Keletihan yang diakibatkan oleh kesibukan kerja seharian sedikit sebanyak boleh mengganggu tumpuan diri. Lebih teruk ia kadangkala terbawa-bawa sehingga ke rumah.
Berikut adalah jenis-jenis makanan yang boleh anda amalkan untuk mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh.
Ketahuilah, apabila anda cergas dan bertenaga, keluarga terutamanya suami dan anak-anak pasti akan rasa seronok dan bahagia sentiasa.
Oatmeal dianggap sebagai superfood kerana kemampuannya menjaga kesihatan pencernaan. Selain itu, ia juga membantu tubuh menjaga kadar gula darah supaya sentiasa berada pada paras normal.
Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan. Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal mengandungi magnesium, protein dan fosforus. Tiga nutrien ini saling berhubung kait dalam mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya makanan ideal untuk memerangi keletihan.
Teksturnya yang lembut, membuatkannya mudah diproses oleh tubuh untuk menjadi tenaga berbanding makanan padat.
Ia mengandungi probiotik iaitu bakteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya daripada pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bakteria berbahaya.
Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak.
Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan memberi perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.
Bayam penuh dengan kandungan nutrien penting yang membantu anda mengatasi keletihan. Sayur ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi sangat kaya dengan magnesium dan kalium.
Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia. Jadi, zat besi dalam bayam memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari masalah keletihan.
Biji labu, badam, gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam bijan, biji bunga matahari, biji labu, gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.
Ketahuilah anda bahawa akar masalah keletihan adalah disbabkan oleh kekurangan nutrien penting dalam tubuh.