Tahniah diucapkan buat pelakon Oktovia Manrose yang telah selamat menimang cahaya mata ketiganya semalam.
Berita itu dikongsikan oleh ahli keluarga terdekat dan disiar semula oleh aktres berusia 32 tahun itu di Instagram Story, semalam.
Menerusi hantaran tersebut, Fatin Nur Azzaniz meluahkan rasa syukur apabila aktres tersebut selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.
“Alhamdulillah, seorang lagi khalifah dilahirkan. Congratulations (Oktovia) on your new born (emoji hati berwarna putih,” tulisnya ringkas.
Ads
Turut ada bersama sepupu Oktovia iaitu Uqasha Senrose yang juga baru sahaja melahirkan bayi sulung perempuan pada 27 April lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih atas kunjungan ahli keluarga.
Terdahulu pada Mac lalu, Oktovia mendedahkan dirinya hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada bulan Julai.
Ads
Terdahulu, Oktovia mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia 2 tahun. Oktovia Manrose juga turut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 13 tahun melalui perkahwinan pertamanya.
Pasti ada ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin teringin untuk melahirkan anak dalam keadaan selesa. Yelah dalam tempoh ini, ibaratnya ibu sedang bertarung nyawa. Cuma untuk bersalin di hospital swasta kosnya agak tinggi. Bergantung juga kepada kes ibu itu sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan.
Bagi anda yang belum tahu lagi kewujudan Pakej Full Paying Patient (FPP) di hospital kerajaan, ia adalah perkhidmatan yang setaraf seperti di hospital swasta ketika anda ingin melalui proses bersalin ini.
Bagaimanapun, bagi ibu yang berminat dengan pakej ini, anda perlu membuat pemeriksaan di hospital yang anda pilih untuk pastikan ada rekod awal. Selepas itu, boleh pilih doktor pakar untuk menyambut bayi anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini, pengalaman Puan Azwa Ahmad yang bersalin menggunakan pakej ini dikongsikan dengan cukup lengkap.
REVIEW PAKEJ FPP
Alhamdulillah, telah selamat bersalin baby ke-3. Ada sedikit kelapangan untuk saya share dengan rakan-rakan semua tentang pakej bersalin Full Paying Patient (FPP) yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Bacalah dengan lapang dada kerana niat saya hanya untuk berkongsi memandangkan ramai di kalangan rakan2 saya tidak tahu tentang kewujudan pakej ini. Dan rasanya posting kali ini agak panjang kerana saya akan ceritakan dengan detail sebagai rujukan untuk ibu2 yang bakal bersalin nanti.
Ok, ceritanya begini. Dua anak sebelum ini saya bersalin di hospital swasta memandangkan pihak syarikat saya bekerja dulu menanggung sebahagian kos hospital. Jadi kali ini bilamana saya sudah tidak bekerja dan semuanya sendiri, maka saya mula survey kos bersalin di hospital swasta dan harga boleh cecah antra 5k-7k walaupun bersalin normal.
Jadi saya decide untuk bersalin di hospital kerajaan dengan pakej FPP. Kenapa saya pilih FPP? Di bawah adalah jawapannya.
1. Doktor pakar boleh pilih
Ini yang menjadi keutamaan saya dan suami apabila kami decide untuk pilih pakej FPP. Saya lebih selesa untuk bersalin dengan doctor wanita. Betul, jika direzekikan dapat doctor wanita, tak ambil pakej pun boleh. Tapi ini adalah sebahagian drpd ikhtiar kami untuk bersalin dgn doctor wanita dan beliau adalah pakar. Jika bersalin bukan FPP, doctor yang sambut adalah doctor biasa dan bukan pakar. Jadi nilai yang kita bayar adalah nilai kepakaran yang beliau miliki. Alhamdulillah Putrajaya mempunyai doctor pakar wanita. Jadi sepanjang check up dan bersalin, saya di bawah pemantauan Dr Hamidah ( tak semua hospital yang ada FPP ada doctor pakar wanita ya)
2. Suami boleh teman
Ini juga yang menjadi impian setiap wanita yang bersalin. Suami boleh teman sepanjang di wad dan LR. Memandangkan saya bersalin secara induce, ( 2 malam bermalam sebelum bersalin) jadi suami sentiasa menemani saya. Untuk pakej FPP, bilik yang disediakan adalah single dan double. Alhamdulillah direzekikan bilik single, ianya sgt memberi privacy sepanjang berada di ward.
Untuk pakej FPP, semua pesakit ditempatkan di ward 5A. Keadaan ward ini amat tenang, tidak ramai pesakit dan suasananya berlainan sekali dengan ward biasa. Untuk info, Putrajaya hanya mempunyai kelas pertama sahaja bagi ward biasa, cuma keadaan di 5A lebih selesa.
Bilik pula disediakan TV , peti sejuk, sofa/katil untuk peneman, dan nurse yang sgt2 membantu sepanjang saya berada di sana.
