Nota Rindu Buat Arwah Siti Sarah Dari Talita Undang Sebak Ramai – “I Miss You Mummy”

Share

Anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra yang kini berusia 8 tahun meluahkan rasa rindu yang tiada penghujung buat arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin melalui sebuah nota ringkas. 

Dalam nota tersebut tertera tulisan Talita “I Miss You Mummy”, saya rindukan mummy dan difahamkan nota tersebut ditulis di atas kertas ketika mereka sedang bercuti di sebuah pusat peranginan.

Talita kelihatan menahan sebak kerana terlalu rindukan arwah ibunya. Arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam jam 5.13 pagi, Ogos lalu.

Selepas menulis nota rindu tersebut, Talita kelihatan termenung dan kemudian mencium tudung milik arwah ibunya bagi melepaskan rindu.

Tambah nenek Talita, cucunya meninggalkan nota tersebut mungkin merasakan percutian kali ini tidak lengkap tanpa ibunya disisi.

“Ternampak Dekta tulis ayat ni 🥺 Ya Allah, luluh hati. Sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ni tanpa ibu. Nampak dari cara pandangan talita sangat-sangat kerinduan.
Terima kasih pada yang mendoakan utk talita dan yang menhadiahkan Al-fatihah utk ibu (siti sarah raissuddin)”

Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut tidak dapat menahan sebak membayangkan satu-satunya anak perempuan Shuib merindui arwah ibunya.

Sedih tengok, moga terus kuat

Moga kuat sayang, mama tunggu dekat syurga

Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan 3 bulan.

Kredit: Suci Uwais

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
NuFa