Ibu-ibu perlu alert part kita dah boleh detect sedikit demi sedikit anak kita nie picky eater or not. If kita follow rules yang betul, provide real foods yang sihat dan no sugar no salt sebelum sampai usia sepatutnya in shaa Allah good eater la anak-anak kita. Ikuti resipi perkongsian Puan Shazney Rahman.
Since masuk 1 year nie kakak perasan taste buds faleq dah sedikit strong if satu2 makanan tu kurang best atau tak kena dengan selera dia memang dia 100% reject sekadar makan sesuap dua (kecuali ada simptom2 gigi nak tumbuh). Nah kakak share resipi2 malas kakak prepare untuk faleq minggu nie. Mana tahu resipi2 simple macam nie boleh pikat tekak anak2 mommy semua. Resipi ada di setiap gambar ya. Enjoy your motherhood journey mommies semua
SUP SIAKAP
Bahan-bahan seperti dalam gambar
Cara Penyediaan
-tumis bawang, halia dan 4 sekawan sehingga naik bau. -masukkan air, cfs (chicken feet stock) dan carrot.masak sekejap. -masukkan ikan dan semua sayur. -sebelum tutup api masukkan daun ketumbar.siap!
SALMON NUGGET
Ads
Bahan-bahan seperti dalam gambar
Alkisahnya stock ikan salmon ada lagi seketul. Nak masak untuk meal faleq pun dia macam dah bosan so puas fikir why not try buat nugget salmon. Selalu nugget ayam je try ubah rasa pulak. Dan hasilnya memang kebabom.
Carrot dan jagung tu penyumbang kepada kesedapan nugget nie hehe.Lepas siap buat kakak test goreng sikit (mama memang jadi food tester faleq before dia makan dannn hmm rasa tak cukup. Time tu rasa nak tuang cili sos cicah dengan nugget nie makan berdua dgn papa dia. Kami berdua cepat2 istighfar “ini food faleq.
Ads
jangan ceroboh” jadinya kakak cepat2 kukus dan simpan diam2 dalam peti tak mau tengok dah kang tergoda lagi. Serius mommy2 should try.For me memang best.Layak untuk repeat buat lagi.Tapi kena buat LEBIH *kakak jadikan nugget nie untuk menu breakfast faleq di rumah bs. Boleh jugak buat untuk menu snack dia.
Cara penyediaan
-Rebus sekejap salmon bersama halia.tujuan untuk hilangkan hanyir.
-kukus sekejap jagung dan carrot.
-masukkan ikan,jagung,carrot dan cheddar cheese blend sebati.
-tambah unbleached flour sedikit sahaja dan gaul rata.sedia untuk digoreng.siap!
*jika nak simpan untuk frozen kukus sekejap dan potong ikut citarasa.Nak makan tinggal goreng je
Ads
RENDANG AYAM
Bahan-bahan seperti dalam gambar
-Kisar bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Lebih bawang lebih manis. Kemudian kisar bersama tomato.
-Panaskan kuali. Tumis bahan kisar bersama 4sekawan sampai naik bau.masukkan sedikit serbuk kari dan kunyit. –Masukkan cfs dan ayam. –Masukkan santan. Kalau ada kerisik boleh masuk sikit. Masak sehingga pekat dan kering. -Hiris daun kunyit dan masukkan dalam rendang. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
*kakak letak sedikit kerisik (tiada dalam gambar)
*kakak tak masukkan daun limau purut pasal takdak stok dekat rumah.
Sebut sahaja donat, anak-anak melompat suka. Mana taknya, rasa donat yang lembut dan gebu ditambah pula taburan gula di atasnya buat anak-anak suka.
Macam mana nak buat donat cara mudah? Resipi sukatan donat satu cawan yang dikongsikan oleh Khairunnisa Mohamad ini mama kena cuba. Senang!
Resepi Donat 1 Cawan. Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. Begitu syulitttt. Tak pa. Hari ni kita buat satu cawan tepung je.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
*Ni semua campur, gaul dan uli sekejap.
*Lepastu masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung.
Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
Lepas perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah.
Perap lagi 30 minit. Lepas tu goreng. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik je donatnya ni. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar tiber dah habis.
Anak dah mula makan mama orang yang paling teruja kan? Tapi sebelum sediakan makanan untuk si manja mama yang comel, mama wajib ambil tahu beberapa informasi berkenaan cara penyediaan makanan bayi.
Jom baca artikel penuh!
Petua Menyediakan Makanan Bayi
Gunakan ramuan segar dan elakkan penggunaan bahan makanan dalam tin kerana kandungan garam yang tinggi.
