Kegembiraan anak adalah segala-galanya bagi seorang ibu. Maream kelihatan lebih gembira di UK. Farah Lee dedahkan puncanya.
Pemergian Farah Lee ke UK untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana Child Studies di University Of Leeds turut membawa sekali buah hatinya, Maream Esabel, 4 tahun.
Maream yang kini belajar di tahap Reception di Primary School. Menurut Omma Maream, dia dilihat lebih gembira. Ia mungkin disebabkan oleh persekitaran baru, Farah berharap ia berterusan selalu.
farahlee_. Alhamdulillah, she’s much happier here. I guess it’s the evironment that helps. Memang one of the reasons omma ke sini adalah untuk expose Maream pada new environment. Hopefully it turns out well always inshaAllah ❤️
Bukan ibu ayah sahaja yang kena fikir untuk sihat, anak-anak pun mesti sentiasa sihat dan tidak berlebihan berat badan. Bagi mama yang nak tahu info mengenai obesiti atau mempunyai anak yang obes, boleh ikuti kupasan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD hari ini, Selasa, 2 Oktober 2018, 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Jangan lupa tau!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dahulu, anak-anak lelaki tidak dibenarkan menangis. Seandainya dibuat juga, mereka akan dianggap lemah. Anak lelaki sepatutnya kuat dan tabah sekiranya ada masalah atau mengalami sebarang tekanan.
Sebenarnya menangis adalah sesuatu yang normal. Ia terhasil daripada perasaan sedih atau emosi yang terganggu dengan tekanan. Tidak salah jika anak-anak lelaki mahu menangis kerana itu adalah satu cara untuk menunjukkan perasaan mereka.
Saya bukan ibu yang jenis sorok kan emosi. Kalau nak nangis, saya nangis je depan anak. Kadang-kadang, sengaja mintak anak pujuk. Saya bukan jenis yang macam dalam drama Melayu tu. ‘Eh takla. Mama tak nangis, mata masuk habuk je’.
Saya macam dalam hindustan. Kalau gaya sedih sangat, sampai anak pun ikut menangis peluk saya. Kadang-kadang, menangis sebab tengok movie sedih je. 😂 Biarlah apa orang nak kata.
Asalkan saya dah tak payah rasa segan dah kat siapa-siapa kalau menangis tengok movie. 🙈 Yang kedua, sebab saya taknak anak saya anggap yang menangis ini sikap orang lemah. Saya nak anak tau, sedih ni emosi normal seorang manusia. Saya taknak anak lelaki saya mewarisi mindset ‘lelaki mana boleh nangis’.
Saya kesian tengok kawan-kawan lelaki saya dulu. Diam-diam simpan tekanan. Bertahan sorang-sorang demi nak kekal dilihat kuat.
Sedangkan, mampu menzahirkan emosi adalah sesuatu yang sihat. Yang tak sihat, bila berlarutan tak surut-surut. Saya nak anak-anak saya juga aware dengan perasaan orang. Tau nak buat apa nak bantu orang yang tengah beremosi.
Macam apa yang diorang selalu buat kat saya. Nampak je saya letih, muka macam sedih, anak datang usap pipi saya dan senyum. Terutama yang nombor 2 tu. Hilang letih saya bila dia bertanya, “Nak Aqlan tolong?”.
Tak apalah menangis depan anak pun. Nanti, kita balik yang tersenyum bila melihat anak kita tiru cara kita memujuk mereka.
Jangan lupa, children see, children do. It’s OK to show your emotion. Ambil peluang untuk tunjukkan pada mereka, bagaimana kita berkongsi perasaan dan regulate emosi dengan baik. Jangan nangis teruk sangat pulak depan anak. Nanti terdera pula emosi mereka.☺️
Perkenalkan makanan jejari pada anak seawal mungkin dapat elak anak mengalami masalah ketidakupayaan menulis (Dysgraphia). Keadaan ni akan beri kesan pada penulisan dan pembelajaran anak. Tahu tak dengan introduce finger food seawal mungkin kepada anak dapat mengelakkan anak anda menghadapi masalah ni.
Memperkenalkan finger food bukan sekadar untuk kenyangkan perut tapi sangat penting untuk perkembangan motor halus (fine motor skills)
BILA PERLU PERKENALKAN FINGER FOOD?
