Ada sesetengah yang kadang kala tidak sensitif dengan perasaan orang lain seperti wanita hamil. Noor Nabila kongsikan IG storynya berkenaan hal ini.
Apabila hamil, memang wanita akan mengalami perubahan kepada bentuk fizikal akibat perubahan hormon. Malah emosinya juga mungkin akan menjadi agak sensitif. Segala-galanya berlaku ekoran daripada pertumbuhan janin di dalam kandungan.
Noor Nabila, isteri kepada aktor Sharnaz Ahmad yang juga kakak kepada Neelofa telah berkongsi IG storynya. Berikut ialah posting beliau;
PLEASE REFER MY IGSTORY SEBELUM COMMENT
Ads
(((Video di atas menunjukkan respond orang2 yang teranaiya oleh makcik bawang ?))))
My personal experience :
Muka kembang – nak buat macam mana kalau dah keturunan melayu takde maknya nak slim macam matsalleh.
Perut besar – habis tu?? ?
Ads
Dah gemuk – gemuk salah , kurus tak cukup zat pulak katanya. .
U shud try normal birth , baru la real baru lah betul berjihad hapus dosa – nak jadi tuhan pulak dia.
Jangan makan itu ini – segala mak nenek atas muka bumi ni takleh makan. Tapi i makan je setakat dua tiga mulut, dr kata boleh je. Refer doctor , diorang yang belajar tinggi2 dan deal dengan real life situation , everyday (bukan makcik bawang) so consult orang yang betul.
Jangan stress nanti baby stress, unhappy baby lah apa lah. Takde kot orang yang kehidupan seharian dia tak stress dan happy memanjang , semua org ada their own problem , tolong la bagi nasihat yang logik akal. .
Ads
Tapi bila kita pregnant the only thing kita nak dengar hanya benda positive dan orang keliling tu kalau boleh cakap benda yang elok2 dan positive je. Kalau rasa tak boleh baik diam takyah cakap apa2. Tak perlu nak nasihat lebih2 walaupun dah anak 3,4,5,6 sebab kadang2 nasihat tu boleh menyinggung perasaan kita. .
* dok hospital banyak pulak time nak menulis panjang lebar macam ni* .
((((Video di atas menunjukkan respond orang2 yang teranaiya oleh makcik bawang ?))))
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Kongsi Syafiq lagi, dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki untuk menimang cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir sekitar hujung bulan Mei dan Jun nanti.
Teruja dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk bergelar bapa, Syafiq juga turut memohon doa dari semua kehamilan isterinya dipermudahkan hingga detik bersalin.
“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama- sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat,” kongsinya.
Akui Syafiq lagi, dia kini sudah mula mempersiapkan diri untuk bergelar bapa bagi memikul tanggungjawab barunya kelak.
Malah pelantun lagu Sayang Maafkan Aku ini juga begitu teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada penghujung Mei nanti.
“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.
“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia.
“Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.
Semoga kehamilan isteri Syafiq dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2021.
“Dah lama teringin nak baby boy!” Begitu kata pelakon cantik manis, Dayana Roza yang amat bersyukur kerana bakal menyambut anak keduanya seorang bayi lelaki penghujung tahun ini.
Melalui majlis pengumuman jantina atau gender reavel yang cukup meriah pada Sabtu lalu, Dayana turut berkongsi jantina anak keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki.
Rupanya ibu kepada Astrid Raheeya ini sudah begitu lama mengidamkan anak lelaki.
“Alhamdulilah, it’s a boy!
“Enam bulan bersabar suruh doctor rahsiakan gender, sekarang rasa lega sangat. Dari dulu teringin nak baby boy, Alhamdulillah sekarang dah boleh beli baju dinasour,” katanya berseloroh.
Dalam pada itu Dayana yang tampak berseri dengan busana putih dilatari tema majlis merah jambu dan biru itu turut memohon doa semua agar mendoakan yang terbaik buat dirinya hingga melahirkan kelak.
“D nak mintak semua kawan-kawan, family & followers doakan semoga baby AA sihat sempurna, jadi anak yang soleh, hormat orang, berjaya dunia akhirat & dipermudahkan segalanya sehingga saat melahirkan. Thank you 💖💖,” katanya lagi.
