Kadang dalam membesarkan anak kita terlupa, anak-anak kita juga punya hati dan perasaan. Tanpa sedar kita melukakan hati anak-anak kecil kita. Hati-hati.
Perkongsian pengguna Twitter, @aindzaya yang dikongsikan semula oleh penyanyi, Hafiz Hamidun ini wajar kita contohi. Jangan sama sekali lukakan hati anak kecil kita.
Bagus perkongsian ni, anak-anak kecil pun ada perasaan. Tahniah kepada ibubapa hebat mendidik anak-anak.
“On the way balik office semalam, dalam kereta, “Sayang sy nak remind ni, kita remind each other. Kita ada buat silap dengan Dahlia dan saya tak nak kita teruskan habit ni.
“Lepas ni kalau orang puji Dahlia bagus, pandai dan behave kita jangan buka aib dia kat orang yang memuji.
“Berjalan rumah sanak saudara, ramai yang puji Dahlia behave, pandai, bagus, tak tantrum, tak mengutip, matured tak macam 11 bulan.
“Tapi dalam tak sedar terbuka aib Dahlia yang masih bayi ni. “Eh mana ada, depan orang je, kat rumah ni merata mengutip, menjerit, menangis jerit kuat”
“Orang kemain puji tapi aku buka aib dia.
“MashaAllah. Maafkan mommy & daddy sayang. Kami lebih berhati-hati menyusun kata lepas ni. Kalau Dahlia faham pasti terkilan apa yang didengarnya. Sedangkan itu aib dia.
“Tanggungjawab kami untuk melindungi Dahlia bukan berbangga dengan kelemahan dia.
“Apa yang kami cakap mungkin dapat membuatkan diri kami kelihatan rendah diri ketika dipuji, tapi lebih kepada menghiris perasaan Dahlia bila didengari.
“Sepatutnya berbanggalah bila orang puji anak kita. Katakan yang baik-baik pada anak. Moga ia akan beri kebaikan pada kami nanti. Amin.
Doakan yang terbaik buat anak kita. Kita jaga hatinya seperti mana kita menjaga diri kita.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Twitter, @aindzaya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI