Nuget Nasi Homemade Padat Nutrisi Ayam Dan Sayur. Sekali Cuba Pasti Anak Suka!

Share

Anakanak ni ada yang susah nak suruh makan nasi. Kalau bagi makanan lain laju je makan. Cuba tengok apa kecenderungan anak kita suka makan. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget.

Jika tengok anak kita jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali cara membuat nuget nasi campur ayam pasti menyelerakan anak anda yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran. Sekali-sekala olah resipi apa salahnya kan?

Bahan-bahannya:

Nasi putih
Isi ayam
Carrot
Lada putih
Garam pink himalaya secukup rasa
Sedikit bawang putih
Sedikit daun sup

Cara buat

Blend bahan tadi menggunakan food processor. Letak sedikit air panas supaya nasi tadi hancur. Jangan terlebih air.

Bahan untuk salut

Bahan untuk salut. Sebiji telur. Breadcrumbs. Untuk gluten free boleh guna puffed rice yang dikisar atau macam saya salut guna kelapa parut sangai.Boleh juga guna dessicated coconut. Kalau anak alah telur boleh tukar telur dengan air kosong.Nak celup je kan supaya masa nak golek tu melekat. Selepas bentukkan celup nugget dalam telur dan golek atas breadcrumbs atau kelapa parut sangai.
Selepas dicelup telur dan golek atas kelapa. Susun atas loyang untuk digoreng.
Selepas digoreng. Macam nugget. Kalau makan dengan sos cili homemade mesti anak-anak suka.

Lepas ni, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.

Sumber: Widyana Ali

Published by
Wan Amy