Orang kata mendidik anak lelaki besar cabarannya. Perangai pun lebih lasak dari anak perempuan. Kebiasaannya bila ibu bapa ada anak lelaki berderet, akan riuhlah rumah.
Sebagai ibu bapa, anda adalah ibu bapa hebat. Tak kiralah dikurniakan semua anak lelaki atau pun ada seorang, dua atau pun lebih. Setiap rezeki anak dah ditetapkan dan bagaimana kita mencorakkannya penting untuk masa depannya.
Apa yang dikongsikan oleh Puan Dilla Hanif mungkin boleh menjadi motivasi buat semua ibu bapa kerana anak lelaki anda boleh jadi HEBAT antara yang terhebat. Percayalah!
KEPADA ANDA YANG ADA ANAK LELAKI
Orang kata penat jaga anak lelaki sebab tak duduk diam lari sana sini. Bukan setakat berlari, tapi bergusti pun boleh. Haiihhh.. orang kiri kanan pun perli-perli.
Biarlah dia main lumpur sampai kotor, dia aktif tak henti, kerana anda harus percayalah 1 hari nanti, apa yang dia dapat kini, dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Sebenarnya banyak kelebihan buat anak lelaki yang ramai tak tahu tapi ALLAH dah beri.
Sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari. Dialah harapan ibu ayah dan keluarga. Jadi bimbinglah dan sayang dia agar berjaya dan gembira.
Ramai juga yang kata, anak lelaki tak reti duduk diam. Baguslah tu. Bila tak duduk saja dan menganyam, jangan disuruh diam sampai ke malam. Takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi. Tambah bila peluk ciumnya tak henti. Di selit kasih sayang ayah mithali dan jangan terkejut satu hari nanti bila anak yang aktif lari sana sini inilah akan disayangi masyarakat dan planet bumi.
Jadi jangan pukul dan maki anak lelaki kerana dia tak putus membentuk diri untuk dia kumpul dan punya identiti. Bukan saja buatkan ibu ayahnya happy tetapi menjadi saham akhirat buat mommy daddy.
Apa-apa pun ingat dialah anak lelaki mithali. Jangan biar dia main dan lari sendiri. Ciumlah dia berulang kali serta ucapkanlah kata sayang dan rindu lagi dan lagi, agar dia terus rasa dihargai kerana mempunyai ibu dan ayah yang terbaik.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti. Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biarpun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Sumber: Dilla Hanif