Dan daripada pemerhatian saya, tiada doktor pelatih atau nurse pelatih yang akan mengendalikan kita sepanjang di ward tersebut. Kesemua nurse adalah berpengalaman dan doktor yang melawat setiap pagi juga adalah doctor pakar.
4. Kos lebih murah
Bersalin di hospital kerajaan dengan pakej FPP kosnya 50% lebih murah berbanding di swasta. Sewaktu pendaftaran masuk ke hospital untuk bersalin, pesakit dikenakan deposit RM3000. Jika bil hospital kurang daripada 3k, pihak hospital akan refund semula semasa discharge nanti.
Jika lebih, pesakit perlu tambah bayaran Sebagai cth, jika pesakit warded selama 6 hari, pada hari ke4 bil hospital mencecah 3k, pesakit perlu membuat pembayaran segera jika masih ingin menikmati semua kemudahan pakej FPP.
Dan bagi kes saya, walaupun anak& mak ditahan satu hari akibat kuning, kosnya masih tidak melebihi nilai deposit dan dapat refund sewaktu discaj.
Ok, bagaimana jika anda berminat dengan pakej ini?
Buat temujanji awal. saya cadangkan, pada usia kandungan 3-4 bulan anda boleh walk in ke hospital. bagitahu nak booking utk pakej FPP. Macam di Putrajaya, doctor yang sy pilih ini jadualnya telah penuh drpd feb- jun 2020. Jadi kalau nk pakej FPP, perlu booking awal dan sekurang-kurangnya 3x check up di hospital tersebut. Dan setiap kali check up kos di antara RM100-200…
Dan untuk info, tidak semua hospital mempunyai pakej FPP. Antara hospital yang ada
Hospital Selayang Hospital Sg Buloh Hospital Ampang Hospital Serdang Hospital Pulau Pinang Hospital Sultanah Aminah Hospital Sultan Ismail
Tapi kena tanya juga ya sebab tak semua hospital ada doctor pakar wanita..
Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya pada sesiapa yang sedang survey hospital untuk bersalin nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah selamat melahirkan bayi kembar sepasang yang ditunggu-tunggu pada Hari Merdeka lalu, pasangan youtuber terkenal Alieff Irfan dan isterinya Bella tampil berkongsi nama cahaya mata mereka.
Pasangan kembar pasangan ini yang dilahirkan di sebuah pusat perubatαn di Sri Kembangan, Selangor lahir lebih awal dari tarikh jangkaannya pada 13 September.
Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Bella dan Alieff tampil berkongsi nama pilihan buat putera dan puteri sulung kembarnya di media sosial mereka.
Nama yang ringkas dan punya makna yang baik menjadi pilihan buat buah hati kesayangan mereka.
“Welcome to the world Ayden Maleeq bin Muhammad Aliff Irfan & Ayla Malaiqa binti Muhammad Aliff Irfan,” tulis Bella di Instagramnya.
Menurut kata Bella lagi, dia sendiri tidak menyangka untuk bertemu keduanya lebih awal namun amat bersyukur kerana dipermudahkan urusan menyambut kelahiran dua bayi kembarnya.
“An unexpected date untuk jumpa diorang, date yang cantik but alhamdulillah dipermudahkan urusan kami,” tulisnya berkongsi.
Tidak hanya berkongsi nama indah Ayden dan Ayla bahkan ibu cantik manis ini juga turut memuat naik gambar pertama keluarga kecil mereka bersama pasangan kembar.
Meninjau di ruangan komen, entri terbaru Bella bersama bayi kembarnya ternyata menarik perhatian ramai malah turut dihujani dengan ucapan tahniah.
Terdahulu, Bella dan Alieff menanti hampir dua tahun untuk menimang cahaya mata pertama mereka. Pasangan ini turut mengumumkan kehamilan kembar mereka.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang selamat melahirkan anak keduanya pada Jumaat lalu.
Semalam, menerusi Instagramnya, Eyra memuat naik sekeping gambar bersama suami dan anak serta meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana proses melahirkan anak lelaki keduanya itu berjalan dengan lancar.
Malah menurut kata Eyra lagi, hero keduanya ini dilahirkan tepat 6.18 petang Jumaat.
“Alhamdulillah syukur.
“Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022 ,pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan 🤍,” kongsi melalui Instagram.
Terdahulu beberapa minggu lalu, Eyra terpaksa mendapatkan pemeriksaan lanjut disebabkan bayi di dalam kandungannya tidak bergerak malah mempunyai saiz yang besar.
Dan kini semuanya dipermudahkan selepas kelahiran bayi comel kesayangan semua ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Eyra di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi menjelang Syawal ini. Hadiah terbesar yang paling bermakna.
Semoga kelahiran anak kedua ini mencambahkan lagi rasa bahagia buat pasangan ini. Tahniah Eyra dan suami!
Takbir Raya Istimewa Superb Huffaz Pa&Ma dibawakan oleh Pa&Ma, Keluarga & Bintang Kecil. Nantikan pada jam 9.00 malam pada 2 Mei dan 7.00 pagi pada 3 Mei di Facebook Majalah Pa&Ma!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...