Nak sediakan makanan untuk anak tak perlu fikir menu yang susah pun. Cukup jika mengandungi semua nutrisi yang seimbang. Cuma yang paling merisaukan ibu adalah anak susah makan nasi.
Untuk bagi idea pada ibu, apa kata buat nuget nasi tetapi didalamnya mengandungi semua khasiat dan lengkap dengan protein dan vitamin dari sayur-sayuran.
Perkongsian Puan Farah Zaidi ini boleh ibu cuba untuk berikan pada anak-anak.
Nuget Nasi
Untuk anak-anak yang susah nak makan nasi. Sebelum ni pernah buat tapi tak jadi. Jumpa resepi lain, saya olah sikit. Alhamdulillah anak saya suka.
Bahan-bahan:
Isi ayam
Nasi
1 biji telur
Lobak merah
Daun sup
Kobis bunga
Satu ulas bawang putih
Setengah biji bawang merah
Blend semua bahan-bahan di atas.
Lada sulah
Mushroom seasoning
Tepung gandum (untuk mudah bentuk, letak je atas pinggan sikit)
Serbuk roti
Cara-cara membuat:
1) Selepas dah blend boleh letak lada sulah dan mushroom seasoning sedikit. Agak-agak je.
2) Gaulkan. Sediakan dua bekas. Satu letak 2 biji telur dan satu bekas lagi letak serbuk roti.
3) Bentukkan nuget tadi atas pinggan yang kita letakkan tepung gandum. Golekkan kat tepung tu supaya mudah nak bentuk.
4) Selepas itu, celup dalam telur dan celup ke dalam serbuk roti. Kukus sekejap dalam 15-20 minit. Sejukkan sekejap. Boleh goreng dalam minyak macam biasa.
Yang lebih boleh buat frozen. Lagi kenyang dan sihat untuk anak-anak.
Kredit: Farah Zaidi
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)