Betul ke orang kata anak no 2 pelik? Ada yang kata anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?
Disebabkan anak kedua merupakan anak tengah secara tidak langsung ia harus beralah kepada kakak, abang dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal.
Tapi perlu ingat, anak kita no berapa sekali pun, janganlah membandingkan anak-anak kita. Apa yang boleh dilakukan selalulah puji, peluk dan cakap yang elok-elok depan anak kita. Cara ini dapat melembutkan hati dan membuatkan mereka jadi orang berjaya.
Perkongsian dari Puan Wawa Shauqi ini boleh membantu ibu bapa untuk sentiasa positif dalam membesarkan anak-anak.
Semalam Dr Taufiq Razif ada update status pasal anak nombor berapa paling buat kita susah hati.
Walaupun belum baca jawapan survey, tah kenapa saya selaku anak nombor dua terasa lebih. ?
Bila cuba baca komen, haih! Memang patutlah terasa. Masing-masing (kebanyakan) pakat sebut anak nombor 2 paling complicated.
Hey hello chuols! (sambil flip tudung, angkat jari telunjuk sambil goyang kepala). We are not complicated owkeyy. We are all uniQue!
Ads
Erm oklah saya mengaku. Waktu kecil, rasanya sayalah kot banyak peningkan kepala semua yang menjaga.
Tapi saya suka untuk ambil nasihat bapa kawan saya, “Jangan susah hati. Pakcik tengok, mana anak-anak yang paling banyak peningkan kepala ni lah insya Allah paling berjaya.”
Bercahaya-cahaya mata saya dengar kenyataan pakcik tu. Terus submit doa supaya anak saya yang saya keluhkan waktu tu akan jadi manusia hebat yang bakal memimpin ummat, insya Allah.
Saya mungkin adalah anak yang belum berjaya. Tapi saya yakin saya adalah seekor batu yang sedang dalam proses nak jadi berlian.
Berlian sebelum jadi batu kan kena lalui pressure. Saya rasa dah banyak tahun saya pressure, jadi tak lama lagilah ni nak jadi berlian kot, ehem! ?
Jadi mak ayah sekalian, jangan hangin sangat dengan mana-mana anak yang peningkan kepala. Paling penting, elak buat perbandingan depan-depan anak-anak.
Ads
“Kau tengok Kak Long kau tu belajar sampai ostrolia. Kau pmr pon tak ambik!” “Kenapa kau tak baik, skema dan berkakileber macam adik kau tu.” “Tengok anak jiran, kecik-kecik dah jadi Power Rangers.”
Awas!
Membanding-bandingkan anak akan buatkan: – Anak punya self image yang tidak elok tentang dirinya.
Bila ada rasa percaya-diri seorang yang nakal, akan berusahalah otaknya pandu dia jadi nakal. Bila dirinya percaya dirinya tak pandai, automatik dia belajar seperti seorang yang tak pandai.
– Anak akan membesar dengan jealousy & hatred dalam diri. That feelings lah yang banyak buat adik-beradik membesar dengan permusuhan.
– Anak rasa diri dibenci, terpinggir, terbiar dan kurang nilai dalam keluarga.
Ads
– Membesar jadi manusia yang tak ada keyakinan diri. Rasa diri tak cukup bagus sokmo.
Scary enough?
Kalau tak cukup scary, cuba percaya satu perkara ni.
Walaupun antara bulan dan bintang, bintang nampak lagi bersinar, tapi bulan lebih dekat dengan kita dan beri kita sinar dalam kegelapan.
Gittew.
So smile & peluk anak yang kita rasa complicated tu. Selalu puji dan cakap ‘i love you’ kat mereka.
‘Every kids is a genius at something. Our job is to find it and encourage it.’ -Robin Sharma
Sebaik-baik perkara adalah sentiasa berbuat baik, titipkan penuh kasih sayang pada anak dan isteri kita. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang suami buat keluarganya. Nak pastikan hati sentiasa dekat dengan keluarga dan anak-anak ada caranya.
Ini juga yang cara yang dilakukan oleh Nabi kita dalam kehidupannya. Perkongsian Muhammad Hassan ini suami kena baca dan ikuti. Barulah keluarga aman damai, penuh kasih sayang.
Sepanjang saya baca dan dengar kuliah tentang layanan Nabi muhammad SAW terhadap isteri, anak dan cucu. Perkara yang selalu Rasulullah lakukan adalah selalu mencium dan memeluk mereka.
Hatta setiap kali mahu keluar ke masjid Rasulullah SAW akan cium isteri baginda dan berlalu ke masjid.
Rupanya, apabila kita praktis perkara ini, ia buatkan kerinduan kita terhadap isteri dan anak semakin kuat. Hubungan kita makin akrab. Susah sangat nak ‘bertikam lidah’. Jika berselisih faham pun mudah untuk dileraikan.
Jika saya dirumah setiap kali mahu ke masjid saya akan cuba amal perkara ini. Ternyata jiwa kita akan rasa tenang dan sangat merindui isteri dan anak. Rasa cepat-cepat nak balik rumah.
Paling saya menarik tentang layanan Rasulullah S.A.W ini yang tak pernah saya terfikir nak buat. Baca hadith Sohih ini;
Aisyah berkata : “Pernah aku minum, sedangkan aku pada saat itu sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari gelas yang sama, dimana beliau mengenakan mulutnya ditempat bekas aku minum, lalu Baginda minum…” (H.R. Muslim)
Subhanallah. Tengok,sampai tahap begitu sekali akhlak Rasulullah SAW terhadap isteri baginda. Sehinggakan bekas mulut isteri pun Baginda hargai.
