
Ramai ibu bapa yang risau anak belum tumbuh gigi dan usianya sudah mencecah 12 bulan dan ke atas. Adakah itu normal atau sebaliknya? Ikuti perkongsian ringkas dari Dr. Izaza Mohd Zain yang dikongsi di laman Facebook nya.
Doktor, baby saya dah 12 bulan,tak ada gigi normal ke doktor?
Biasanya, bayi akan tumbuh gigi pertama pada usia 6 bulan
Ada baby yang awal akan tumbuh gigi pada usia 3-4 bulan. Ada juga baby yang lewat pertumbuhan gigi pada usia 17 bulan
Jadi, mak ayah tak perlu risau jika anak pada usia kurang 16 bulan masih tak ada gigi susu. Sekiranya, pada usia 18 bulan, masih tak ada gigi susu. Mak ayah boleh bawa anak berjumpa Pakar Pergigian Kanak-Kanak untuk pemeriksaan lebih lanjut
Sumber: Dr Izaza Mohd Zan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maryam Anak Daddy! Fizo Akui Tak Boleh Berpisah Lama Dengan Puterinya

Kehadiran puteri, Wan Maryam dalam hidup Fizo Omar dan Mawar Karim, Disember tahun lalu ibarat permata dalam rumah tangga yang dibina mereka sejak 2013.
Ternyata kini Fizo dan Mawar sedang melalui fasa gembira setelah bergelar ibu bapa kerana banyak momen dan aksi comel Maryam sentiasa dirakam mereka berdua.
Paling nampak keterujaan adalah daddy Maryam. Seronok tengok Fizo layan Maryam dan tak kekok pun walaupun baru pertama kali urus anak kecil.
Betullah orang cakap bonding ayah dengan anak sangat kuat hinggakan Fizo tak senang duduk bila terpaksa berjauhan dengan anak atas urusan kerja.
Sebelum pg outstation kene kiss wan maryam 100 kali dulu.
A post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Jika dilihat Fizo seolah-olah berat hati nak tinggalkan Maryam lama-lama tapi disebabkan tuntutan kerja dia terpaksa.
Malah dia turut meluahkan rasa terkilannya sebab tak dapat luangkan masa bersama keluarga akibat sibuk dengan komitmennya.
Maryam pagi2 dah ajak mummy dia sembang…
A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on
Menerusi entri di Instagram (IG), Fizo meluahkan rasa terkilannya apabila tidak dapat menemani isterinya, Mawar Abdul Karim membawa bayi perempuan mereka, Wan Maryam untuk berjumpa doktor.
“Maryam nak pergi amik injection dah nak masuk 3 bulan dah umur dia, kesiannya tengok muka dia sedih daddy tak dapat teman nak pergi jumpa doktor. Daddy work la sayang dekat Perlis ni.
“Ikutkan hati nak bersama keluarga sepanjang masa, tapi tanggungjawab sebagai bapa kene berkerja mencari rezeki, pengorbanan ibu plak banyak kene sacrifice juga stay at home jaga dan besarkan anak. Satu combination yang cukup unik masing-masing berkorbanan demi anak.
“Semoga anak Wan Maryam ini membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah, usahawan dan pemimpin di masa depan, kepuasan pengorbanan sebagai ibu bapa dalam mencari rezeki, bukanlah semata mata melihat kepada berapa banyak harta yg dapat dikumpul, tetapi berapa banyak manfaat yang dapat diberikan kepada orang lain.
“Insyallah hasilnya mungkin bukan untuk dinikmati sekarang ini, tapi mungkin untuk anak-anak saya, keluarga dan generasi bangsa kita seterusnya,” tulisnya.
A post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Nampak gayanya bila besar ni, confirm Maryam jadi geng daddy.
Sumber: ig fizoomar & mawar_karim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Perkara Tentang Si Manja Baru Lahir. Bila Dah Tahu, Mudahlah Proses Menjaganya!

Kelahiran si manja penuh keajaiban. Mama dan papa perlu 10 info tahu tentang bayi baru lahir.
Bila si manja baru lahir, mama dan papa perlu tahu 10 perkara ini.
1. RUPA BENTUK
Kepalanya mungkin sedikit lonjong. Mama dan papa jangan berasa pelik kerana ia mungkin disebabkan oleh proses kelahirannya.
Badannya pula diselauti lapisan putih dipanggil lanugo. Wajahnya sedikit bengak dan matanya kerap berkelip.
2. TANPA SENYUM & KETAWA
Sehingga usia bayi mencapai 6 minggu, anda jangan terlalu megharapkan bayi untuk senyum & bertindakbalas kepada sentuhan anda. Walau bagaimana pun jangan lupa teruskan memberinya sentuhan kerana ia boleh menenangkan bayi.
3. PUSAT BAYI
Pastikan kawasan ini sentiasa kering. Jika belum luruh, sentiasa cuci dengan ubat khas.
4. UBUN-UBUN
Ubun-ubun bayi masih lembut. Ia adalah terdiri daripada tulang kepala yang saling bersilang yang memudahkan proses kelahiran. Hati-hati menyentuh bahagian ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.
5. BERAT BADAN TANDA BAYI CUKUP SUSU
Anda mungkin khuatir jika bayi tidak mendapat susu secukupnya. Bagaimana pun berat badannya akan menurun 5% hingga 8% daripada berat badan semasa lahir pada minggu pertama kelahiran dan akan naik semula pada minggu kedua.
6. KULIT KERING & MENGGELUPAS
Pada awal kelahiran, kulit bayi mungkin akan menggelupas dan sedikit kering. Dan bila usianya menginjak ke satu bulan, ruam lampin, kulit kemerahan dan bintik merah mungkin akan timbul.
7. KURANGKAN RISIKO JANGKITAN
Mama dan papa perlu mengelakkan bayi daripada berasa berhampiran dengan orang sakit. Minta tetamu yang datang melawat agar membasuh tangan sebelum itu dan elakkan daripada mencium bayi.
8. KERAP MENANGIS
Bayi akan kerap menangis kerana ia adalah caranya untuk berkomunikasi. Mama papa perlu tahu cue atau signal anak lapar atau tidak selesa supaya mudah untuk menenangkan bayi.
9. BANYAK TIDUR
Bayi perlu menyusu dua hingga tiga jam sekali dan tidur kira-kira 16 jam sehari. Tidur amat penting untuk perkembangannya.
10. BAYI SUKA DIBEDUNG
Bayi memang suka dibedung. Ia mengingatkan kepada mereka keselesaan ketika dalam kandungan ibu. Membedung juga mengurangkan refleksi Moro yang menyebabkan bayi terkejut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Kongsi Kaedah Merangsang Otak Dan Pendengaran Anak Usia 0-12 Bulan

Kebiasaannya dalam bab membeli mainan, ada ibu bapa yang terlebih teruja. Soal harga tak kisah yang penting boleh buat anak gembira. Bagaimanapun, menurut pakar kanak-kanak ibu bapa perlu tahu mainan yang sebetulnya untuk anak bawah setahun.
Ini kerana ia sangat penting untuk merangsang perkembangan otak anak dan bukan hanya sebab ibu bapa yang suka. Kesilapan ini sering berlaku hingga akhirnya tersimpan dalam stor tanpa diusik.
Perkongsian dari Dr Aen Saari ada beberapa jenis mainan yang boleh dibelikan untuk bayi berumur 0-12 bulan.
1) Bola merah atau mainan warna merah. Bayi lebih tertarik dengan warna ‘bold’ bermula umur 3 bulan berbanding warna pastel. Ini untuk stimulate pergerakan penglihatan bayi kiri kanan atas bawah.
2) Wooden cubes besar tapak tangan bayi, untuk dia bang together. Ni biasanya umur 6 bulan, sebab dia nak belajar genggam dan bawa tangan dia ke tengah.
3) Rattle untuk stimulate pendengaran dia. 6-12 inci please. Dekat dekat nanti kesian telinga anak. Caranya, bunyikan kat tepi telinga. Pastikan dia tak nampak rattle tu. Kalau dia nampak, maknanya dia guna deria melihat, bukan deria pendengaran.
4) Bila dia dah pandai genggam, belikan crayon saiz besar ya. Pandai-pandailah cari yang non toxic, baby friendly. Dia nak belajar pegang dan conteng-conteng.
5) Board books. Ha belikan buku yang tebal tu untuk bagi dia belajar selak. Dia akan belajar guna hujung jari untuk pegang nanti. Cari gambar-gambar menarik, warna yang attractive. Mula dengan sesuatu yang mudah.
Tak perlu beli buku cerita yang panjang kerana umur setahun anak belum pandai baca atau faham. Mereka hanya tertarik pada gambar sahaja.
6) Teething toys. Kan dia nak menggigit. Kebiasaannya anak-anak akan mula bawa macam-macam benda dekat mulut (sebab tu bila dia dah dapat tangan, jangan letak apa-apa bersaiz kecil kat tempat rendah. Pastikan simpan di tempat selamat).
7) Mainan beroda. Beli yang besar sikit, dan yang tak boleh cabut-cabut. Penting untuk keselamatan anak kerana jika yang mudah tercabut risiko anak tertelan tinggi. Untuk fasa ini, anak akan belajar roll mainan ke depan ke belakang.
8) Cawan dan sudu. Nampak macam tak ada apa-apa dan bersepah je kan. Tapi ini lah masa nak bagi dia belajar pegang cawan, pegang sudu dan kacau sudu tu dalam cawan. Ni sebenarnya proses pembelajaran terbaik untuk anak.
Walaupun semua mainan ini bagus dan merangsang otak bayi untuk cepat belajar yang paling penting sekali komunikasi dua hala antara bayi dan ibu bapa. Perlu lihat tepat ke mata supaya dia dapat berinteraksi dengan baik.
Sumber: Dr Aen Saari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI