Menjadi suri rumah bukanya kerja yang mudah. Seawal 5 pagi, di saat ahli keluarga yang lain masih nyenyak tidur, suri rumah lah yang bertungkus lumus menyediakan sarapan pagi, menyediakan pakaian untuk suami dan anak. Disebelah malam pula, disaat semua sudah melelapkan mata barulah si isteri boleh berehat dengan aman.
Mereka bekerja tanpa mengira waktu dan hari, malah tanpa sebarang bayaran. Dengan hati yang ikhlas walaupun tak bergaji dan tak dapat membeli barang mengikut keinginan mereka, namun mereka tetap terus setia disamping keluarga.
Ads
Ads
Ads
Yang Namanya Suri Rumah Itu Unik…
Tulah orang tak tahu…dia kata kita suri rumah tak ada kerja…bila suruh buat kerja suri rumah banyak komplen…sebabnye…bila si isteri check kerja suami, dia orang tak ikut skop yang betul.
Dalam kerja pun ada skop kerja,ade panduan dan bertindak mengikut arahankan….jadi suri rumah ni dah jadi 1 kerjaya bagi kami 😆 semua kerja kene ikut Skop…kalau tak, tak akan wujud rumah yang bersih,kemas,teratur…
Kalau ye pon nak bersyukur & terima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan, tak kan nak di bior dia gantung seluar jeans pakai hanger halus sampai melendut hanger tu 😝🤣🤣
Kredit: Seri Atim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi berusia 40 hari meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. Bayi malang itu menerima jangkitan virus selepas dipeluk oleh jiran-jiran yang datang melawat bagi mengucapkan tahniah di atas kelahiran itu.
Sebelum ini, bayi tersebut dibawa ke Hospital Umum Smart Pamekasan di Wilayah Jawa Timur di Indonesia sebelum disahkan positif Covid-19 pada usianya baru 28 hari.
Dua minggu jalani rawatan sebelum meninggal
Selepas dua minggu menjalani rawatan, bayi tersebut akhirnya meninggal dunia.
Ketua pasukan petugas Covid-19 tempatan, Syaiful Hidayat berkata, pengesanan kontak mendapati bayi itu mendapat jangkitan daripada jiran-jirannya yang datang melawat selepas baru dilahirkan.
Syaiful memberitahu, kebanyakan jiran memangku dan memeluk bayi baru lahir itu semasa kunjungan ke rumah.
Bayi itu kemudian mula menunjukkan gejala virus seperti batuk, demam dan mengalami masalah pernafasan.
Menurut laporan, ibu bapa bayi itu menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.
Tambah Syaiful lagi, mereka mendapati penduduk setempat di daerah Tlanakan di kawasan bayi itu tinggal, mempunyai gejala termasuk disahkan positif Covid-19 tetapi tidak menjalani kuarantin sendiri.
Kisah lima beranak yang tinggal dalam kereta sejak lapan bulan lalu dengan anak-anak kecil telah mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew. Apa yang membuatkan orang ramai terharu tindakan pantasnya itu memberi harapan baru buat ahli keluarga tersebut.
Menurut beliau, kisah sedih keluarga tersebut sampai ke pengetahuannya ketika berada di Johor semalam hingga membuatkan air matanya tertumpah.
“Menangis saya bila mengetahui kisah Ganesh dan isteri Parameswari serta 3 anak kecil tidur 8 bulan dalam kereta je. Sedihnya lapan bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja pengawal keselamatan (shift) malam bawa keluarga tidur dalam kereta.
“Rumah mereka terbakar bulan empat. Semua musnah. Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta,” jelasnya sayu menerusi perkongsian di Faceboooknya.
Akibat dihimpit kekangan, difahamkan Parameswari (isteri) pernah terpaksa menjalani tempoh berpantang selepas bersalin hanya di dalam kereta itu sahaja.
Dalam pada itu, walaupun sekadar sebuah ‘rumah’ kecil yang sempit, kedatangan Ustaz Ebit ke sana disambut meriah dengan gelak tawa si anak kecil.
“Sampai saja tengok muka anak comel sangat. Ceria saja masa belikan kek, makan dengan mereka,” katanya.
Difahamkan, kediaman asal mereka sebelum ini musnah dalam kebakaran dan sejak itu, sudah dua kali permohonan rumah baharu telah dibuat.
Bertindak atas rasa simpati, Ustaz Ebit menyediakan sebuah rumah sewa sebagai tempat tinggal mereka sekeluarga, manakala kosnya akan ditanggung buat sementara waktu.
“Saya sewakan rumah cantik, selesa, ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
“Sudah dua kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka terus ingin terus (tinggal) di situ (rumah sewa) pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” tambahnya.
Seperti biasa, bukan sahaja sebuah rumah yang selesa ‘dihadiahkan’ buat mereka, malah kelengkapannya juga turut sama diberikan.
“Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, pemasak nasi, dapur, kipas, katil saiz Queen satu, katil bujang dua, barang dapur dan duit belanja.
“Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru, cantik dan selesa.
“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak. Doakan perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur. Sudah empat hari di luar,” katanya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramadan lalu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri baginda, Oksana Voevodina dari Rusia telah dikurniakan putera sulung. Berita baik ini telah dikongsikan oleh Oksana melalui akaun instagramnya.
Bekas ratu cantik Rusia berusia 25 tahun itu mengumumkan kelahiran putera sulung itu dalam beberapa posting di instagram sepanjang minggu lalu setelah melahirkan putera sulungnya pada 21 Mei lalu.
Menariknya, Oksana menceritakan pengalamannya sepanjang proses kandungan dan kelahiran sebagai antara momen yang paling penting dan pada masa yang sama, sukar dalam hidup beliau. Beliau juga bersyukur apabila putera sulung itu selamat dilahirkan dengan sokongan kenalan rapat di sekeliling.
“Saya perlu habiskan masa 3 bulan terakhir kandungan di katil hospital dan berdepan dengan banyak kepayahan. Alhamdulillah for the safe outcome of this pregnancy.”
Sambung beliau, “Segala perubahan yang saya dengari akan berlaku kepada wanita mengandung selepas kelahiran adalah benar. Paling penting adalah perubahan rasa sayang saya terhadapnya. Perasaan ini adalah baru untuk saya, dan saya bersyukur kepada Allah dan suami untuk kelahiran putera kami.
“Kini kami bertiga. Terima kasih kerana memilih keluarga kami, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra,” kata beliau sekaligus mengumumkan nama putera sulung tersebut.
Oksana juga sempat berkongsi mesej istimewa kepada Sultan Muhammad V dalam satu posting semalam di Instagram sebagai tanda terima kasih beliau terhadap Baginda Sultan.
“Lelaki yang benar-benar mencintai wanitanya akan melakukan apa-apa saja untuknya. Cinta dan kasih adalah asas kepada hubungan yang kuat dan sejahtera.
“Suami yang baik adalah mereka yang selalu membantu dan menyayangi isteri, selalu bertanyakan bagaimana perasaannya dan mengambil berat terhadapnya jika dia kepenatan. Selalu mengotakan janjinya 100 peratus.
“Semasa kandungan, suami itu akan menumpukan lebih perhatian dan keprihatinan kepada isterinya. Perhubungan adalah tentang bagaimana dua insan saling menyokong dan memahami diri masing-masing. Dan keluarga adalah hasil kepada rasa kasih sayang antara 2 insan,” catit beliau lagi.
Sultan Muhammad V dan isteri baginda berkahwin secara rasmi pada 7 Jun 2018, beberapa bulan sebelum majlis resepsi gilang-gemilang diadakan di Moscow Rusia pada November tahun lalu.