Itu bab minum. Mandi pun Rasulullah SAW mandi bersama isteri. Kita hari ini boleh kira berapa kali dalam setahun mandi bersama pasangan,itu pun siap kunci lagi bilik mandi. Itu belum bab makan. Rasulullah SAW akan makan satu pinggan atau bekas bersama isteri baginda. Akan makan apa yang isteri makan. Tidak pernah komplen makanan.
Dan buatkan saya paling RESPECT habis kat Rasulullah S.A.W. Baginda TIDAK PERNAH PUKUL atau mengeluarkan perkataan kasar terhadap isteri-isteri baginda. Kita hari ini? isteri lambat masak pun kita dah mengeluh. Allahu. lemahnya kita.
Bahkan Rasulullah S.A.W akan memanggil dengan panggilan yang paling manja terhadap isteri dan anak.
Itulah sebab kenapa kita perlu belajar banyak tentang akhlak Rasulullah SAW Dan wajibkan pada diri kita untuk sentiasa berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah S.W.T
Jom sahabat kita selawat dan Ikut jejak langkah Rasulullah S.A.W.
Kredit: Muhammad Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya. Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Artinya : “Maka hendaklah kamu takut akan Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu.”
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus.
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunayi sikap pilih kasih ini kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Ingat, walaupun anak masih kecil mereka juga mempunyai perasaan. Hormatilah perasaan anak dan tunjukkan penghargaan anda terhadap mereka.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penjagaan gigi anak sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa. Perkongsian doktor ini boleh dijadikan panduan.
Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia berkongsi tentang cara penjagaan gigi yang dilakukan kepada anaknya, Imtiyaz. Melalui penerangan beliau, jelaslah peranan ibu bapa sangat mustahak untuk menjadikan ia rutin dan seterusnya dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi.
Rutin membersihkan gigi anak perlu diteruskan sehingga kanak-kanak berusia 6 tahun! Berikut ialah perkongsian Dr Iqbal;
Imtiyaz mula tumbuh gigi agak lewat juga. Umur 10 bulan baru tumbuh gigi pertama. Biasanya gigi pertama tumbuh sekitar umur 6 bulan. Tak apa, dah 4 bulan tak perlu fikir gigi rosak, betul tak?
10 BULAN
Masa ini cuma bersihkan gigi dia gunakan kain lampin lembap. Bukan susah pun. Sapu sikit je. Yang penting, mesti buat. Kalau mak ayah tak biasakan diri, masukkan dalam jadual seharian untuk ambil masa tak sampai 1 minit untuk bersihkan beberapa batang gigi anak, nanti mesti jadi ralat. So, bukan anak sahaja kena biasakan, mak ayah pun kena biasakan juga untuk bersihkan gigi anak.
Bila gigi sudah ada beberapa, saya gunakan finger toothbrush. Ada dijual di mana-mana kedai. Benda ini lembut dan selesa untuk gigi dan gusi bayi. Tak nak beli finger toothbrush pun tak apa. Gunakan kain lembap lagi. Yang penting, mesti buat.
1 TAHUN 3 BULAN
Bila gigi sudah makin banyak, kami mula gunakan berus gigi kanak-kanak. Kepala berus gigi sangat kecil, bulunya lembut, sesuai untuk keselesaan mulut baby kita. Saya letak kepala Imtiyaz di riba saya, peluk badan dia, satu tangan pegang berus gigi dan satu tangan lagi tolak bibir supaya mudah gosok gigi.
Masa ini anak memang menangis. Tak biasa. Kita kena gagahkan juga. Ibarat macam perang. Nak senang, saya mandi sekali dengan anak. Pujuk dia. Bagitahu ini berus gigi. Tunjuk kat dia. Nak berus gigi adik bagi cantik. Dia tak faham pun. Tapi lama-lama dia akan tahu dan faham sendiri. Bila kita ambil berus gigi, dia dah siap-siap nganga mulut. Tunggu kita baringkan je. Anak lambat nak faham, tak apa. Yang penting, mesti buat.
1 TAHUN 6 BULAN
Bila semua gigi 20 batang hampir keluar, saya tak tunggu lama. Saya terus kenalkan ubat gigi. Masa ini, sudah tidak leceh. Sebab anak dah tahu kena baring dan buka mulut untuk gosok gigi. Nampak tak? Kita biasakan dari awal.
Ya, saya gunakan ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi flourida. Sebab saya yakin. Saya yang akan tolong beruskan gigi anak saya. Saya gunakan sikit sahaja kuantitinya. Sangat-sangat sikit. So, tak ada isu tertelan atau tak pandai meludah. Tak mahu gunakan ubat gigi dulu tak ada masalah. Yang penting, mesti mak ayah yang tolong gosokkan. Mesti tolong gosokkan sampai umur 6 tahun.
1 TAHUN 8 BULAN
Sudah 12 batang gigi susu tumbuh penuh. Lagi 8 dah hampir siap tumbuh. Alhamdulillah semua elok.
Belum besar lagi anak saya nak banding dengan anak orang lain. Belum pandai makan coklat dan jajan. Tapi setakat ini memang saya jaga dan bersihkan. Malulah kan asyik sembang gigi anak orang, gigi anak sendiri tak cantik.
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.