Bakal melahirkan cahaya mata sulungnya pada Julai nanti, penyanyi, Wany Hasrita rupanya sudah pun mempersiapkan beberapa perkara untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya.
Hal itu dikongsikan oleh Wany sendiri menerusi beberapa perkongsian video di Tik Tok.
Bahkan ujar Wany lagi, dia juga sudah pun mempersiapkan beberapa helai baju bayi untuk ke hospital juga kelengkapan lain.
Malah akui Wany lagi, dia pada mulanya bercadang untuk melahirkan cahaya mata sulungnya itu di Sarawak namun menukar perancangan dan bersalin di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
“Saya sepatutnya bersalin di Sarawak, sebab tak nak susahkan suami. Tapi alhamdulillah dapat bersalin di sini nanti dan suami pun dapat ambil cuti. Jadi dia akan datang sini untuk certain time saja. Nasib baik ibu saya ada,”kongsinya lagi.
Tambah Wany lagi, bagi menyambut cahaya mata sulungnya itu, dia dan suami tidak berlebih-lebihan berbelanja namun kini lebih memfokuskan kepada persediaan menjadi ibu.
” Saya ada beli tiga helai baju baby, cukup untuk masuk keluar hospital sahaja. Orang kata jangan beli banyak sebab baby cepat membesar.
“Selain itu saya beli kerusi menyusu, baby cot dan semua barang yang essential saja.
“Saya lebih fokus untuk menjadi ibu yang kebanyakkannya saya dapat melalui pembacaan dan bertanyakan pengalaman orang lain,” kongsinya lagi.
Wany dijangka melahirkan bayinya pada Julai nanti di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
@pama.my Kandungan dah 8 bulan, jadinya kita nak tahu apa yang dah Wany beli untuk bersalin nanti? #tiktokmalaysia #wanyhasrita #ibuhamil #fyp #majalahpama ♬ original sound – Pa&Ma
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Comelnya bila superhero cilik berkumpul ramai-ramai! Jom, daftarkan si manja ada di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/himpunan-little-hero/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!