Nuget ayam antara kegemaran anak-anak. Cuma jika pengambilannya diambil terlalu kerap ia tak elok untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi beberapa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berterusan dan kerap.

Jadi bagi yang mempunyai anak-anak suka makanan nuget ayam, ada alternatif yang boleh anda buat untuk hidangan sihat seisi keluarga. Bila dah buat sendiri, lebih terjamin dan selamat untuk anak makan.

Kita sebagai ibu bapa pun tak risau. Asalkan pandai untuk mengolahnya ikut citarasa, semuanya akan jadi sedap.

Nuget Ayam Homemade 

Bahan-bahan

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!

– 2 keping dada ayam dipotong dadu
– 1 ulas bawang besar dihiris
– 3 ulas bawang putih dihiris
– 2 sudu tepung ubi
– 1 sudu perencah daging lada hitam maggie
– Sedikit daun sup
– Sebiji telur ayam (kalau telur saiz kecik boleh letak 2 @3 bijik)
– Lobak merah
– Tepung bestari

Cara membuatnya:

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!

IKLAN

Kalau tak ada perencah daging lada hitam maggie boleh digantikan dengan serbuk lada hitam, sedikit garam dan serbuk perasa (jika suka)

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!
Ayam dipotong kecik supaya mudah masa blender

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!Campurkan semua bahan kecuali tepung bestari ke dalam blender.Guna blender kering.Kalau xde tumbuk guna lesung pun boleh.. lagi terasa ayamnya.

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!
Bahan yang siap diblender

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!

Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ratakan bahan yang dibender ke dalam loyang

IKLAN

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!

Kukus selama 15 minit

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!

Siap kukus. Boleh potong atau cetak ikut kretiviti masing-masing

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!Dah siap dipotong dan dicetak menggunakan cetak kuih

IKLAN

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!

Bancuh tepung bestari dengan sedikit air. Bancuh cair macam buat tepung goreng pisang. Tak perlu tambah garam sebab tepung tu dah masin.

Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak dan kekuningan

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!

Siap untuk dihidang.

Nuget Tempura Homemade. Dijamin Sedap, Anak Tak Makan Sayur Pun Laju Makan!

Boleh juga digoreng terus tanpa dicelup ke dalam bancuhan tepung.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI