Mempunyai 3 orang anak yang masih kecil tidak menghalang personaliti media sosial, Diana Nasir untuk menguruskan tiga orang anak dan dalam masa yang sama membereskan kerja rumah tanpa bantuan daripada pembantu rumah.
Ibu kepada The Angguns, sepasang kembar yang cukup famous dan juga seorang lagi anak perempuan yang comel berkongsi kepada pengikut di Instagram tip-tip menguruskan rumah tangga bersama anak-anak yang masih kecil tanpa pembantu.
Menurut kakak kepada pelakon Anzalna Nasir ini, dia sering diajukan soalan tentang bagaiman dia menguruskan tiga anak kecil tanpa pembantu dirumah. Ini jawapan untuk persoalan yang sering ditanyakan itu:
“Saya sering ditanya bagaimana cara saya menguruskan tiga anak kecil? Adakah saya mempunyai pembantu? Siapakah yang melakukan semua kerja rumah?
Baiklah, jawapan kepada semua soalan ini ialah: ME, MYSELF & I, 24/7. Tiada pembantu tiada masalah! Bagaimanakah saya melakukannya?
1. Jangan malas. Jika malas, semua benda tak akan berjalan!
2. Kurangkan masa dengan telefon. Ini perkara yang paling penting.
3. Wajib mempunyai disiplin. Bukan sahaja Angguns, tapi papa pun sekali. Lol. Semua kena berikan kerjasama kerana saya adalah mama dan isteri, bukannya pembantu.
4. Jadi orang yang terawal. Untuk saya, penting untuk bangun tidur sebelum Angguns, jadi saya dapat kemas dan mencuci rumah terlebih dahulu, mandi, menyiapkan diri saya agar kelihatan kemas, menyediakan sarapan untuk suami dan banyak lagi.
Ads
Tak Suka Rumah Bersepah
Menurut Diana untuk keseluruhan rumah juga dia yang uruskan sendiri kerana dia tak suka keadaan rumah yang bersepah. Itu membuatkan dia kurang selesa. Tambahan pula dirinya merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan, jelasnya jalan terbaik adalah melakukan sendiri untuk lebih berpuas hati.
“Untuk keseluruhan rumah, saya sendiri yang menguruskannya kerana saya tak gemar mempunyai rumah yang bersepah! Ia akan membuatkan saya kurang selesa, jadi saya akan terus mengemas dengan secepat mungkin bila rumah bersepah.
Dengan kebanyakan perabot di rumah berwarna putih, jika setiap kali ia terkena kotoran walaupun sedikit, saya akan gunakan wipes, sebab itu ia tetap akan kelihatan bersih.
Ya, saya seorang yang OCD / perfectionist. Saya lebih rela melakukannya semua sendiri, lagi puas hati. Jika ada pembantu pun, tak akan sama bersih bagaimana kita melakukannya sendiri. Saya juga tak selesa ada orang luar di rumah dan saya sendiri masih mampu buat semua dan ia merupakan senaman yang baik untuk saya juga, jadi tak ada sebab untuk saya bazirkan wang suami bagi membayar pembantu.
Jika ibu saya mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa satu masa dahulu, saya juga boleh melakukannya!
Latih anak-anak sejak kecil
Menurut Diana lagi, dia juga turut melatih anak-anaknya untuk memberikan bantuan. Walaupun masih lagi kecil jelas Diana ia perlu bermula sewaktu usia anak-anak masih muda.
Ads
5. Rutin. Siapkan rutian seharian untuk hari-hari anda, jadi anak-anak dan anda bakal boleh menguruskannya dengan lebih baik.
6. Latih anak-anak anda untuk memberikan bantuan. Walaupun Darleesa dan Darleena baru berusia 3 tahun, mereka banyak membantu saya di rumah. Mereka membersihkan apa yang mereka sepahkan, membantu saya mengangkat barang dan banyak lagi. Mereka perlu bermula sewaktu usia muda!
7. Sediakan makanan kegemaran anak-anak anda. Jadi, bila anak-anak meragam, keluarkan ‘senjata’ makanan! Ia membantu! LOL!
8. Jika anda menghadapi hari yang kurang baik, tidak mengapa. Segera berdoa agar suami balik kerja dengan lebih awal. Jika tidak berkesan, hubungi suami agar balik segera,” selorohnya.
Dalam pada itu, Diana atau nama sebenarnya, Nur Diana Md Nasir, 34, juga sempat menyelitkan pesanan buat kaum ibu di luar sana.
