Selama lima bulan dipinjamkan, tiada lagi dirasakan tendangan si kecil. Ibu ini reda berpisah dengan kandungan istimewanya.
Memang tidak mudah menerima kenyataan, tapi ini yang perlu dihadapi. Luahan Puan Haryati Mohd Noor pasti akan menyebakkan sanubari insan yang bernama ibu. Bayi yang dikandung 21 minggu terpaksa digugurkan (termination of pregnancy-TOP) atas sebab kesihatan.
Bayi kecil yang dinamakan Nur disahkan mengalami holoprocenphaly & proboscis. Tubuh kecil seberat 300gram dikeluarkan daripada rahim melalui kaedah indius.
Bayi tidak bergerak dari tengah malam. Semasa ujian imbasan, riak wajah doktor berubah. “Bayi ini tak elok.”
Aku sebak dan sedih, meraung dalam bilik doktor. Mula menyalahkan diri menyebabkan bayi ini tidak sihat. Seharian menangis. Setiap kali solat berdoa bayi sihat kembali.
Setiap kali bayi bergerak, air mataku menitis. Tak percaya si kecil yang aktif ini sebenarnya tidak sihat.
Detail scan mendapati abnormal pada kepala bayi. Keadaannya rupanya lebih teruk daripada yang disangka. Dalam hati berdoa agar ini semua tidak benar. Luluhnya hati bila bayi ini terpaksa digugurkan/ dilahirkan Doktor beritahu jangka hayat mungkin hanya sehari selepas lahir.
“Nur tunggu ibu di pintu syurga ya nak”
Sudah bersedia secara mental, setitik air mata pun tidak menitis lagi. Hati kami benar-benar reda….
Dimasukkan ke wad untuk prosedur TOP. 3 petang dimasukkan ke wad, 12.20tengah malam rasa menyucuk di bawah. Dirasakan seperti belon nak keluar…
Belum sempat naik ke katil bersalin, kantung berisi anakku Nur meluncur keluar. Kamu masih bergerak-gerak. Kita duduk sama-sama sampai nafasmu berakhir…
Mama sempat mencium untuk kali terakhir. Beruntung sangat dapat uruskan kamu dari awal hingga akhir.
Semua kuasa Allah. Ibu hamil semua buatlah detail scan kalau mampu. Doakan agar cepat dapat pengganti Nur. Mama tahu kamu sudah gembira berlari-lari di sana.
Sumber: Haryati Mohamed Nor