No Sugar No Salt Elak Anak Picky Eater Sebelum Sampai Usia Sepatutnya. Resipi Yang Ibu-ibu Perlu Cuba Untuk Anak 1 Tahun

Share

Ibu-ibu perlu alert part kita dah boleh detect sedikit demi sedikit anak kita nie picky eater or not. If kita follow rules yang betul, provide real foods yang sihat dan no sugar no salt sebelum sampai usia sepatutnya in shaa Allah good eater la anak-anak kita. Ikuti resipi perkongsian Puan Shazney Rahman.

Since masuk 1 year nie kakak perasan taste buds faleq dah sedikit strong if satu2 makanan tu kurang best atau tak kena dengan selera dia memang dia 100% reject sekadar makan sesuap dua (kecuali ada simptom2 gigi nak tumbuh). Nah kakak share resipi2 malas kakak prepare untuk faleq minggu nie. Mana tahu resipi2 simple macam nie boleh pikat tekak anak2 mommy semua. Resipi ada di setiap gambar ya. Enjoy your motherhood journey mommies semua

SUP SIAKAP

Bahan-bahan seperti dalam gambar

Cara Penyediaan

-tumis bawang, halia dan 4 sekawan sehingga naik bau.
-masukkan air, cfs (chicken feet stock) dan carrot.masak sekejap.
-masukkan ikan dan semua sayur.
-sebelum tutup api masukkan daun ketumbar.siap!

SALMON NUGGET

Bahan-bahan seperti dalam gambar

Alkisahnya stock ikan salmon ada lagi seketul. Nak masak untuk meal faleq pun dia macam dah bosan so puas fikir why not try buat nugget salmon. Selalu nugget ayam je try ubah rasa pulak. Dan hasilnya memang kebabom.

Carrot dan jagung tu penyumbang kepada kesedapan nugget nie hehe.Lepas siap buat kakak test goreng sikit (mama memang jadi food tester faleq before dia makan dannn hmm rasa tak cukup. Time tu rasa nak tuang cili sos cicah dengan nugget nie makan berdua dgn papa dia. Kami berdua cepat2 istighfar “ini food faleq.

jangan ceroboh” jadinya kakak cepat2 kukus dan simpan diam2 dalam peti tak mau tengok dah kang tergoda lagi. Serius mommy2 should try.For me memang best.Layak untuk repeat buat lagi.Tapi kena buat LEBIH *kakak jadikan nugget nie untuk menu breakfast faleq di rumah bs. Boleh jugak buat untuk menu snack dia.

Cara penyediaan

-Rebus sekejap salmon bersama halia.tujuan untuk hilangkan hanyir.
-kukus sekejap jagung dan carrot.
-masukkan ikan,jagung,carrot dan cheddar cheese blend sebati.
-tambah unbleached flour sedikit sahaja dan gaul rata.sedia untuk digoreng.siap!
*jika nak simpan untuk frozen kukus sekejap dan potong ikut citarasa.Nak makan tinggal goreng je

RENDANG AYAM

Bahan-bahan seperti dalam gambar

-Kisar bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Lebih bawang lebih manis. Kemudian kisar bersama tomato.
-Panaskan kuali. Tumis bahan kisar bersama 4sekawan sampai naik bau.masukkan sedikit serbuk kari dan kunyit.
Masukkan cfs dan ayam.
Masukkan santan. Kalau ada kerisik boleh masuk sikit. Masak sehingga pekat dan kering.
-Hiris daun kunyit dan masukkan dalam rendang. Akhir sekali masukkan daun limau purut.

*kakak letak sedikit kerisik (tiada dalam gambar)
*kakak tak masukkan daun limau purut pasal takdak stok dekat rumah.

Sumber: Facebook Shazney Rahman

Published by
NuFa