Anak–anak ni ada yang susah nak suruh makan nasi. Kalau bagi makanan lain laju je makan. Cuba tengok apa kecenderungan anak kita suka makan. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget.
Jika tengok anak kita jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali cara membuat nuget nasi campur ayam pasti menyelerakan anak anda yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran. Sekali-sekala olah resipi apa salahnya kan?
Bahan-bahannya:
Ads
Nasi putih Isi ayam Carrot Lada putih Garam pink himalaya secukup rasa Sedikit bawang putih Sedikit daun sup
Ads
Cara buat
Ads
Blend bahan tadi menggunakan food processor. Letak sedikit air panas supaya nasi tadi hancur. Jangan terlebih air.
Bahan untuk salut
Bahan untuk salut. Sebiji telur. Breadcrumbs. Untuk gluten free boleh guna puffed rice yang dikisar atau macam saya salut guna kelapa parut sangai.Boleh juga guna dessicated coconut. Kalau anak alah telur boleh tukar telur dengan air kosong.Nak celup je kan supaya masa nak golek tu melekat. Selepas bentukkan celup nugget dalam telur dan golek atas breadcrumbs atau kelapa parut sangai.Selepas dicelup telur dan golek atas kelapa. Susun atas loyang untuk digoreng.Selepas digoreng. Macam nugget. Kalau makan dengan sos cili homemade mesti anak-anak suka.
Lepas ni, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Puding roti memang menjadi kegemaran seisi keluarga. Rasanya yang lembut dan lebih enak dimakan sejuk-sejuk membuatkan anak turut menyukai menu pencuci mulut ini.
Kalau sebelum ini anda hanya pernah mencuba resepi puding roti biasa, kali ini anda boleh cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi wanita ini. Selamat mencuba!
Assalamualaikum hangpa. tak sempat nak tunggu tengahari dah licin..
Puding Roti Coklat Milo
1 paket agar-agar serbuk..bahagi 2. Untuk lapis atas bawah ye..loyang 6 inci..nak guna acuan pun boleh
Dalam 1 bekas atau periuk, masuk:
Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.
Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika
Sediakan adunan milo. Blender semua bahan dibawah:
Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.
Tuang kedalam loyang yang dititis adunan coklat tadi.
Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.
Kacau-kacau hingga adunan mencair
Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk
Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati
Kuih pau goreng berinti kacang merah sudah semestinya buat kita makan tak cukup satu. Intinya yang penih ditambah dengan doh yang lembut dan sedap buat kita makan bertambah. Sedap!
Doh lagi sedap dengan penambahan susu segar. Lagi sedap dan lembut. Jom cuba resipi perkongsian Pn Ida Zaida.
Bahan A
• 1 paket yis kering mauripan
• 2 sudu besar susu pekat
• anggaran 1 cawan air suam
• 2 sudu gula (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
Bahan B
• 4 cawan tepung gandum
• 2 sudu besar marjerin
• 2 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh garam (Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
Bahan C
• Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk
Kemudian campurkan bahan A+B+C dan uli. Perap sekejap bagi kembang.
Lepas tu tumbuk buang angin.
Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
Agak-agak doh mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal boleh mula menggoreng dengan api sederhana (pastikan minyak betul-betul panas).
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam berpantang mungkin ada sesetengah ibu yang menjaga makan kerana risau memberi kesan kepada diri sendiri ataupun bayi yang menyusu badan. Kadang-kadang asyik makan yang sama sampai naik bosan.
Ketika bersarapan atau minum petang teringin nak makan sesuatu yang manis tetapi tetap sihat. Apa kata anda cuba resipi Yogurt Custard Toast yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini;
Cara-cara: 1. Roti – lenyekkan nipis bahagian tengah. 2. Mix bahan yogurt, maple syrup dan telur.
3. Tuang adunan yogurt dan susun buah pilihan. 4. Bakar suhu 160 -170 selama 10 minit guna AF.
Sedap sungguhlah! Nak buat pun senang, boleh tukar-tukar jenis buah ikut selera. Sihat dan mommies pun boleh enjoy makan roti bakar ni. Selamat mencuba!