Bila pelakon Nynaa Harizal berkongsi gambar raya dengan ‘baby barunya’ ramai warga maya geram dengan kecomelan bayi lelakinya. Nynaa dan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas memilih nama, Isaac untuk anak lelaki mereka.
Isaac merupakan anak kedua Nynaa. Terdahulu, Nynaa sudah pun memiliki seorang anak perempuan, Zara Ariyanaa yang dilahirkan pada 29 Januari 2023. Pastinya rasa seronok dan teruja menjadi seorang ibu melenyapkan rasa lelah untuk membesarkan buah hati kesayangannya.
Artikel berkaitan: Dah Hampir 9 Bulan, Terpancar Seri Ibu Mengandung. Nynaa Tunggu Masa Bersalin
Pemilik nama lengkap Nurul Hanynaa Hariza yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 itu menganggap momen bergelar seorang ibu merupakan suatu perkara yang mengubah kehidupannya.
Berikut perkongsian Nynaa di laman Instagramnya:
Selamat Hari Raya from our little Family. The outcome of our 1-minute photo session with Arianaa dan Isaac, tulisnya.
Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta F3, Mohamed Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kehadiran sepasang cahaya mata mereka, Ariyanaa dan Isaac menyerikan lagi rumah tangga pasangan ini.
Sumber: Instagram Nynaa Harizal
Baca lagi: Baby Girl Nak Keluar Awal..& Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my