Jangan tambah garam, gula, kicap ke dalam makanan bayi, terutama jika umur di bawah 2 tahun.
Elakkan pemberian putih telur terlalu awal untuk mengelakkan alahan.
Makanan boleh dicampurkan dengan susu ibu agar bayi lebih bersedia menerima makanan baru dan menjadikan makanannya lebih berkhasiat.
Elakkan menggoreng makanan untuk bayi dalam minyak yang banyak.
Kukus sayur untuk mengekalkan kandungan nutriennya. Sayuran yang dikukus kemudian boleh dijadikan puri dan masukkan ke dalam bubur.
Buah-buahan lembut boleh dilenyek dengan menggunakan garpu manakala yang lebih keras boleh dikukus dahulu, kemudian dilenyek atau dijadikan puri.
Anda boleh masak sayuran dan buah-buahan berkulit lembut dengan kulitnya sekali untuk mengekalkan nutrien.
Daging, ikan atau ayam hendaklah dimasak dengan betul. Cara untuk memasak makanan ini dengan mengekalkan kandungan nutriennya ialah dengan mengukus, mereneh atau merebus.
Makanan lembut lebih memudahkan bayi menerima dan menghadamkannya.
Mulakan dengan makanan yang mempunyai tekstur halus, licin dan lembut (seperti makanan yang dijadikan puri, dilenyek).
Elakkan pemberian makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik, seperti bijian, anggur dan sayuran mentah.
Elakkan menambah terlalu banyak air ke dalam makanan sebaliknya ibu boleh menambah susu ibu, stok ayam, ikan bilis, sayuran atau sedikit minyak sayuran untuk mencapai kepekatan yang diingini.
Sediakan lebih daripada yang diperlukan dan sejuk bekukan bahagian lebihan dalam dulang kiub ais atau bekas kecil. Dengan cara ini, anda tidak perlu masak pada setiap hari. Makanan yang dibekukan tahan sehingga 3 bulan.
Makanan hendaklah dicair-beku di bahagian bawah peti sejuk semalaman, bukan di dalam singki atau dengan merendamnya dalam air.
Sediakan ramuan seperti air rebusan lebih awal dan sejuk bekukan. Ia menyenangkan kerja bila anda kesuntukan masa.
Sentiasa jaga kebersihan dan amalkan cara yang betul apabila mengendalikan dan menyediakan makanan.
Sentiasa gunakan peralatan yang bersih apabila memberi bayi makan.
Gunakan peralatan memasak yang dikhaskan untuk memasak makanan bayi sahaja, jangan guna mesin pengisar cili untuk mengisar makanan bayi.
Sebaik sahaja makanan dicair beku, jangan sejuk bekukan sekali lagi untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Tindakan ini juga akan menjejaskan tekstur, kesegaran dan juga kandungan nutrien makanan.
Selamat menyediakan juadah dengan penuh kasih sayang buat si manja!
Kredit: #infobabyrmb
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi menghasilkan satu-satu resipi untuk anak sebenarnya tidak perlukan kesempurnaan. Cukup lengkap nutrisi, kawal garam dan gulanya dan anak senang untuk makan, itu sudah memadai.
Jadi mama jangan terlampau stress hendak menghasilkan yang terbaik buat anak kecil kita. Anak sebenarnya tidak pandai memilih, kita yang tentukan apa anak perlu makan. Jadi jangan stress!
Resipi Potato Churros Homemade yang dihasilkan ibu ini, Puan Safwah Abd Sani tidaklah sama seperti rupa Churros sebenarnya tetapi rasanya amatlah enak dan sama. Paling penting anak-anak suka.
Potato Churros Homemade yang lembut dan gebu. Dah lama umi tak kongsikan resepi untuk Atiq kan? Kali ni umi buatkan Potato Churros yang gebu untuk Atiq. Percaya tak, hanya guna 3 bahan utama saja? Memang senang yakmat!
Bahan-bahan:
2 biji kentang sederhana besar
Chicken stock (homemade)
2 sudu besar tepung jagung
1. Kupas kentang, potong dadu. Rebuskan kentang bersama chicken stock. Rebus sehingga empuk.
2. Lenyekkan kentang sampai hancur.
3. Campurkan kentang dengan 2 sudu tepung jagung.
4. Masukkan dalam piping bag. Guntingkan di hujung piping bag, picitkan dan mula menggoreng.
5. Dah siap!
Umi tiada nozel untuk churros, jadi guna piping bag yang biasa saja. Rasanya memang sedap, sebab dah direbus bersama chicken stock.
Sesuai untuk dijadikan finger food, sebab ianya tak keras. Yang penting, boleh ketagih makan. Satu tak cukup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.