Diuji dengan perceraian sejak enam bulan lalu, penyanyi Noh Salleh sempat berkongsi kisah hidupnya yang sukar selepas tempoh gelap itu.
Tambah pula kata Noh, dia dan bekas isteri, Mizz Nina turut berebut hak penjagaan anak angkat mereka, Musa yang dijaga sejak Mac tahun lalu.
Noh meluahkan rasa hatinya itu selepas selepas mengulas lagu dendangan David Baju, bertajuk Manusia yang diakui begitu dekat dengan kehidupannya.
Akui Noh lagi, dalam tempoh beberapa bulan selepas bercerai, dia juga sempat berebut hak penjagaan anak angkat mereka dan ia tambah menyukarkan.
“Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.
“Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak.
“Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” ujarnya.
Noh yang mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam dan dijangka mendirikan rumah tangga pada September nanti.
Terdahulu, Noh Salleh tekad untuk berpisah dengan bekas isteri, Mizz Nina pada Ogos 2022. Pada Mac tahun lalu juga, mereka telah mengambil seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!