Nyawa Ibu Terancam, Risiko Kandungan Pecah. Hamil Luar Rahim, Jangan Cuba-Cuba Urut

Share

Hamil luar rahim atau ectopic pregnancy adalah situasi yang banyak berlaku di awal kehamilan. Ia mungkin tidak dapat disedari oleh para ibu kerana kerap terjadi pada peringkat awal kehamilan.

Hamil luar rahim sangat bahaya kerana boleh mengakibatkan pendarahan banyak apatah lagi jika ia diurut. Kehamilan luar rahim adalah kehamilan yang terjadi dan membesar di luar rahim. Nisbah 1 dalam 90 kehamilan adalah kandungan luar rahim. Wanita yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim mempunyai risiko yang tinggi untuknya berulang.

Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian, di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.

Menurut Dr Muhammad Izzat, wanita yang disahkan hamil luar rahim perlu menerima hakikat bahawa kehamilan tidak akan dapat diteruskan sehingga kelahiran. Ia sangat berisiko dan membayakan nyawa ibu.

wanita yang sedang hamil, tapi bila doktor mengesahkan beliau hamil luar rahim ( etopic pregnancy ), kehamilan jenis ini takkan berjaya sampai ke hujung dan melahirkan seorang bayi.

Wanita perlu terima hakikat ini, bukannya berharap sesuatu keajaiban yang mana kehamilannya akan berjaya seperti orang lain.

Kehamilan luar rahim boleh pecah pada bila-bila masa sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak dalam ruang perut ( abdomen ) ibu, jika tidak dirawat dan dikenalpasti awal kesannya boleh membawa maut.

Maka doktor akan berbincang dengan pesakit pilihan-pilihan yang ada untuk menyelamatkan nyawa si ibu. Perbincangan ini merangkumi :

  • Umur kandungan
  • Keadaan kesihatan pesakit secara amnya
  • Paras ujian darah BetaHcg
  • Pilihan-pilihan rawatan yang boleh diberikan dan terdapat di hospital pesakit menerima rawatan

Lazimnya dalam kebanyakkan kes, rawatan secara pembedahan akan diberikan kepada pesakit

Pembedahan ada 2 jenis – samaada dilakukan secara

-laparoskopi (dilakukan melalui bukaan lubang kecil pada perut dengan bantuan kamera) atau

-laparotomi ( potongan besar pada perut jika pendarahan didapati di dalam ruang abdomen. Perlu tinggal di hospital dalam 2-4 hari, tempoh pemulihan lebih lama).

Perlu diingatkan pembedahan ( tidak kira jenis ) adalah untuk membuang kehamilan luar rahim. Kesesuaian jenis pembedahan sama ada laparoskopi atau laparotomi akan dibincangkan bersama pesakit dan keputusan dibuat berdasarkan penilaian terbaik doktor yang merawat ketika itu.

Dengan berjumpa bidan tidak kira bidan nangnak, bidan melaka, bidan kelantan atau bidan siam terkenal sekalipun tak dapat merawat kehamilan luar rahim. Silap haribulan urutan tanpa asas yang diberikan boleh menyebabkan kehamilan luar rahim itu pecah dan meragut nyawa ibu serta merta sebelum sempat dikejarkan ke hospital

Jangan main main

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Published by
Azma Mohd Lazim