Ada yang tanya, bila waktu sesuai untuk potty training atau toilet training atau cerai lampin. Sebenarnya ia ikut bila ibu bapa boleh latih anak.
Sebaik-baiknya bila anak dah boleh mendengar arahan ringkas dan boleh cakap atau buat apa-apa gaya/cara untuk beritahu mereka nak berak atau kencing.
Macam mana nak ajar anak toilet train?
1. Kena cakap betul-betul kat dia.
Kalau nak kencing, cakap nak kencing. Bukan mommy, nak ‘cing’. Nanti kita salah dengar ingat dia sebut kucing. Kat rumah ni pula ada banyak kucing. Macam tu juga nak buang air. Mommy, nak berak. Bukan mommy nak ‘yak’.
2. Kerap bawa dia ke toilet at least 2jam sekali atau tetiba nampak dia cari port nak membuang.
Contoh, ada anak ni kita dah tau dia kalau nak membuang, dia akan ke satu sudut untuk ‘bertelur’. Jadi kita dh dapat agak dia nak buang air atau posisi biasa dia masa memerut macam mencangkung atau apa pun posisi dan daya. Maka, angkatlah ke tandas segera.
Ads
3. Boleh beli toddler potty training toilet chair seat jika mahu atau potty training toilet seat yang lembut tu. Ada warna warni aidilfitri dan bermacam-macam gambar untuk tarik minat anak untuk ke tandas. Selain tu, saiz dia mesra punggung anak. Takdelah anak terjerumus ke lubang tandas. Lain cerita pula nanti.
4. Beli underware yang dia suka. Contoh berkartun-kartun, ada upin ipin, ultraman, superman, boboiboy dan lain-lain lagi. Nanti dia seronoklah bertoilet train. Sebab pampers pun tak beraneka kaler macam tu.
5. Keraplah tanya dia nak ke tandas ke tak. Kalau agak lama tak ke tandas tu, bawalah dia kesana. Takutlah dia ni tahan dari membuang sebab takut kena marah kalau karpet basah.
6. Masa nak toilet train anak, elakkanlah pasang karpet mahal kat dalam rumah/ruang tamu. Nanti karpet mahal basah, anak pula kita sesah.
Ads
7. Latih anak 3 hari pertama dengan sela masa berbeza.
– Hari pertama contoh bawa anak setiap 30 min sekali.
– Hari kedua bawa setiap satu jam sekali.
– Hari ketiga, bawa setiap 2jam sekali.
Pastikan masa train tu, betul-betul ZERO pampers.
– Waktu malam pula, elakkan bagi anak minum air yang banyak waktu malam supaya dia tidak kerap kencing malam. Pastikan anak kencing dahulu sebelum tidur dan ingatkan berkali-kali yang dia tak pakai pampers malam tu. Buat latihan sekurang-kurang dua minggu.
8. Elakkan marah anak kalau dia terkucil di lantai/seluar. Nanti elok dia nak beri kerjasama, tetiba dia mogok. Paling koman dia tahan pula nak membuang. Ada tu terkucil bila dengar suara tarzan mak dan ayah.
Ads
9. Sabar. Kalau minggu ni gagal, minggu depan cuba lagi.
10. Jangan lupa pula ajar anak cara cuci kemaluan selepas membuang. Bab buang air besar tu mungkin kita boleh lagi bantu kan.
11. Bagi rewards pada anak bila melepasi fasa latihan tertentu supaya anak seronok.
12. Jangan bezakan anak orang lain, anak-anak sebelum dengan anak sekarang. Sebab budak-budak ni perkembangan berbeza-beza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teknik rangsangan saraf di luar dan dalam mulut masih menjadi perbincangan di kalangan terapis. Adakah ia menyumbang kepada pertuturan anak-anak?
Secara teorinya, saraf yang tidak normal (kurang atau terlebih peka) akan menyebabkan beberapa masalah kepada anak-anak seperti:- 1. Anak cerewet makan 2. Anak susah gosok gigi 3. Anak suka gigit mainan/baju dan sebagainya 4. Anak suka masukkan tangan dalam mulut 5. Air liur meleleh 6. Anak lambat bercakap
Rangsangan saraf secara konsisten dikatakan akan dapat membantu memperbaiki masalah di atas.
Macam mana saya nak buat rangsangan saraf mulut?
– Rangsangan perlu dibuat secara konsisten 3 kali sehari; waktu pagi, petang dan malam
– Buat di bahagian luar mulut iaitu di sekeliling mulut (pipi, atas dan bawah bibir, dan bibir)
– Buat di bahagian dalam mulut iaitu di gusi, dalam pipi, lidah dan lelangit.
Ada peralatan khusus ke?
– Tiada peralatan khusus, boleh gunakan jari yang dibalut gauze, toothettes (seperti dalam gambar) atau gum massager (seperti dalam gambar)
– Toothettes boleh dicuci (dengan air paip sekali lalu), dikeringkan dan boleh diulang-ulang guna sehingga lebih kurang 15x
– Gum Massager lebih tahan dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lebih lama
Berapa lama perlu saya buat rangsangan untuk lihat perubahan?
– Perubahan pada anak berbeza antara satu sama lain. Ada yang menunjukkan perubahan selepas sebulan tetapi ada juga sehingga setahun. Berbincang dengan terapis pertuturan untuk meningkatkan peringkat rangsangan.
Kehadiran anak-anak bukan sahaja memeriahkan rumah tangga tapi setiap anak itu dah ada rezeki untuk kedua ibu bapanya.
Begitulah yang dirasai oleh Datin Rebecca Nur Al-Islam yang dikelilingi 8 orang anak yang comel dan masing-masing tahu apa nak kena buat.
Menurut Rebecca dia suka anak ramai kerana adik beradiknya juga 8 orang. Semasa di awal perkahwinan ramai yang bertanya nak berapa orang anak?
“Dengan pantas saya selalu sebut nak 8 orang macam mak saya juga, dan niat itu akhirnya dimakbulkan oleh Allah sekarang.
“Cantik sangat aturan Allah untuk saya dan suami. Kini saya dah memiliki cinta hati ini,” katanya.
Rebecca berkongsi bila dah ramai-ramai berkumpul boleh bayangakn kemeriahan rumah tu macam mana. Tapi semuanya sungguh indah. Momen inilah yang dikenang bila semua anak dah besar.
Sebelum ini, Rebecca juga ada mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Aurora yang dilahirkan 8 Disember lalu. Jika diikutkan Aurora kira sebaya dengan Ahmet Reaggan, anak lelaki Rebecca yang dilahirkan 18 Julai tahun sama.
Sumber: IG Rebecca Nur Al-Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya dengan menggunakan lagu mereka boleh belajar bercakap. Ibu ayah tentu risau kalau anak mereka dah capai umur yang sepatutnya sudah boleh mula bercakap tapi belum bercakap. Jika anak lambat bercakap, pelbagai cara boleh dilakukan untuk ibu ayah lakukan dirumah untuk merangsang anak supaya bercakap.
Kanak-kanak memang sukakan lagu sebab ada melodi dan menarik. mereka boleh tengok ulang ulang ulang sampai hafal lagu. Terapis Pertuturan bahasa, Cik Aishah Kassim berkongsi cara mengajar anak bercakap melalui lagu;
Saya pun biasa guna lagu masa mengajar. Tapi adakah aim sy untuk mereka hafal lagu?
Jawapannya TAK..
Saya guna lagu bukan untuk mereka hafal dan lepas tu nyanyi lagu sesuka hati sorang-sorang tanpa situasi yg sesuai.
Lagu biasanya saya akan gunakan untuk dapatkan skill-skill ini:
1.Skill meniru aksi
Lagu banyak aksi, jadi kita boleh gunakannya untuk anak-anak tiru aksi dulu. Especially bagi yang belum bercakap. Kalau anak tak tiru, masa tu lah kita perlu bantu. Ajar anak untuk tengok aksi dan terus tiru. kita panggil immediate imitation, tengok terus tiru.
Jadi nanti nak ajar tiru bunyi perkataan senang sebab mereka dah ada skill tu. Kalau aksi yang simple masih tak boleh tiru, nak tiru pertuturan memang tak boleh. Sebab tu better masa menyanyi kita ada sama-sama, buat aksi sama-sama, baru ada interaction.
2. Skill tiru bunyi
Lagu-lagu yang ada bunyi, mcm old mc donald tu kita boleh ajar untuk anak tiru bunyi-bunyi haiwan. Tak payah hafal seluruh lagu pun takpa. Yang penting masa animal apa yang ditunjukkan, bunyi yang dibuatnya betul. Yang penting orang dewasa kena ada sekali untuk ajar mereka.
3.Ajar kefahaman bahasa & tambah vocab
Anda boleh bercerita tentang objek-objek atau gambar-gambar atau action-action dalam lagu pada anak. Tunjuk dan cerita, jadi anak boleh faham apa nama objek, nama aksi yg ada dlm lagu tu.
Kanak-kanak memang ada ability untuk hafal banyak benda, tapi kalau hafal saja tak boleh nak guna dalam perbualan harian pun tak guna lah kan.
Jadikan waktu menyanyi waktu yg interactive, ada org dewasa guide. Jika biarkan anak tengok lagu sorang-sorang dan nyanyi sorang-sorang, hafal sorang-sorang, memang tak membantu langsung utk mereka berkomunikasi.
Selamat menyanyi!
Sumber: Facebook Aishah Kassim
Terapis Pertuturan Bahasa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.