“Ok Sikit, Tapi Masih Perlu Bantuan Ventilator.” Bapa Kongsi Perkembangan Ainul

Share

Selepas berita mengenai adik Ainul Mardhiah dimasukkan ke hospital dan terpaksa menggunakan bantuan ventilator disebabkan kuman merebak ke beberapa bahagian badan, kedua ibu bapa Ainul mohon untuk terus doakan anak sulung mereka.

Di media sosial walid dan mama Ainul, dari semasa ke semasa perkembangan Ainul dikongsikan untuk pengetahuan ramai. Terbaru di Facebook walid Ainul, Ahmad Safiuddin, dia memberitahu mengenai keadaan Ainul selepas berjumpa dengan doktor.

Update Ainul terkini selepas berjumpa dengan doktor yang merawatnya, apa yang saya boleh simpulkan:

Ainul lebih baik sedikit dari semalam. Tapi masih dalam keadaan kritikal. Doktor dan team masih perlu berjaga-jaga dan bersedia jika serangan bertambah buruk (nauzubillahiminzalik).

Untuk masa sekarang, usaha doktor dan team yang merawatnya semalam dapat turunkan beberapa bacaan yang kritikal semalam. Alhamdulillah syukur. Terima kasih doktor dan jururawat.

Sekarang Ainul masih direhatkan, masih perlu bantuan ventilator dan dia masih dirawat di unit jagaan rapi.

Terima kasih tak terhingga buat semua yang sentiasa mendoakan. Kami sekeluarga sangat menghargainya.

Tadi nampak Ainul buka mata sekejap. Ainul ni kuat betul. Dalam keadaan separa sedar, dia masih ada tenaga melawan.

Ainul memang seorang fighter. Semangat juangnya tinggi. Walau apa pun yang berlaku, semua dengan izinNya.

Doakan ye supaya Ainul dapat keluar dari zon kritikal dan sembuh dari jangkitan ini tanpa ada sebarang komplikasi. Amin.

Kredit: Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy