Mempunyai zuriat sendiri adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Apatah lagi rumahtangga yang dibina sudah hampir mencecah usia sedekad. Pasangan yang ingin mendapatkan zuriat sendiri boleh melakukan rawatan kesuburan sebagai salah satu usaha untuk mendapat cahaya mata. Salah satunya adalah rawatan In Vitro Fertilisation (IVF).

Pelawak Achey memberitahu bahawa dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya sebagai salah satu usaha untuk menimang cahaya mata sendiri.

Bagaimanapun, kata Achey, hasrat tersebut masih belum lagi tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu.

“Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.

Baca: “Bukan Senang Jadi Perempuan, Beranak Sakit Gugur Pun Sakit,” Hafiz Mahamad Setia Jaga Isteri Lepas Keguguran


“Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ,” katanya kepada portal hiburan, Gempak.

Menurut Achey, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.

Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi.

IKLAN

“Kalau ada dapat seorang anak angkat ‘sebat’ (ambil) sahajalah dulu.

“Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.

“Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya.

Sebelum ini, Achey pernah memaklumkan isterinya mengalami masalah dalam memberi penyusuan badan kepada anak angkatnya.

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.

Semoga usaha Achey dan isteri untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri berhasil dan dimakbulkan Allah.

Sumber: Gempak

Foto: IG acheykintangkintung & anne_achey

Baca: Kalau Anak Tantrum, Kita Jangan Ikut Tantrum, Umur 1 sampai 6 Tahun Fasa Berkembang & Beradaptasi Si Kecil. Ini Yang Ibu Ayah Kena Selalu Buat

EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Jom join Virtual Merangkak Race kami. Mudah je kali ni hanya hantar video anak merangkak secara virtual. Dengan Tema SUPERHERO video paling kreatif dan menarik akan berpeluang dipilih sebagai pemenang dan memenangi hadiah berupa wang tunai yang akan dikreditkan dalam akaun SSPN anak.

Jangan lepaskan peluang dan cepat-cepat hubungi nombor telefon yang tertera! Siapa tahu rezeki anak yang baru boleh merangkak tu!