“Untuk semua ibu, rendahkan jangkaan anda! Semua perkara tak seharusnya jadi sempurna. Anda dibenarkan untuk mempunyai rumah bersepah, rambut yang kusut dan anak-anak yang selekeh.
Ads
“Nikmati dan hargai masa anda dengan anak-anak. Saya percaya jika seorang ibu sentiasa berada dalam keadaan tenang, anak-anak mereka juga akan mengikutinya,” kongsi Diana lagi.
Diana yang mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd Azwan Mohd Noor dikurniakan tiga orang anak iaitu pasangan kembar, Anggun Darleesa bersama Anggun Darleena, 3, dan Anggun Darniella, 2.
Sumber: Gempak & IG Diana Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa mana yang dapat melihat anak menderita kesakitan. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan cahaya mata semakin baik, sihat dan pulih.
Muhammad Rezfan, 11 bulan mengalami 4 penyakit jantung dan tidak boleh membuang air besar secara normal. Anak kecil ini juga adalah anak istimewa sindrom Down.
SUDAH MELALUI 2 PEMBEDAHAN
Menurut bapanya, Mohd Fazli Muhamad Radzuan anak keempatnya itu telah pun melalui dua pembedahan iaitu pembedahan membuat lubang dubur pada Januari dan pembedahan katarak pada Februari.
Mata Refzan yang dulu diselaputi katarak kini boleh melihat. Bayi ini menggunakan cermin mata untuk pandangan dekat kerana kanta yang dipasang hanya untuk pandangan jauh.
“Semakin dia membesar semakin berfungsi untuk pandangan jauh. Untuk pandangan dekat Refzan perlu memakai cermin mata dengan power 700 bagi sebelah mata,” kata Fazli.
Walau pun pembedahan membuat lubang dubur telah dilaksanakan, Rezfan masih tidak dapat membuang air besar secara normal kerana perlu melalui proses menjolok lilin pelbagai saiz melalui lubang dubur.
PERLU TUNGGU BERAT CECAH 10KG
Keadaan Rezfan yang kerap demam menyukarkan rawatan berikutan tumbesarannya perlu mencapai 10 kilogram sebelum boleh melakukan pembedahan untuk jantung pula. Berat terkini Rezfan ialah 7.8kg.
BANYAK MENANGIS RISIKO JANGKITAN KUMAN
Selepas membuat pembedahan katarak, doktor mata meminta untuk menghentikan dahulu proses ‘menjolok lilin’ kerana tidak mahu Rezfan menanggung risiko jangkitan kuman jika dia terlalu banyak menangis.
Hasil keprihatinan, bapa ini bersyukur atas bantuan yang diberikan walau pun kini sudah kehabisan kerana digunakan sebagai amanah untuk rawatan Rezfan & perjalanan ulang alik ke Kedah, Pulau Pinang & Kuala Lumpur.
SEMINGGU TIDUR DALAM KERETA
Lebih menyedihkan lagi Mohd Fazli bersama 2 lagi anaknya yang lain pernah tidur dalam kereta selama seminggu semasa Rezfan mendapatkan rawatan katarak di Kuala Lumpur.
Bagi meneruskan hidup, Fazli mencari rezeki dengan menjual ais kacang dan makanan ringan di depan rumah manakala isterinya bertugas sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang memperoleh pendapatan RM850 sebulan.
HARAP BOLEH BERI DORONGAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Bapa ini berharap perkongsian ini dapat memberikan dorongan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak seperti Refzan terus kuat walau pun apa juga dugaan dan halangan yang dilalui. Pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga ini bolehlah menyalurkan kepada akaun isterinya (Bank Simpanan Nasional) Zuraidah Azlinda Mehad 0213829-0000-35611.
Keletah si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang kini berusia dua tahun seringkali menarik perhatian kita.
Ada sahaja gelagat dan aksi comel Fatima yang sememangnya petah berkata-kata dikongsikan oleh ibunya di Insta Story.
Menerusi Instagram keluarga kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura turut memuat naik video Fatima yang kini sudah pandai meminta dibelikan mainan kepada bapanya.
Menurut Fazura, anak kecil kesayangannya itu berjaya mendapatkan barangan kesukaannya yang dipilih sendiri di gedung mainan.
“Upacara pow daddy for toys berjaya dengan cemerlang semalam.
“Masuk je kereta dia kata “daddy, Nyamma nak beli toys”. Kitorang semua terkejut dia cakap macam tu.
“Daddy kata Nyamma dah banyak toys no need to buy la ok?
“Dia pun kata “ok”. Habis je makan, dia minta lagi “Nyamma nak jalan beli toys”. Nasib la awakkk @fattahaminz,” tulis Fazura berseloroh.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian video yang dikongsikan pelakon cantik manis ini, ternyata Fatima begitu fokus memilih mainan yang menarik perhatiannya.
Fatima terlebih dahulu memilih beg bewarna merah jambu dan terus menggalasnya ketika memilih mainan.
Tidak hanya beriya memilih mainan kesukaan, bahkan Fatima juga mahu membawa sendiri mainan kesukaannya biar pun terpaksa menggalas bebanan yang berat. Bersungguh Fatima!
Rata-rata peminat anak kecil itu begitu terhibur melihat langkah Fatima yang laju dan begitu teruja melihat deretan mainan di hadapannya.
Kerajaan telah melancarkan Kempen Penggunaan Kerusi Keselamatan Bayi Dalam Perjalanan tidak lama dahulu. Mendapat sokongan yang kuat dari kebanyakan ibu bapa. Masih ada yang tidak mengikut saranan dari kerajaan ini, sedangkan ia sangat penting untuk menjamin keselamatan anak-anak ketika dalam perjalanan menggunakan kenderaan. Banyak berita dan kes yang kita lihat di media social mahupun di televisyen yang melibatkan kemalangan maut bayi atau kanak-kanak akibat tidak dipakaikan car seat.
Banyak selebriti yang menujukkan sokongan dengan kempen yang dijalankan oelh kerajaan ini. Salah seorang daripadanya ialah pelakon dan ibu jelita, Anzalna Nasir. Dalam perkongsiannya melalui laman Instagram, dia memuat naik foto dia dan anaknya, Mohamad Eidrees di dalam kereta. Dalam foto itu dapat dilihat Anzalna meletakkan anaknya itu di dalam car seat. Turut mengiringi foto itu adalah kapsyen yang berbunyi:
As a new mum, I will always try my best to provide the best of everything for @mohamadeidrees Thank you mummy2 & semua orang yang selalu share tips & advice to me. Hari tu ada a few comments that advice I should install a rear-facing car seat for Eidrees since he’s only 3 months old. Tadaaa, macam mana okay tak? For all the parents out there, jangan lupa that safety should come first and make sure untuk guna car seat yang sesuai dengan berat dan tinggi anak okay?
#JomKlik
#panducermatsampaiselamat
#andamampumengubahnya
Kata Anzalna, sebagai seorang ibu, dia menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Turut berterima kasih kepada pengikutnya yang sering berkongsi tip dan nasihat dengannya. Tambahnya lagi, dia ada beberapa DM yang mencadangkan supaya dia menggunakan car seat pandang hadapan untuk Eidress memandangkan anaknya masih kecil. Sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa untuk mengutamakan keselamatan serta menggunakan car seat yang sesuai mengikut berat dan tinggi si manja.
Pa&Ma ingin sertakan tip melatih anak untuk duduk di dalam car seat seperti yang dikongsikan ibu kepada tiga orang anak, Masturah Abu Bakar.
Ada yang tanya, macam mana train anak dalam carseat? Nampak duduk elok je. Itu masa nampak elok la, masa menjerit tak nampak lagi. Haha
So tips nak pastikan anak duduk dalam carseat:
1) Pekakkan telinga
Lepas habis suara dia menangis, bila dah tekak tu perit sebab menjerit, nanti dia berhenti la tu. Lagi bagus bila dia terus tidur.
2) Keraskan hati
Jangan pulak bila dah tengok anak menjerit semacam, kita yang buka ambik dia dari carseat. Anak-anak atas setahun dah pandai manipulasi. Sekali kita dah buka, diorang akan buat strategi yang sama untuk kerah kita buka lagi. So keraskan hati ya.
3) Rasuah makanan sebab dengan makanan je dia orang duduk diam mengunyah
4) Kalau jalan jauh kena berhenti tiap 2 jam. Macam kita la orang dewasa lenguh-lenguh juga kan.
5) Kalau anak yang dah besar boleh bagi tengok video kemalangan dan kanak-kanak tercampak dari kereta. Mesti dia orang seram.
6) Anak yang masih kecil boleh bawa bercakap, atau menyanyi atau buat je lah apa-apa nak suruh dia diam.
Tip ini yang dipraktikkan sejak dari anak pertama dan semuanya jadi mudah bila anak faham. Walaupun diawalnya susah percayalah lama-kelamaan anak akan mahu dengan sendirinya.
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.