Bakal melahirkan cahaya mata sulungnya pada Julai nanti, penyanyi, Wany Hasrita rupanya sudah pun mempersiapkan beberapa perkara untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya.
Hal itu dikongsikan oleh Wany sendiri menerusi beberapa perkongsian video di Tik Tok.
Bahkan ujar Wany lagi, dia juga sudah pun mempersiapkan beberapa helai baju bayi untuk ke hospital juga kelengkapan lain.
Malah akui Wany lagi, dia pada mulanya bercadang untuk melahirkan cahaya mata sulungnya itu di Sarawak namun menukar perancangan dan bersalin di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
“Saya sepatutnya bersalin di Sarawak, sebab tak nak susahkan suami. Tapi alhamdulillah dapat bersalin di sini nanti dan suami pun dapat ambil cuti. Jadi dia akan datang sini untuk certain time saja. Nasib baik ibu saya ada,”kongsinya lagi.
Ads
Tambah Wany lagi, bagi menyambut cahaya mata sulungnya itu, dia dan suami tidak berlebih-lebihan berbelanja namun kini lebih memfokuskan kepada persediaan menjadi ibu.
” Saya ada beli tiga helai baju baby, cukup untuk masuk keluar hospital sahaja. Orang kata jangan beli banyak sebab baby cepat membesar.
Ads
“Selain itu saya beli kerusi menyusu, baby cot dan semua barang yang essential saja.
“Saya lebih fokus untuk menjadi ibu yang kebanyakkannya saya dapat melalui pembacaan dan bertanyakan pengalaman orang lain,” kongsinya lagi.
Wany dijangka melahirkan bayinya pada Julai nanti di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Siap yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak yang masih kecil. Sebolehnya apa sahaja yang diinginkan anak tetap mahu dipenuhkan mak dan ayah sebaiknya.
Bagi Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Abd Rahman, sebolehnya mereka mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak biar anak menyimpan kenangan masa indah mereka di waktu kecil.
Berkongsi video sambutan hari jadi anak ketiga mereka, Mishal Aminah melalui Instagramnya, isteri kesayangan Fad Bocey, berkongsi cara dia dan suami meraikan anak-anak.
“Kenapa mommy simpan sini? Sebab if one day mommy takda hopefully social media ni masih ada untuk anak-anak mommy tengok momments korang membesar.
“Selalu cakap dengan daddy, macam mana you raikan mommy, macam tu you kena raikan anak-anak. Rezeki kita Allah alirkan melalui diorang,” kongsinya.
Malah kata Syaheera lagi, dia dan Fad juga turut sama mengamalkan doa beramai-ramai bersama anak-anak setiap kali solat. Biar mereka tahu pentingnya usaha dan tawakal serta berdoa pada Allah.
Pun begitu katanya lagi, biarpun mampu, dia dan Fad tidak pernah mengajar anak hidup mewah. Cukup sederhana tetapi meraikan bila waktu-waktu istimewa.
“Berapa kali kami perlukan sesuatu kami mintak anak-anak angkat tangan doakan untuk mommy daddy. If mommy dalam masalah pun mommy cakap anak-anak tolong doakan mommy. Doa anak tiada hijabnya.
“Kami tak mewahkan depa tapi kami selalu nak usahakan bagi sesuatu untuk anak-anak sebab mommy daddy bukan dari keluarga senang.
“Kami pernah ada kat tempat selalu teringin apa-apa kami mintak dekat parents. Jadi bila mampu macam sekarang, kami cuba tunaikan apa impian anak-anak. Bukanlah kaya tapi cukup untuk anak-anak mommy daddy.
“Semoga anak-anak mommy jadi anak yang baik dunia akhirat. Moga kalian dalam lindungan Allah SWT,” kongsinya lagi.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerap kali mendengar kematian wanita selepas bersalin akibat sesak nafas. Sesak nafas, mungkin asbab kematian yang kelihatan umum tetapi ia berkemungkinan besar disebabkan oleh Pulmonary Embolism.
Pulmonary embolism ialah keadaan di mana kehadiran darah beku secara tiba-tiba di dalam saluran darah ke paru-paru.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian wanita hamil dan selepas bersalin iaitu dalam masa kira-kira enam minggu selepas bersalin. Selain darah tinggi dan tumpah darah, pulmonary embolism ialah antara penyumbang tertinggi kematian wanita selepas bersalin.
