikan waktu makan, waktu istimewa setiap hari.

Credit: RuQayyah Muhd

 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
NuFa