Kisah pelajar itu mendapat reaksi segera Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik berita pelajar berkenaan di Facebooknya semalam.
Menerusi perkongsian Dr Asyraf Wajdi, pihaknya sudah meminta MRSM Kuala Krai berhubung dengan ibu bapa pelajar itu dan menguruskan pengangkutan anak cemerlang itu bagi menduduki ujian Kecenderungan MRSM (UKKM).
“Saya sudah minta MARA untuk hubungi ibubapa pelajar ini. InsyaAllah pihak MRSM Kuala Krai akan bantu uruskan pengangkutan pelajar miskin ini untuk dibawa ke MRSM KK bagi menduduki peperiksaan UKKM.
“Saya telah sebutkan banyak kali jangan jadikan alasan kemiskinan mahupun kekangan kewangan sebagai faktor penghalang untuk menyambung pengajian.
“MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini,” kongsinya.
Ads
Sementara itu, bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38, berterima kasih atas maklum balas segera Asyraf dan pihak MARA berhubung kisah anak keduanya itu.
“Saya sudah dihubungi guru daripada MRSM Kuala Krai petang tadi untuk mengambil anak menduduki ujian UKKM, esok.
“Selain tercapai tercapai hasrat menduduki ujian untuk ke MRSM, keluarga saya turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan.
Ads
“Anak (Nasuha) sangat gembira dengan berita ini dan nampak tak sabar mahu menduduki ujian esok, saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan kami,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, kisah Nur Nasuha dari Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol yang sedih kerana tercicir menduduki ujian UKKM ke MRSM kerana kemiskinan keluarga selepas bapanya, Nusi disahkan menghidap penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu.
Keadaan kesihatan bapanya menyebabkan dia dan empat adik-beradik serta ibu, Nurul Izzati Nor, 31, yang sarat mengandung tujuh bulan hidup dalam keadaan daif dengan hanya mempunyai satu motosikal serta sering terputus bekalan makanan.
Usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri menerima kejutan yang paling istimewa daripada isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Aliff menerima sebuah kereta mewah berjenama Ferrari sebagai hadiah perkahwinan mereka.
Tambah Alif lagi, kereta Ferrari berwarna merah itu juga dipilih sendiri oleh isterinya.
Menurut Aliff, dia sudah lama mengimpikan kereta mewah berkenaan namun, tidak menyangka isterinya akan memberi kejutan kepadanya sebagai hadiah.
“I love you sayang. Tak sangka isteri saya kejutkan saya sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-17.
“Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferarri terbaru ini,” katanya.
Aliff memberitahu hasart untuk memiliki kereta idamannya itu selama ini terbantut apabila memikirkan keadaan ekonomi ketika ini.
“Bila fikir balik dengan anak ramai tak sesuai. Komitmen makin tinggi bila anak dah remaja dan ekomoni pun tak stabil tapi terkejut dapat hadiah,” kongsinya lagi.
Walau bagaimanapun, Aliff sangat berterima kasih kepada isteri tercinta kerana melakukan kejutan yang paling bermakna ini.
Menerusi video yang dikongsikan, anak-anak Aliff turut kelihatan teruja sewaktu melihat dan menaiki kereta tersebut.
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama, pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz meraikan hari bermakna mereka dengan makan malam bersama.
Walapun dirai secara bersederhana, namun nampak romantis. Momen tersebut dikongsikan Neelofa di IG storiesnya.
Menitipkan doa yang baik-baik, usahawan terkenal itu juga memberikan ucapan buat suami tercinta menerusi sebuah hantaran di Instagram yang merakamkan detik majlis ijab kabul mereka.
“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya saya bisik di telinga suami sebab dia seorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew,” tulis Neelofa.
Sementara itu, Haris pula ada berkongsi foto sekitar majlis pernikahan disusuli dengan kata-kata penuh kesyukuran.
“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Dikurniakan isteri yang baik hatinya. Banyak lagi yang nak ditulis tapi tak mengapa, ku titipkan dalam doaku.
“Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya. Sekali lagi Alhamdulillah Ya Allah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan peminat pasangan ini mengucapkan tahniah dan mengharapkan rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan dalam rahmat Allah.
Sebelum ini, Neelofa dan Haris melangsungkan perkahwinan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah adik Ainul Mardhiah yang mengalami jangkitan kuman dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Ini susulan perkongsian ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani menerusi instagramnya yang memohon doa orang ramai setelah keadaan Ainul agak kritikal selepas mengalami muntah dan cirit-birit sehingga jangkitan kuman merebak ke beberapa bahagian tempat.
Selain keprihatinan dan doa rakyat Malaysia, keadaan adik Ainul juga turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri, pakar bedah yang kini bertugas di London.
Beliau sebelum ini pernah membantu Ainul Madhiah menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya pada 2019.
Dr Nur Amalina menerusi Twitter semalam, berkata beliau baru sahaja mendapat berita mengenai perkembangan Ainul Mardhiah.
Justeru, beliau meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan kanak-kanak itu.
“Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul. Ya Allah, Marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh,” katanya.
Pada masa sama, Dr Nur Amalina turut menitip doa supaya Ainul Mardhiah kuat melawan penyakit yang dihadapinya, sepertimana dia berjaya mengharungi pembedahan ketumbuhan sebelum ini.
“Ainul sayang, awak dah pernah laluinya banyak kali sebelum ini. Awak mampu lakukannya lagi. Teruskan berjuang sayang! Insya-Allah,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.