Kanak-kanak dan TV memang tak boleh dipisahkan. Tetapi bila terlalu lama tengok TV, si kecil mudah ada masalah tingkah laku.

Cepat mengamuk, tak nak makan, bergaduh, tak boleh berhenti tengok TV, terpengaruh dengan aksi-aksi ganas yang ditengok dan bermacam lagi masalah tingkah laku negatif.

Tapi kebanyakan ibu bapa sukar nak elakkan anak dari celik mata sampai tutup mata untuk menonton TV.  TV umpama ‘dadah’ kepada si kecil.

Bahkan ada juga ibu bapa yang menjadikan TV sebagai “babysitter” anak mereka. Mudah nak buat urusan kerja rumah bila si kecil fokus tengok TV. Itu alasan klise untuk menghalalkan aktiviti menonton TV daripada dihentikan.

Seorang ibu ini berkongsi bagaimana pengalamannya melalui fasa sukar bila anak-anak mula mempunyai masalah tingkah laku akibat obses tengok TV.

Bila sedar TV lah punca anaknya bermasalah, Puan Azlinda Hamid bersyukur kerana diberikan ilham oleh Allah Taala untuk menghentikan semua itu.

TV & anak-anak

Obses Tengok TV Punca Anak Ada Masalah Tingkah Laku. Cara Ibu Ini Boleh Dicontohi!
Anak akan mudah buat perangai bila obses tengok TV

Suatu ketika dahulu TV sangat sinonim sebagai aktiviti masa lapang anak-anak saya.

Ads

Sehingga lah saya dapati TV adalah punca masalah yang timbul pada anak-anak saya.

Nadhil :
– obses pada TV hingga menonton hingga lewat malam
– tidak peka jika kita memanggil sewaktu menonton TV
– kerja yang disuruh akan tertangguh kerana menonton TV
– bergaduh dengan Nahdan kerana berebut siaran TV
– senang terpengaruh dengan iklan TV

Nahdan :
– sukar hentikan dia dari menonton TV
– jika ingin tutup TV supaya masuk tidur akan mengamuk (tantrum)
– sukar bangun pagi & tantrum di awal pagi
– senang terpengaruh dengan aksi di TV terutama aksi pergaduhan/lawan-lawan

Dan banyak lagi perkara negative bagi saya bila mereka terlalu banyak menonton TV.

Ads

Walaupun tahu banyak negative dari positive tapi saya pada masa itu sangat sibuk dengan Amani yang masih bayi.

Alhamdulillah Allah SWT bagi saya & suami idea untuk kurangkan aktiviti menonton TV bagi anak-anak kami.

Pada tahun lepas ada satu bulan tu suami saya lupa untuk membayar bil ASTRO jadi siaran TV kami disekat.

Obses Tengok TV Punca Anak Ada Masalah Tingkah Laku. Cara Ibu Ini Boleh Dicontohi!
Kena hadkan masa anak tengok TV

Saya & suami sepakat tidak membayar dahulu bil untuk melihat aksi anak-anak.

Ads

Pada anak-anak saya maklumkan abah hentikan siaran TV kerana keburukan yang kami nampak pada mereka yang terlalu obses pada TV.

Kami berjanji akan menyambung semula siaran TV jika nampak perubahan yang baik pada sikap mereka.

Mereka tiada pilihan, buka lah TV tapi memang tiada siaran jadi mereka beralih kepada aktiviti di dalam bilik seperti bermain LEGO, MORPHAN, PUZZLE, MELUKIS, ORIGAMI & macam-macam lagi mengikut kreativiti mereka.

Bila Tak Tengok TV, Perangai Pun Berubah

Banyak perubahan baik kami nampak pada mereka selepas hentikan siaran TV seperti tidur lebih awal, lebih fokus, bangun lebih awal/mudah, kurang tantrum (Nahdan) & mereka menjadi lebih kreatif dalam beraktivi.

Sekarang kami sudah benarkan mereka menonton TV tetapi peraturan nya adalah hanya pada hari minggu sahaja tapi itu pun saya akan pastikan mereka tidak menonton secara berlarutan.

Saya & suami? Kami memang tidak menonton TV. Kenapa? Kerana banyak urusan lain yang kami perlu selesaikan demi keluarga tercinta

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI