Pelakon, Ozlynn menerusi akaun instagramnya berkongsi video gelagat suaminya, Johan Raja Lawak menjaga anak bongsu mereka, Moleiq.
Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 180k dalam masa 4 jam. Dengan kepsyen yang panjang, Ozlynn menceritakan gelagat suami dan anaknya.
Kadang org laki ni sweet.. kdg boleh buat kita naik hantu kan.. masa bila kita naik hantu?? Bila dorg jaga anak… wehhhh ko g toilet kejap je pon ko boleh dgr anak ko merangkak ke mengutip ke.. dr dlm bilik air tu la suara ko pekik “ apa tu???” Xkan berjawap ye.. sb masa nih dorg baru sedar anak dorg dh ke laut kali kedua pekikan ko tinggi sikit “ eyyy, nape tuh??! ..
Masa nih baru dorg reply.. dlm keadaan kelam kabut.. “xde apa syg”.. tp masa tu ko dh dgr suara anak ko melalak… eh korg paham x maksud aku.. haaa masa tu kalau tgh berak pon taik separuh kuar pon ko boleh putus mood nak berak tau!! (Saja ckp psl taik.. share pasal lauk korg ckp lapar lak) kdg kan bila aku duk sensorg.. tergelak aku.. mak2 nih kdg dh mcm org giler.. ada masa marah naik hantu, x smp 5 mnt sedih.. kang ptg sikit happy.. masok dinner sentap… nk tdo majuk.. bahahahaha wehhh kita nih sehari memcm karakter masok kan… yg pasti karakter tarzan menjadi fav setiap ibu bahahahah jgn deny… so
Ads
Berbalik pd kes aku nih.. aku tinggalkan kejap je pi buang air… haaa kalau ngah meneran mau satu bilik penoh bedak… nasib syg kat dobok dua org nih.. haihhhhhh… papa.. papa.. nasib la ko part tdokan anak ko hebat.. ( elehhhh sb ko pon kuat membutakan pa!) video nih panjang lg.. nnt aku share kt youtube channel aku
Rata-rata tertarik dengan keletah comel Moleiq. Ramai netizen yang memuji kecomelannya dan senyuman Moleiq yang tidak lekang di bibir.
Kononnya dikatakan tersedak susu semasa dalam jagaan, namun hasil bedah siasat menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otak arwah Adam Rayqal.
Keterangan awal daripada pengasuh itu langsung sama sekali bercanggah dengan keputusan bedah siasat dan keadilan harus ditegakkan demi nyawa seorang bayi yang tak berdosa.
Sejak dua hari kejadian ini berlaku, ramai yang meluahkan rasa simpati pada kedua ibu bapa arwah Adam Rayqal dan berharap pelaku dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya.
Berdasarkan sidang media yang dilakukan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.
“Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.
“Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini,” katanya.
Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi hingga jam 1 tengah hari, semalam.
Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.
Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.
Sumber: BH Online & Gambar-Media MB Terengganu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat kali pertamanya, seorang wanita hamil dilaporkan telah dijangkiti wabak cacar monyet.
Memetik laporan The Sun, wanita berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu telah selamat melahirkan bayinya tanpa sebarang komplikasi.
Dr John Brooks dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) berkata bayi itu didapati tidak dijangkiti cacar monyet daripada ibunya.
Sementara itu, pegawai di Persatuan Penyakit Berjangkit AS berkata bayi tersebut telah diberikan infusi globulin imun. Ia adalah rawatan antibodi yang telah diluluskan oleh medik di AS semasa wabak cacar monyet.
Wanita dan bayinya dipercayai berada dalam keadaan sihat selepas dia bersalin.
Dalam pada itu, pakar telah memberi amaran pada bulan lalu bahawa penyebaran virus yang berterusan dibimbangi akan menjejaskan kumpulan tertentu.
Difahamkan, wanita hamil, orang yang mempunyai sistem imun lemah dan kanak-kanak adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit itu.
Pun begitu, wanita hamil dikatakan lebih terdedah kepada jangkitan itu kerana fakta yang menunjukkan bahawa sistem imun mereka terjejas.
Secara global, kes cacar monyet kini telah melebihi 14,000 kes dengan 3,591 jangkitan direkodkan di AS.
Manakala, United Kingdom mencatatkan 2,367 kes beberapa hari lalu dan dijangka akan terus meningkat.
Pengarah Insiden Kebangsaan UKHSA, Dr Sophia Makki memberi amaran kepada orang ramai untuk memeriksa simptom cacar monyet iaitu ruam atau lepuh pada kulit sebelum melakukan hubungan seks.
