Kadang anak-anak buat perangai bukan apa hanya semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada ibu dan ayah. Situasi tersebut dikongsikan oleh pelakon Saharul Ridzwan dalam posting terbarunya di Instagram.
Anak lelakinya, Muhammad Luth Ali meragam selepas kurang mendapat perhatian dan layanan daripada ahli keluarganya.
Menurut Saharul, dia terlampau sibuk manakala isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berada dalam keadaan tidak sihat.
“Baba minta maaf Ali
Saja perkongsian utk ibu bapa tentang “Parenting”. Semoga kita boleh berkongsi pengalaman masing-masing. Anak anak ada perasaan , dan selalunya perasaan itu diluahkan melalui perbuatan.
“Hari ni macam busy sikit, jadi bila balik saya rasa penat, masuk bilik, rest, lepas tu dodoikan Fateema untuk tidur. Deena macam tak sihat sikit, Ali kami tinggalkan kat ruang tamu dengan aunties dia.
“ Tiba- tiba Ali masuk bilik merengek, baling-baling toys lepas tu masuk bilik cakap “I want to watch King Kong” sambil pegang toys. Lepas tu menangis dekat lantai.”
Bertanyakan kepada anaknya mengapa menangis, jawapan yang diberikan Ali membuatkan pelakon Korban Cinta ini tersentap selepas mendengar luahan anak lelakinya itu.
Saya passkan Fateema pada Deena, saya angkat Ali dengan niat nak marah pada mulanya, then saya tanya soalan yang selalu saya tanya:
“Why you cry? You big boy already. You cannot cry like a baby” Banyak kali saya tanya then finally dia cakap:
“Nobody wants to play with me. I want to play”
“Allah, sedihnya dengar. Makin tersedu-sedu dia nangis. Saya hug dia, cakap “Come go out with Baba, jalan-jalan naik kereta”- Happy dia. Anak Baba.”
Saharul Ridzwan akui apa yang berlaku kepada Ali itu adalah kesilapan dirinya yang kurang meluangkan masa bersama anaknya kerana kesibukan kerja.
“Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang masa untuk anak-anak kita, kadang-kadang kita fikir yang anak-anak buat perangai sebab degil, taknak dengar cakap. Tapi sebenarnya salah kita.
“Kita kurang peka dengan anak-anak kita. Mungkin kita penat. Mungkin kita stress pasal kerja, sampai kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Kita salahkan perangai anak kita.
“Sorry my boy. Baba promise cuba jadi Baba yang terbaik untuk Ali dan Fateema,” luahnya.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan Ali tersenyum gembira apabila dapat meluangkan masa dan bermain dengan babanya itu.
Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, dua tahun dan Fateema Azzahra yang baru berusia tiga bulan.
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents