Anak yang suka bergerak dan bermain, melompat ke sana ke mari adalah anak yang sihat dan aktif. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik serta koordinasi badannya bagus.
Lagipun kita mesti ingat, badannya kecil, jadi dia tidak cepat letih bebanding kita orang dewasa yang badan besar. Kita bergerak sikit sudah letih, sebab kita perlu membawa badan yang lebih besar maka tenaga yang diambil juga lebih banyak.
Anak kecil badannya ringan dan apabila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga. Oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak.
Bukankah kita dahulu pun begitu semasa kecil. Kita memanjat pokok, mandi sungai dan banyak lagi. Anak-anak sekarang ini terutamanya yang di bandar, kebanyakan terperangkap dalam rumah yang berjeriji.
Kita perlu melakukan sedemikian demi keselamatan mereka, dalam masa yang sama jika mereka itu agak terlebih aktif. Maka fahamilah dan berilah mereka aktiviti yang dapat menggunakan tenaga mereka.
Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa yang turut dipraktikkan pada anaknya sendiri.
ANAK AKTIF lebih bagus dari PASIF
Ya ramai ibu bapa risau anak mereka sangatlah aktif. Saya juga amatlah risau sebab anak dara saya juga semakin aktif.
Tapi tenang dulu sebenarnya adalah normal anak terutama 0 hingga 3 tahun ini aktifnya tak boleh dikawal pun ada juga. Ha dekat sini memang kadang-kadang kita juga hilang modal nak buat apa.
Menurut kajian Dwyer (2001), Physically active students were more likely to be academically motivated, alert, and succesful.
Alhamdulillah like any parents saya lega. Aktif itu bagus. Jadi untuk mengawal aktifnya si dara kecil ini antara yang saya buat ialah
Ini antara yang saya lakukan bersama si cilik.
Insyaallah jika dilakukan secara konsisten anak kita dapat manfaatnya dan tidaklah ibu bapa fikir bukan-bukan bila tengok anak tak duduk diam.
Sumber: Nurul Sheriena Musa