Menghasilkan nuget daripada isi ayam bersama campuran tepung mungkin sudah terbiasa. Namun nuget dengan campuran bahan utama iaitu isi ayam dan kepingan roti gardenia ini cukup menarik untuk disediakan pada anak-anak kita. Jadi lebihan roti gardenia janganlah dibuang, sebaliknya buatkan nuget homemade ini.
Menariknya resipi nuget yang dikongsikan oleh Fafae Mimie ini cukup mudah malah rasa dan tekstur nuget yang dihasilkan juga lebih lembut dan sedap. Hanya rendamkan roti dengan susu dan kemudiannya dikisar bersama bahan lain. Jom cuba resipi mudah ni.
Minum petang, nuget ayam homemade. Buat lebih, frozenkan. Esok sarapan goreng ni je.
Susu segar dlm 100 ml
Roti
Bread crumb/ tepung tempyra
Rendam roti dalam susu selama 10 minit.
Ads
Blend semua.
Kukus dalam 20 minit dan potong.
Cara salut dengan 4 bahan ni.
1. golek nuget kat telur 2. golek nuget kat tepung (tepung gandum 2 sudu +1 sudu tepung beras) 3. golek balik dalam telur 4. golek kat breadcrumb
Ads
Ni pulak salutan tempura, saya guna tepung tempura bestari je.
Sedia untuk digoreng, boleh frozenkan jugak!
Ads
Siap!
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Resipi ayam sos senang dan yang penting sedap mengikut citarasa anak-anak yang baru belajar berpuasa. Pemakanan anak yang baru belajar berpuasa perlu seimbang antara kandungan karbohidrat dan protein serta tidak pedas dan berempah untuk perut mereka.
Menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga menjadi keutamaan ibu bapa terutama apabila ada anak yang sedang belajar berpuasa. Jika boleh kita mahu raikan kejayaannya menghabiskan tempoh berpuasa sehari dengan menu yang sedap tetap berkhasiat.
Lumrah kanak-kanak kecil gemar dengan hidangan ayam goreng. Tetapi kalau hari-hari masak cara yang sama tentu bosan juga. Apa kata mak-mak cuba menu senang dimasak tetapi yang penting sedap dan pasti digemari anak.
Ok anak-anak semua, kita buat menu terpaling senang namun anak-anak akan menjilat jari. Ayam sos. Ada rasa pedas sikit-sikit namun kuat rasa sos. Mereka kan suka yang masam manis begini. Jadi kira reward mereka berpuasa. Ok jom.
Bahan-bahan Ayam Sos:
1 ekor ayam.
Sedikit serbuk kunyit nak menggoreng ayam.
3 biji bawang besar India.
1 inci halia.
1 senduk bawang besar kisar.
2 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas bus lebih.
5 sudu besar sos cili.
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar gula kelapa. Nak guna gula merah ke gula melaka pun boleh.
Sedikit air.
Garam.
Cara-cara memasak tengok dalam gambar okeh:
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa! Ini menu kegemaran anak sayaaaa.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik di sini untuk mendaftar toko.ideaktiv.com
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara makanan paling mudah disediakan buat anak-anak kita yang sedang membesar adalah menyediakan beraneka pasta buat anak-anak kita. Namun malangnya, ketika idea datang untuk memasak, bekalan stok makanan di rumah pula tiada.
Sudahnya impian terbantut di situ. Jangan cemas kerana anda boleh berkreatif dengan masakan. Macaroni carbonara ini misalnya, tidak perlukan susu cair, hanya gunakan susu tepung anak sahaja. Mudah. Jangan peningkan kepala.
Penggunaan susu tepung anak tidak mencacatkan rasa carbonara itu sendiri bahkan rasanya lagi mantap dan berlemak. Cuma lebihkan sedikit kuantitinya supaya ia lebih pekat. Tak caya? Jom cuba!
Bahan-bahan:
1 mangkuk makaroni -direbus dengan sedikit minyak
2 ulas bawang putih -dicincang
Sedikit ayam -dihiris halus
1-2 keping keju
4 sudu makan susu tepung
Sedikit sayuran
Serbuk ayam homemade -perasa
1 sudu marjerin
Rebus dulu makaroni sampai masak. Kemudian angkat dan toskan sekejap. Biar sejuk.
Cairkan marjerin di dalam kuali. Bila sudah panaskan, tumiskan bawang putih cincang sampai kekuningan.
Bancuh susu tepung dengan sedikit air kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga mendidih.
Masukkan 1 atau 2 keping keju dan kacau lagi sampai sebati.
Apabila mendidih, barulah masukkan makaroni yang sudah siap direbus. Kacau sampai pekat.
Siap. Pekat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.