6 BULAN Finger food boleh diperkenalkan seawal 6 bulan.
Kita boleh perhatikan semasa makan anak juga sibuk nak memegang makanan kan. Jadi ibu boleh beri dia finger food berbentuk “stick shapes” atau yang lebih besar supaya mudah di pegang contohnya carrot yang dah di stim, buah buahan yang di masukkan dalam food pouch bagi elakkan risiko tercekik.
7-9 BULAN
Mula perkenalkan finger food berbentuk bite – sized. Potong makanan yang lembut dalam bentuk kiub-kiub kecil. Pada umur ni baby akan mula mengutip menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Inilah skill baru yang kita sebut “pincer grasp”
Makanan yang sesuai untuk pincer grasp practice ialah:
– brokoli dan carrot yang di stim lembut
– pasta shapes yang direbus
– tembikai, buah naga, blueberry, avocado ( buah yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras) pastikan buah kecil seperti blueberry dipotong 2 atau 4. Elak beri dalam bentuk sebiji-sebiji bagi elakkan tercekik.
Elakkan biskut-biskut pada bayi usia ini supaya dapat elak tabiat nak makan makanan manis. Elakkan juga buah-buahan kering kerana buah kering ni manis dan boleh membentuk tabiat makan yang tak elok pada masa hadapan.
Finger food sangat penting untuk perkembangan anak. Spoon feed terlalu lama boleh membataskan perkembangan anak, kecekapan menulis dan akan bagi kesan pembelajaran semasa anak di alam pra sekolah.
Selain tu fine motor skill finger food juga menguatkan otot otot muka yang meningkatkan perkembangan percakapan.
Keterujaan untuk menimang cahaya mata pasti akan dirasai oleh setiap pasangan suami isteri. Tak kisahlah sama ada anak pertama, kedua atau seterusnya rasa berdebar itu tetap ada. Tambah pula, bila nak mengetahui jantina bayi, itu juga momen yang ditunggu.
Seperti kisah ibu ini, Puan Suhaida Mohd Suhaimi, kisah kelahiran anak keenam pada 27 September 2019 adalah yang paling tak dapat dilupakan kerana mulanya ingatkan bayi perempuan rupanya bila dah keluar adalah bayi lelaki.
Malah segala persiapan juga semuanya berasaskan warna pink dan terpaksa dipakai juga sehingga usia anak 2 minggu sebelum diberikan semua kelengkapan itu kepada orang yang mempunyai bayi perempuan.
Berkongsi pengalaman lucu tersebut, Suhaida menjelaskan ketika melakukan scan diusia kandungan 6 bulan, doktor memang cakap bayi perempuan. Dalam beberapa kali juga buat scan termasuk buat 4D dan keputusan memang nampak jantina perempuan.
“Memang tak sangka sama sekali dan kami suami isteri berpegang pada keputusan scan itu membeli semua kelengkapan anak warna pink.
“Tambah pula saya tiada alahan mengandung cuma memang suka kunyah ais. Malam-malam akan buka peti ais semata-mata nak cari ais,” katanya.
Berikut perkongsian Suhaida di Facebooknya:
Annur Annis Eryna nama diberi masa dalam perut. Keluar perut jadi Muhammad Aqil Amsyar.
Pengalaman dan suprise paling best, scan 6 bulan katanya perempuan. Ayah reda sebab nak baby lelaki. Tak puas hati. Scan lagi kali ni 4D untuk nak bagi nampak jelas lagi.
Dr pun cakap perempuan juga. Ibu pun beriya lah beli segala baju, bedung dan barang semua berasaskan warna pink. Dengan nama berbulan ibu cari..
Nahhhhh sekali keluar belalaiii. Masa Dr angkat dan tanya tengok anak awak ni lelaki ke perempuan. ibu pun jawab..eh kenapa lelaki.
Jururawat dan doktor pun ketawa. Masa baby kat dada ibu lagi ibu dah call ayah dan tak tahu nak gelak ke nak nangis. Maka bergelak lah kami. Kejadiannya jadilah Mat Jambu kat hospital.
Kongsi Suhaida lagi, walaupun kisah ini dah 3 tahun berlalu, kenangan tersebut akan ingat sampai bila-bila. Cuma sekarang ini Aqil masih belum faham lagi kisah kelahirannya dan mungkin bila dah besar nanti bolehlah diceritakan momen lucu ini padanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).