Dia seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya. Bayi yang baharu dilahirkan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20 – 25 sm dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibu yang memegangnya.
Pada jarak ini, dia dapat ‘membaca’ emosi yang terpapar pada wajah anda. Dia juga akan boleh tersenyum jika melihat anda senyum kepadanya. Walaubagaimanapun jarak penglihatannya masih agak sedikit. Dia tidak dapat fokus kepada apa yang dilihat.
Oleh itu, kerap jalinkan hubungan mata dengan bayi anda dan pastikan jaraknya antara 20 – 25 sm. Misalnya, ketika anda bermain dengannya atau ketika sedang menyusukannya. Kepekaan retina mencapai keseimbangan setelah menjelang akhir tahun pertama usia bayi.
Ads
Jangan letakkan bayi anda terlalu hampir dengan cahaya yang terlalu terang dan jangan pula kerap meletakkan bayi di tempat yang terlalu gelap kerana perkara ini akan melambatkan kepekaan retina bayi.
Ads
Pada peringkat umur bayi 0-3 bulan, daya penglihatan paling baik bagi bayi anda adalah pada jarak 23 – 30 sm. Anda boleh menggunakan objek berwarna kontra seperti merah dan putih dan diletakkan pada jarak yang berbeza iaitu tinggi dan rendah.
Aktiviti ini bagus bagi menguji perkembangan visual bayi anda. Malah ia juga membantu keupayaan otaknya untuk menyusun maklumat dan membentuk daya tumpuan penglihatan yang lebih baik.
Ads
Antara bulan keempat dan keenam, benda-benda optik yang berwarna-warni dan bergerak dapat menarik minat bayi anda dan mempesonakannya. Dia boleh bertahan selama beberapa minit tanpa melelahkan otot-otot matanya. Bayi anda pun semakin cepat menangkap rangsangan lebih kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanda lahir, pasti dimiliki oleh setiap orang. Secara fisiologi tanda lahir adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan. Namun ada juga tanda lahir yang tidak boleh hilang dengan sendirinya.
Menurut kajian, 80% bayi yang baru lahir mempunyai tanda lahir. Biasanya tanda lahir akan hilang apabila mereka semakin membesar. Tetapi, terdapat juga tanda lahir yang kekal sehingga dewasa. Kebanyakan tanda lahir tidak merbahaya dan tidak mengganggu kesihatan mahupun fizikal bayi.
Apa Itu Tanda Lahir?
Tanda lahir adalah tompokan tertentu pada kulit bayi yang mempunyai warna yang berbeza. Biasa kita temui adalah tompokan yang berwarna seperti kebiruan, kehijauan dan kecoklatan. Kadangkala ia juga timbul dan mempunyai tekstur yang berbeza daripada kulit bayi.
Tanda lahir boleh terjadi akibat pigmentasi atau saluran darah yang tidak normal. Sungguhpun orang tua-tua dahulu sering mengaitkannya dengan pelbagai mitos, namun punca terjadinya tanda lahir masih belum diketahui dengan tepat. Oleh itu, ia tidak dapat dicegah dan ia juga bukanlah sesuatu yang diwarisi ataupun berjangkit.
Antara Jenis-Jenis Tanda Lahir
Tanda lahir Vaskular
Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular.
i)Macular Stains
Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.
ii)Hemangioma
Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bulan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.
iii)Port Wine Stains
Tanda lahir jenis ini selalunya berlaku pada bahagian muka dan berbeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air air merah yang tertumpah. Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.
Tanda Lahir Berpigment
Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment pada kulit berkembang lebih daripada normal. Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis.
i)Cafe-au-liat spots
Kerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi bersusu. Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.
ii)Mongolian spots
Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.
iii)Moles (Tahi lalat)
Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdapat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar, ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit jika ia berkeadaan demikian.
