Oat antara contoh karbohidrat kompleks yang sesuai diambil ketika bersahur kerana boleh bertahan lama. Ia kaya dengan karbohidrat & serat dan sarat dengan protein berbanding bijirin lain. Selain itu, oat juga tinggi kandungan vitamin & mineral.
Sahur sangat penting kerana ia memastikan setiap individu bertenaga sepanjang hari. Sajian sahur yang kaya nutrien penting. Karbohidrat memberikan kira-kira 50 peratus daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Justeru oat adalah pilihan yang tepat bagi ibu yang inginkan hidangan sahur yang penuh khasiat.
Sajian yang menjimatkan masa dan memudahkan adalah pilihan tepat.Paling penting sarat dengan zat diperlukan tubuh sebelah siangnya. Kekangan masa menjadi faktor utama ibu untuk menyediakan makanan sahur yang berkualiti. Apa yang diperlukan ialah makanan yang cepat penyediaannya.
Seboleh-bolehnya sediakan satu sajian yang lengkap walau pun ringkas. Bukan sahaja mengenyangkan tapi memberikan nutrisi kepada tubuh. Oat misalnya mengandungi protein, folate, zat besi, magnesium, zink, fosforus dan vitamin B1 dan B5.
Anak yang berlatih untuk berpuasa atau yang bersekolah memerlukan sajian yang mengenyangkan dan berkhasiat supaya tumpuan mereka di sekolah tidak terganggu. Untuk membuka selera anak masa sahur. Selalu mengantuk jadi semangat & tidak jemu dimakan. Oat juga memberikan tenaga & nutrien untuk perkembangannya.
Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, penting untuk memastikan sajian sahur yang diambil berkhasiat bagi agar penghasilan susu berkualiti. Oat adalah pilihan tepat kerana ia juga salah satu makanan penggalak susu.
Selain buat overnite oat, smoothies atau bubur oat biasa, mama boleh cuba resepi-resepi boleh lawati http://www.quaker.com.my/recipe-book.html dan https://www.facebook.com/QuakerMalaysia/. Berpuluh-puluh menu menggunakan oat yang dikongsikan tidak membosankan, boleh memberikan variasi kepada hidangan sahur anda nanti.