Rasa sepotong kek keju sememangnya bukan biasa-biasa. Cukup sedap malah strukturnya yang padat dan gebu buat suapan ke mulut tak cukup sepotong. Tambahkan lagi rasa enak kek keju dengan campuran topping dari Nutella. Memang terbaik.
Resipi ringkas yang dikongsikan Raden Galuh ini memang awesome. Teramat sedap! Anda wajib cuba.
No bake nutella cheesecake with choc ganache. Sebenarnya saya masak main agak je sukatan. Sebab ni no bake cheesecake so confirm jadi tak payah risau ye. Tapi untuk mudahkan semua so saya tepek sukatan sini.
Untuk oreo base:
20 ketul oreo (lebih kurang) buang cream tu
5 table spoon butter
4 table spoon nutella
Untuk filling cake:
250g cream cheese
Sebotol sederhana nutella
100g cooking choc (any brand pun ok)
Untuk ganache topping:
300g cooking choc (baki choc untuk filling tadi)
1/2 kotak kecik whipping cream/double cream
1 sudu besar butter
Choc chip dan almond secukup rasa
Ads
Saya guna ni loyang springform size 9 inci. Nak buat kecik-kecik version cupcake or letak dalam gelas comel kecik pun boleh.
Campurkan Nutella, cream cheese, melted choc (cairkan choc dan sejukkan). Mix cream cheese sampai kembang. Masukkan nutella dan melted choc. Tuang atas base oreo (lupa snap gambo). Sejukkan dalam fridge around sampai set.
Cooking choc + whipping cream + butter sikit untuk kilat. Double boil dan sejukkan pada suhu bilik sebelum tuang atas kek.
Ads
Topped with almond dan choc chips. Sejukkan lagi dalam fridge selama 4 jam.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakalanya mencuba menu yang sama setiap hari amatlah membosankan. Begitu juga anak-anak kecil kita. Ada waktunya mereka sukakan kelainan dalam rasa. Menu cair dimulut antara yang mampu menyuntik selera anak.
Resipi perkongsian Puan Maisara Nasir menerusi Happy Baby Food Malaysia ini paling ringkas untuk diberikan kepada si comel. Paling sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang anak kecil kita. Jom cuba.
SWEET POTATO CHEESE BALLS Menu petang Afeeya. Sedaap lemak-lemak manis gitu. Lembut sangat! Rasa cheese tu so yummy.
Bahan-bahan:
Keledek rebus -kukus hingga lembut
Cream cheese -potong dadu
3 sudu tepung gandum
Rebus dan steamkan keledek. Lenyekkan keledek hingga hancur.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga adunan boleh di bentuk. Tak perlu letak banyak-banyak tepung. Asal boleh bentuk je dah ok. Banyak sangat tepung nanti jadi keras.
Bentukkan keledek dan masukkan cheese yang dipotong dadu.
Bulat-bulatkan dan bolehlah goreng seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek pandan adalah kek span berwarna hijau dan lembut yang berperisa dengan jus daun pandan. Rasanya yang sedap dan sangat lembut menjadi kegemaran ramai. Bagi yang nak mencuba jom ikuti resipi yang dikongsi ini.
Akak share cara akak buat kek paling mudah, cepat, InsyaAllah sedap dan confirm menjadi. Asalkan jangan derhaka resepi 😄
Sebelum ni kak buat versi kek oren sunquick. Today kak buat versi pandan.
Bahan untuk di ayak dan ketepikan dalam satu bekas:
1 cawan tepung gandum
1 camca kecik Baking Powder
Setengah camca kecik Soda Bikarbonat
Bahan untuk di blend halus dan kembang:
4 biji telur (gred c), jika telur greb B guna 3 biji sahaja. Telur membantu lembutkan tekstur kek.
Setengah cawan gula castor (gula halus).
2 sudu susu pekat manis.
Setengah cawan minyak masak.
Perasa pandan (boleh beli ada jual, akak buat sendiri ja dari daun pandan kat rumah, blend daun pandan dan ambik sikit airnya – untuk bagi bau wangi).
Pewarna hijau 1-2 titis.
Kukus 30-40 minit. Makan panas-panas berebut dengan anak tak sedaq sat ja habis sebiji 😄✌️.
Kredit: Sally Aqua MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar kacang, pastinya kacang goreng berempah antara kudap-kudap pilihan utama. Kacang goreng berempah memang sesuai sebagai hidangan kudap-kudap ringkas ketika menonton TV.
Bukan hanya menjadi pilihan hidangan harian, malah kacang juga mula terkenal sebagai hidangan kudap-kudap untuk hari raya. Tetamu yang datang pasti tak melepaskan peluang untuk merasai keenakan pelbagai jenis kacang. Lebih bertambah enak jika dibuat sendiri kerana tak semua yang dijual dipasaran kena dengan citarasa kita. Ikuti resipi mudah yang dikongsi oleh Siti Azura.
Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni
Bahan-Bahan;
-500gm Kacang tanah -5 Ulas bawang putih (ditumbuk) -1 sb serbuk cili -2 sb gula -3 sk garam -2 biji telur -5 sb tepung gandum -1 sb tepung beras *sb – Sudu Besar *sk – Sudu Kecil
Cara-caranya:
-Bersihkn kacang tanah…(bilas dan jemur kering sehari sebelum nak buat)
-Campur semua bahan (kacang + bawang putih + serbuk cili + gula + garam + telur)
-Gaul sampai sebati
-Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
-Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana
-Bila dah masak, angkat dan tapis/toskan minyak sebelum dimasukkan dalam bekas.
Kredit: Siti Azura
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.