Rata-rata pengikut setia pelakon berbakat ini turut sama mendoakan agar kelahiran bayi kedua nanti dipermudahkan.
Terdahulu, Dayana mendirikan rumah tangga bersama usahawan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.
Ibu-ibu mengandung perlu mengambil berat keperluan nutrisi sepanjang proses kehamilan. Ketika inilah ibu-ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, dan lebih berkhasiat. Keperluan nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi dan folate akan bertambah dari sebelum hamil.
Berat badan ibu yang hamil diharapkan untuk bertambah secara sikit demi sedikit, tetapi konsisten, sepanjang kehamilan. Jumlah peningkatan berat badan ibu hamil adalah dalam 5 kg hingga 18 kg bergantung berat sebelum hamil.
Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung
Pastikan pemakanan seharian adalah cukup walaupun ibu tidak selera makan atau dalam fasa alahan (morning sickness). Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung.
Pada ibu yang mengalami alahan (morning sickness) yang teruk pada trimester pertama kehamilan, makanan yang seimbang dan sihat nampak sangat susah. Namun itulah perjuangan si ibu, bermula dari si anak masih sebesar biji kacang. Semoga segala pengorbanan dan perjuangan ibu sekalian diberkati.
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang ini bukanlah untuk si bayi sahaja, tapi untuk ibu juga. Apabila ibu mengambil nutrisi yang mencukupi untuk keduanya, badan akan dapat memberi nutrisi kepada bayi tanpa menjejaskan keperluan si ibu.
Hujung-hujungnya, proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah dan mengelakkan ibu mendapat masalah di kemudian hari disebabkan kekurangan nutrisi semasa hamil, contohnya osteoporosis (disebabkan kekurangan kalsium).
Elok Ambil Sepanjang Tempoh Kehamilan
Makanan apa yang penting untuk ibu hamil:
Protein
Protein memberi efek pada tumbesaran bayi secara langsung, termasuklah otak. Ia juga memainkan peranan untuk membentuk tisu pada payudara dan rahim, di mana bayi akan terus membesar. Selain itu protein juga penting dalam meningkatkan jumlah darah.
Kalsium akan membantu badan mengawal cairan dalam badan, juga membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi.
Contoh makanan sumber kalsium:
Moringa, makanan tenusu (susu, yogurt, keju), tofu, telur, almonds, kubis, salmon, kale, broccoli, bok choy
Zat besi (iron)
Diambil bersamaan dengan sumber garam mineral lain seperti sodium, potassium, dan air, zat besi akan membantu meningkatkan jumlah darah dan mengelakkan anemia.
Folate memainkan peranan penting untuk perkembangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Folate yang mencukupi akan mengurangkan masalah kongenital yang major seperti masalah pembentukan neural tube, termasuk spina bifida. Digalakkan mengambil makanan bersumber folate/supplement folic acid walaupun sebelum hamil.
Contoh makanan sumber folate:
Bayam, lettuce, kubis, yeast flakes, buah buahan citrus, kekacang, celery, carrot, bunga kubis
Vitamin C
Buah dan sayur yang tinggi vitamin C akan membantu dalam penyembuhan luka, pembentukan tulang dan gigi, juga proses metabolik.
Contoh makanan sumber vitamin C:
Baobab, pelbagai buah buahan, roselle, sayuran hijau, tomato
Lemak/Essential Fatty Acids
Lemak sebenarnya penting untuk ibu mengandung. Bayi akan membentuk lemak, susu ibu sendiri mempunyai 55% lemak. Lemak yang dimaksudkan di sini adalah lemak sihat seperti dalam minyak kelapa dara, minyak zaitun, buah avocado. Ibu hamil juga harus mendapatkan vitamin larut lemak (A,D,E,K), DHA, dan EPA yang secukupnya. Semua ini adalah penting untuk perkembangan bayi.
Cadangan makanan
Chia seeds (omega-3, omega-6), cod liver oil, fish oil
Probiotic/prebiotic
Makanan untuk kesihatan usus ini sangat penting untuk ibu hamil, juga untuk bayi di dalam kandungan. Pastikan ibu-ibu mengandung mengambil sumber makanan ini ya!
Bersalin normal adalah proses kelahiran bayi melalui saluran faraj tanpa memerlukan pembedahan. Ia adalah kaedah yang paling biasa dan dianggap lebih semula jadi.