Operasi nyah cemar bagi menghalang penularan COVID-19 akan dilaksana di seluruh negara Isnin ini, dengan tumpuan utama di kawasan awam sebelum diperluas ke tempat kediaman dan pejabat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dipertanggungjawabkan melaksana tugas ini menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Proses nyah cemar di seluruh negara menerusi PBT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan bermula 30 Mac ini yang akan menumpukan kawasan berisiko tinggi.
“Malah KPKT akan buat dari rumah ke rumah di kawasan PPR. Kita setuju proses dijalankan serentak seluruh negara.
Ads
“PBT di daerah mesti menjalankan proses nyah cemar di kawasan masing-masing. Keutamaan dimulakan di kawasan awam sebelum rumah ke rumah,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata, ketika ini dua kawasan di Kluang dan Simpang Renggam sedang melaksana operasi itu berikutan peningkatan kes COVID-19 sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana.
Ads
“Operasi nyah cemar sudah dilaksana sejak 23 Mac. Sehingga semalam sebanyak 11 operasi dilakukan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), membabitkan 11 pasar dan diteruskan di Masjid Seri Petaling,” katanya.
DBKL mula operasi pembersihan disinfeksi
Ads
Sementara itu, melalui Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), operasi pembersihan disinfeksi kawasan Sri Petaling telah dilakukan bermula Sabtu seawal 8 pagi.
Hadir bersama dalam operasi tersebut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Sungguh tragis! Hasrat satu keluarga menuju ke majlis perkahwinan yangg diadakan di Kuala Lumpur bertukar menjadi tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan empat termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan mereka dirempuh dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer (KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di Bentong.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki keluarga dari Gua Musang itu mahu Kuala Lumpur dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara dalam kejadian pada apabila tiba di tempat kejadian pada 2.30 petang.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, empat mangsa yang maut itu terdiri daripada seorang perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
Menurutnya, mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Raihan Mohamad, 43 dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan berusia empat tahun.
Katanya, pemandu MPV yang juga suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, seorang guru di Felda Aring 1, Gua Musang dan pemandu pacuan empat roda hanya mengalami cedera ringan.
“Berdasarkan maklumat, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat hijau sebelum mendapati kenderaan di sebelah kanan dari arah bertentangan berhenti secara tiba-tiba.
“Pacuan empat roda berkenaan yang datang dari arah hadapan dipercayai tidak berhenti sebelum bertembung dengan MPV berkenaan.
Menurutnya, pemandu pacuan empat roda berkenaan yang cedera di kepala didapati positif dadah opiate, amphetamine dan methamphetamine.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak perempuan melecur seluruh badan akibat terkena sambal popia basah yang mendidih dalam kejadian di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, 7 Februari lalu.
Ketika Kejadian
Puan Zalida Syuhana Ahmad Tamam (Ibu Mangsa) berkata, ketika kejadian, anaknya, Azalea Hani Abdul Rahim, 5, berada di rumah ibu saudaranya untuk meluangkan masa cuti sekolah bersama sepupunya yang lain.
Beliau diberitahu mengenai kejadian itu, kira-kira 8 malam. Katanya, pada hari kejadian, ada ramai anak saudara di rumah kakaknya yang menjual popia basah memandangkan ketika itu cuti sekolah.
Sambal popia yang sedang masak
Ketika kejadian, kakak saya meninggalkan sambal yang sedang masak di dalam periuk di dapur untuk solat Maghrib bersama ibu kami.
Beberapa minit kemudian, dia memaklumkan terdengar tangisan dan jeritan anak saya dari bahagian dapur sebelum bergegas meninjau apa yang berlaku.
Ketika ditemui, keseluruhan badan Azalea (Hani) dipenuhi sambal berkenaan yang tumpah daripada periuk terbabit.
Cuba menanggalkan baju tapi kulitnya melekat
Kakak saya kemudian menjirus air ke bahagian badan anak bongsu saya dan cuba menanggalkan baju yang dipakai Azalea Hani yang melekat pada kulitnya.
Seluruh badan Azalea dipenuhi dengan cili menyebabkan kakak saya terpaksa menjirus air ke badannya, malah kakak saya cuba menanggalkan baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit Azalea.
Mereka terus membawa Azalea ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Selain Azalea, seorang lagi anak saudara lelaki saya berusia enam tahun turut terkena sambal berkenaan menyebabkan dia melecur di bahagian kaki dan tangan.
Tahap melecur semakin kritikal
Doktor memaklumkan tahap melecur anak perempuan saya itu semakin kritikal menyebabkan dia dipindah ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama untuk rawatan lanjut.
Pada mulanya, Azalea dirawat di wad kanak-kanak biasa, namun terpaksa dipindahkan ke ICU selepas tahap kesihatannya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.
Jalani enam pembedahan membuang kulit mati
Sehingga ke hari ini, dia sudah menjalani enam pembedahan bagi membuang kulit mati selain mengatasi masalah jangkitan kuman dialaminya di seluruh badan.
Doktor memaklumkan Azalea perlu menjalani pembedahan ketujuh, Jumaat ini yang menelan kos kira-kira RM20,000. Disebabkan seluruh tubuh dia melecur jadi tiada kulit yg boleh diambil untuk ditampal dibahagian yg melecur. Doc terpaksa mohon kulit dari penderma.
Sepanjang tempoh dia di hospital beberapa minggu lalu saja sudah menelan kos ribuan ringgit. Sekarang, kami sekeluarga buntu mencari jalan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pembedahan itu.
Doktor memaklumkan akan ada pembedahan susulan dibuat sekiranya pembedahan dilakukan nanti tidak memberikan maklum balas positif terhadap tahap kesihatannya,” katanya.
Kos pembedahan yang tinggi
Saya mohon bantuan sebab kos yang tinggi, saya tak mampu nak sediakan. Mana byran yg kecil2 sudah saya jelaskan. saya mohon maaf menyusahkan kalian, hanya allah saje yg dapat membalas jasa kalian. Saya betul2 memerlukan bantuan untuk memyelamatkan si kecil akak tu.
Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada Zalida boleh menghulurkan sumbangan di akaun bank Maybank miliknya, 112183138233 (Zalida Syuhana Ahmad Tamam).
Seorang wanita dari Sudan dikatakan telah melakukan pembedahan selepas pihak hospital menemui bayi yang telah ‘mengeras’ di dalam perutnya. Apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa bayi berkenaan sudah pun ‘tersimpan’ di dalam perut wanita itu selama 15 tahun.
Bayi berusia 15 tahun ‘tersimpan’
Seorang wanita berusia 60 tahun yang berasal dari Khartoum, Sudan mengadu sakit dan bengkak dibahagian perut. Individu tersebut dikatakan telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menerusi World Of Buzz, pihak hospital kemudian melakukan imbasan ultrasound dan CT scan dan hasil daripada imbasan tersebut amatlah mengejutkan.
Doktor menemui bayi yang sudah meninggal dunia dalam perut wanita tersebut. Keadaan bayi berkenaaan dikatakan telah mengeras kerana sudah hampir 15 tahun dia berada di dalam perut ibunya itu.
Kes jarang berlaku
Menurut doktor, disebabkan wanita tersebut telah berusia dan saiz kandungannya yang agak besar memberi risiko terhadap nyawa pesakit ini. Dia juga dikatakan mempunyai peluang yang agak tipis untuk bertahan dalam pembedahan mengeluarkan bayi berkenaan.
Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut, pihak hospital mendapati bahawa bayi berkenaan dikelilingi oleh jisim yang tebal dan tiada karsinoma sel (kanser) atau fibrosis iatu penebalan atau parut tisu penghubung yang berkaitan dengan bayi itu.
Fenomena ini dikenali sebagai lithopedion atau kandungan sktopik mengeras. Keadaan ini berlaku apabila janin mati di luar rahim yang terlalu besar untuk diserap oleh tubuh badan. Fenomena seperti ini dikatakan jarang berlaku kerana sepanjang 400 tahun dalam sejarah perubatan wujud, hanya ada 300 kes sahaja yang dikenalpasti pernah terjadi.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.