Omma Kata Maream Lebih Gembira Bila di UK, Mungkin Ini Menjadi Faktor Penyebab

Share

Kegembiraan anak adalah segala-galanya bagi seorang ibu. Maream kelihatan lebih gembira di UK.  Farah Lee dedahkan puncanya.

Pemergian Farah Lee ke UK untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana Child Studies di University Of Leeds turut membawa sekali buah hatinya, Maream Esabel, 4 tahun.

Maream yang kini belajar di tahap Reception di Primary School.  Menurut Omma Maream, dia dilihat lebih gembira. Ia mungkin disebabkan oleh persekitaran baru, Farah berharap ia berterusan selalu.

farahlee_.
Alhamdulillah, she’s much happier here. I guess it’s the evironment that helps. Memang one of the reasons omma ke sini adalah untuk expose Maream pada new environment. Hopefully it turns out well always inshaAllah ❤️

Para follower Farah juga turut memberikan pandangan yang sama. Kebanyakannya mempunyai pengalaman tinggal di sana.

Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan Farah & Maream yang berkelana jauh dari tanah air.

Sumber: farahlee_


Bukan ibu ayah sahaja yang kena fikir untuk sihat, anak-anak pun mesti sentiasa sihat dan tidak berlebihan berat badan. Bagi mama yang nak tahu info mengenai obesiti atau mempunyai anak yang obes, boleh ikuti kupasan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD hari ini, Selasa, 2 Oktober 2018, 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Jangan lupa tau!

Published by
Azma ML