Sumber: wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah mana yang tak risau bila anak ada masalah perkembangan. Menjadi ibu ayah bukan sekadar menjaga anak sahaja tetapi perlu tahu tahap perkembangannya.
Kalau anak anda tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya mengikut umurnya, maka tolonglah lebih ‘alert’ ya.
Bawa anak berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut. Tindakan awal anda boleh membantu si kecil. Cuba ambil tahu info ini seperti dikongsi oleh Puan Iffah Rashida seorang Speech and Languange Therapist.
Bila nak red flag jika anak ada masalah perkembangan adalah
Apabila anak berumur 1 tahun
Perkataan pertama tak muncul-muncul
Tidak faham arahan mudah
Bermain dengan cara yang tidak betul
Terlalu aktif sehingga tidak dapat menumpukan perhatian
Apabila berumur 2 tahun
Masih tiada words atau menggunakan sepatah sepatah perkataan dan tidak boleh menggabungkan 2 perkataan menjadi ayat
Bila bermain, masih bermain dengan cara yang salah atau pelik
Tidak menunjukkan minat untuk berkawan atau bermain bersama orang lain
Hanya faham arahan mudah bila kita guna kita punya isyarat tangan atau badan
Yes if ada tanda-tanda begini,
Yes anak perlukan bantuan
Yes perlu jumpa pakar
Yes kena tahu kenapa
Yes perlu buat intervensi dgn kosisten
Yes perlu usaha dengan konsisten
1) Ada sebab kurang stimulasi persekitaran (too much gadgets) less quality interaction
2) Masalah – masalah lain seperti
– masalah pendengaran
– lewat perkembangan keseluruhan
– hiperaktif atau kurang daya tumpuan
– autisme
– masalah kefahaman dan penghasilan bahasa
– masalah sensori.
Risiko kemalangan anak kecil dan bayi sebenarnya boleh kita kurang dan elakkan jika kita punya ilmu dan tahu cara untuk mengendalikan bayi dengan betul.
Jika kita tidak cuai atau mencuba seada upaya untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kemalangan, ia boleh dielakkan.
Menurut perkongsian Dr Ahmad Samhan, kes Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) adalah kes yang tidak dijangka namun 10 panduan dan nasihat ini boleh mak ayah jadikan panduan untuk mengedalikan bayi.
“Doktor, saya terima panggilan ada kes bayi tak sedarkan diri,” kata seorang Pembantu Perubatan. “Ok, jom!”,tanpa berlengah aku terus mempercepatkan langkah.
Setiba di rumah kejadian, aku mengetuk pintu. Kelihatan seorang ibu muda membuka pintu.
“Berapa umur anak? Apa dah jadi?” “Anak saya baru 4 bulan. Pagi tadi saya kejutkan dia, tapi dia dah tak gerak”
Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara tiba-tiba yang tidak dijangka.
Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur 6 bulan dan kebawah dan 60% daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara 2-4 bulan.
Walaubagaimanapun, pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.
10 Nasihat Untuk Mencegah SIDS (Sudden Infant Death Syndrome):
1. Elakkan tidur dalam posisi meniarap.
Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andai kata lemas.
2. Elakkan tidur di atas tilam dan cadar lembut.
Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.
3. Elakkan letak mainan lembut (soft toys) di atas katil.
Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.
4. Elakkan bayi dari perokok.
Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.
5. Elakkan memakain pakaian berlapis-lapis ketika tidur.
Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.
6. Elakkan bayi tidur dengan kanak-kanak lain.
Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.
7. Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.
8. Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.
9. Ibubapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.
10. Dapatkan pemeriksaan prenatal berkala.
Ini dapat mengurangkan risiko SIDS malah membantu ibu untuk memantau kesihatan bayi secara keseluruhan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kita merasakan kita sudah terlebih ramah dengan anak, rangsang setiap masa untuk anak bercakap. Namun rupanya teknik dan cara kita salah. Patutlah anak lambat bercakap.