Hubungan fizikal yang rapat dikatakan membolehkan virus itu merebak. Tetapi ia tidak ditakrifkan sebagai penyakit yang dijangkiti secara seksual.
“Bagai mati hidup semula. Ibarat berada di tengah-tengah lautan. Masa tu hanya fikir ini mungkin takdir kami berdua. Saya hanya reda dengan doa yang tak putus.” Kongsi Suriyati Abdul Mokhtar, 34, ibu kepada dua orang anak dan salah seorang mangsa banjir di Pahang.
Disebabkan hujan lebat yang berterusan baru-baru ini menyebabkan banjir besar di beberapa buah negeri sehingga menyebabkan situasi panik. Banyak kawasan yang dinaiki air walaupun sebelum ini tak pernah pun banjir.
Detik cemas ini turut dialami Suriyati Abdul Mokhtar, yang ketika itu terperangkap di rumahnya bersama bayi berusia 6 bulan di Taman Karak Indah, Pahang.
Pada Sabtu lalu, 18 Disember, ibu kepada 2 anak ini menceritakan pengalaman menakutkan apabila air naik hingga ke paras leher dan menyangka itulah saat akhir yang tertulis untuk mereka berdua.
Menerusi perkongsian video daripada Malaysia Hari Ini, kisahnya bersama anak dan ‘voice note’ yang ditinggalkan benar-benar menyebabkan ramai tersentuh hati.
Ketika kejadian, difahamkan suaminya tiada di rumah kerana masing-masing bekerja di di berlainan negeri sejak 2 tahun lalu.
Mujurlah anak sulung ketika itu berada bersama suami di Terengganu ketika banjir berlaku.
Bunyi tekanan air masuk melalui bilik air
Bercerita lanjut, Suriyati memberitahu semasa air mula naik, seakan terdengar bunyi tekanan air dari bilik air.
“Ketika itu, di luar memang gelap dan apabila tersedar, rupanya air telah penuh di luar.”
Air kemudiannya mula masuk melalui celahan pintu dan tingkap dengan laju hingga mencecah paras pinggang.
Apungkan bayi dalam kotak plastik
Dalam keadaan kelam kabut itu, Suriyati mendapatkan sebuah kotak plastik yang digunakan untuk menyimpan barang bagi mengapungkan bayinya yang berusia 6 bulan.
Pada ketika itu, air makin naik dan telah sampai ke paras bahu. Waktu itu dah tak fikir apa-apa, dan terus meletakkan bayi ke dalam kotak itu dalam keadaan diri sendiri pun terhuyung-hayang.
Beri voice note ketika air dah paras leher
Memikirkan hanya diri sendiri dan bayi saja ketika itu, Suriyati tidak putus-putus berdoa dan bertahan.
Paling sebak, dia menjunjung anaknya dalam kotak tersebut selama 4 jam dan sempat memberi voice note minta anaknya diselamatkan dulu.
“Ya Allah, tolong selamatkan anak saja je, baby saya je, lain saya tak fikir, anak saya je,”.
Dalam pada itu, air pula semakin deras dan meningkat dengan cepat hingga ke paras leher. Suriyati akui mungkin itulah detik terakhirnya bersama bayinya.
“Abang, tolong ampunkan mama, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tak ada orang selamatkan Mama, Bang. Tak ada orang…” (sambil menangis)
Voice note ini telah tular dan menyentuh hati orang ramai yang mendengarnya. Tak dapat dibayangkan keadaan ketika itu dan perasaan suami menerima pesanan suara tersebut dalam saat genting.
Tambah pula dengar tangisan bayi 6 bulan hingga tiada suara dan kesejukan dan kelaparan.
Pujuk anak tutup mata, hanya berserah pada Allah
“Adik tutup mata, Mama pun tutup mata – Mama rasa inilah takdir kita berdua. Abah pun takde, orang lain pun takde.”
“Saya rasa anak saya faham dan dia peluk saya erat dan dia tutup mata.”
“Saya tak sangka anak saya yang 6 bulan seakan faham dan boleh buat macam tu.”
Tiba-tiba datang anggota bomba selamatkan
Tanpa diduga, 2 orang anggota bomba tiba-tiba datang menyelamatkan mereka entah dari mana.
Suami Suriyati, Mursyidul ‘Azim Mazlan sangat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menyelamatkan isteri dan anaknya yang terperangkap ketika itu.
Suaminya turut menggelarkan kedua-dua orang anggota bomba ini sebagai unsung hero.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Aidilfitri semakin menghampiri, pastinya pelbagai juadah manis seperti kek, biskut, dan kuih raya menjadi hidangan wajib di setiap rumah.Antara kek yang semakin mendapat perhatian...