“No Money” Scha Tolak Permintaan Lara Nak Beg Tangan Mewah Dipuji Netizen

Share

Lara Alana antara anak selebriti yang sangat terkenal meskipun baru berusia 4 tahun. Baru-baru ini Awal dan Scha memuat naik video di instagram Lara Alana yang mendapat tontonan sebanyak hampir 33 ribu pengikutnya.

Dalam video tersebut, kehendak Lara untuk memiliki beg tangan mewah tidak tercapai kerana dilarang oleh Scha dan Awal. Aksi comel tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai yang memuji cara didikan yang diterapkan kepada Lara.

Lara bukan sahaja memiliki wajah yang sangat comel, tetapi keletah dan kepetahannya berkata-kata menarik perhatian netizen di luar sana. Sehinggakan Lara mempunyai pengikut seramai 3.3 juta di instagram.

Lara sangat berkenan dengan beg tangan berjenama tersebut dan berharap untuk memilikinya. Scha mengambil beg tangan tersebut lalu diberikan kepada penjual dan meminta maaf. Lara kelihatan masih merengek untuk mendapatkan beg tersebut. Scha dengan perlahan menjelaskan “No money”  sambil menarik perlahan tangan Lara.

Aksi tersebut mendapat pujian daripada netizen kerana tindakan yang dilakukan oleh Scha dan Awal itu boleh dijadikan panduan ibu bapa yang lain. Walaupun Scha dan Awal terlebih mampu untuk membelikan beg tersebut, namun cara didikan mereka membuatkan ramai yang kagum.

Suka sgt cara awal n scha didik Lara..jadikan budak baik dan sopan..suka je tgk..

Even Lara alone can afford that but she’s just didn’t know

Bagus awal dan scha walaupun dorang berdua terlebih mampu belikan beg macam tu untuk lara. Ajar lara mana kemahuan dan kehendak

Bagus Scha ajar anak. Tak semua benda boleh dapat dengan mudah..walaupun kita mampu. Secara tak langsung jadi pembelajaran untuk anak kita. Lara nanti usaha lagi ambik hati mummy ye.

Good parenting acts. Take the item slowly from her passed to the saleman, walked off straight n telling her nicely no Money.. we teaches our kids this as a lesson not spoiling em. 

Sumber: Laraalana Instagram 

 

Published by
NuFa