Ketika hamil, darah adalah lebih pekat daripada biasa. Pembesaran bayi dalam kandungan juga akan menekan saluran darah utama yang terdapat pada badan ibu menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar.
Ini akan menyebabkan darah beku akan terbentuk di saluran darah pada betis (deep vein thrombosis). Selain itu, terdapat juga beberapa sebab lain seperti melahirkan melalui pembedahan juga boleh menyebabkan darah beku terbentuk kerana kurangnya pergerakan selepas bersalin.
Apabila darah beku berkumpul pada bahagian betis, si ibu akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan berasa sakit pada betis ketika berjalan.
Gejala ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberi rawatan awal. Jika tidak, darah beku di dalam saluran darah di bahagian kaki si ibu boleh ‘dislodge’ dan bergerak bila-bila masa dan menyangkut di saluran darah yang halus di paru-paru.
Ia seterusnya boleh menyebabkan saluran darah di dalam paru-paru tersumbat akibat darah beku atau pulmonary embolism dan ibu boleh maut secara tiba- tiba.
Hampir semua ibu hamil dan selepas bersalin mempunyai risiko untuk mendapat penyakit pulmonary embolism.
Risiko untuk mengalami pulmonary embolism semasa dan selepas bersalin meningkat sekiranya mereka mempunyai faktor seperti berikut:
1. Mempunyai berat badan melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2.
2. Bersalin menerusi pembedahan caesarean.
3. Berumur lebih daripada 35 tahun.
4. Melahirkan kandungan kembar.
5. Mengalami masalah air ketuban banyak atau polihidramnios.
6. Mengalami dehidrasi atau kurang air dalam badan.
7. Mendapat penyakit darah beku sebelum dan semasa mengandung atau pada kandungan terdahulu.
8. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi satu liter).
9. Menjalani prosedur transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin.
10. Mempunyai enyakit yang menyebabkan darah menjadi likat seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome.
11. Mempunyai sejarah pembedahan semasa mengandung atau selepas bersalin seperti pembedahan appendisitis, pembedahan berkaitan patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
12. Ibu hidap penyakit pra eklampsia (iaitu darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein) semasa hamil dan berterusan selepas bersalin.
Menyedari bahaya situasi bahaya yang meragut nyawa ini, para ibu yang dalam tempoh minggu pertama selepas bersalin terutamanya yang berisiko tinggi perlu berwaspada dan peka tanda-tanda awal pulmonary embolism.
Simptom awal pulmonary embolism
• Kembang atau bengkak kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya pada sebelah kaki kiri)
• Sukar untuk bernafas.
• Sakit dada.
• Batuk berdarah.
• Denyutan nadi yang sangat laju.
Sekiranya mempunyai simptom ini, korang perlu segera dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan.
Doktor yang merawat biasanya akan menjalankan pemeriksaan untuk melihat sama ada ibu tersebut berisiko tinggi untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin akan dilakukan segera.
Kebanyakan wanita selepas bersalin yang mengalami pulmonary embolism maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Justeru, sekiranya ada yang berisiko tinggi, rujuk kepada doktor dengan segera terutamanya jika mengalami simptom awal.
Sekiranya korang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, lakukan tiga langkah ini untuk mencegah pulmonary embolism.
1. Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
2. Aktif bergerak dan berjalan. Jangan hanya berbaring di katil!
3. Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stocking iaitu stoking khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Membawa bayi yang masih kecil ke pawagam seolah-olah menjadi trend masa kini. Sesetengah ibu bapa sanggup membawa bayi yang masih kecil seawal usia dibawah 6 bulan masuk ke pawagam tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada kesihatan bayi.
Menerusi perkongsian Doktor yang popular di media sosial, beliau mendedahkan beberapa risiko yang bakal berlaku kepada bayi dibawah usia 2 tahun jika di bawa ke pawagam. Ikuti perkongsian ini.
PAWAGAM BUKAN UNTUK BAYI
Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.
1. Bunyi di ukur melalui nilai decibel (dB). Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa, kalau bayi pendedahan kepada bunyi yang kuat secara beterusan boleh menyebabkan kerosakan.
2. Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk; orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.
3. Pawagam adalah tempat yang tertutup. Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.
4. Koyak. Banyangkan tengah syiok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati. Hati penonton akan koyak. Stress. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal.
Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita “heavy” di pawagam. Bergilir lah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.