“No need to wait for grab, later i fetch you..”- Sudahlah Pandai Mengaji Kini Ardy Wira Santuni Pembantu Rumah Seperti Keluarga Pula

Share

Ardy Wira yang merupakan putera kepada Betty Rahmad sering dikenali dengan kepetahan berkata-kata, mengaji dan sifat yang tinggi budi pekerti walaupun baru berusia 4 tahun. Sebelum ini tular dengan beberapa video seperti video bersama penceramah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin. Kali ini Ardy Wira mencuri perhatian warganet dengan video dia menyantuni pembantu rumahnya.

 

Sumber: Ardy Wira
Sumber: Instagram Ardy Wira

 

@bettyrahmadali MasyaAllah Tabarakallah semoga membesar jadi lelaki yang penyayang & bertanggungjawab🤲❤️ #fyp #tiktokmalaysia #toddler ♬ Oily Sail – DJ BAI

 

“no need to wait for the grab, later i fetch you” – kata wira

Betty berdoa dan berharap agar putera kesayangannya membesar jadi lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Sebelum ini juga, Betty pernah berkongsi video Wira membaca al-quran di sosial media miliknya. Menurut Betty, sudah menjadi kebiasaan bagi Wira membaca al-quran sebelum masuk tidur dan turut berharap agar anaknya itu membesar dengan mencintai al-quran.

“Masya-Allah Tabarakallah. Semoga kamu menjadi asbab Mummy dan Daddy ke syurga.

“Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok al-Quran dan taranum. Masya-Allah semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah swt,” tulisnya.

 

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kebaikan yang ditunjukkan oleh Wira dan  turut mendoakannya menjadi anak yang soleh:

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang! 

Sekadar info, Betty mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Ardy Wira.

Published by
Humaira