Perkara yang tak disangka berlaku jika nak jadi sekelip mata sahaja. Begitu juga dengan kes kecurian dan ragut yang sekarang makin menjadi-jadi. Jenayah tersebut biasanya tidak disedari kerana berlaku dalam keadaan cepat.

Anak menangis, beritahu ada orang ambil rantai

Perkongsian dari seorang ibu, Siti Haryani Azmi di facebooknya menceritakan pengalaman ragut yang berlaku pada anaknya ketika pergi ke  tapak acara Jom Heboh di Batu Kawan Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Orang Tu Ambil Rantai Kak Ngah”. Rantai Anak Kena Rentap, Hingga Kini Trauma

Menurut Siti Haryani, dia pada mulanya tidak menyedari kejadian tersebut sehinggakan anak perempuannya menangis dan memberitahu ada seseorang yang mengambil rantai emas yang dipakainya.

Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab “orang tu amek rantai kakngah”. Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku 😭

Kesan merah selepas rantai direntap

Kongsinya lagi, walaupun dia tidak dapat mengenalpasti siapa yang mengambil rantai tersebut kerana berada dalam keadaan yang sangat bersesak, dia bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan serius.

“Orang Tu Ambil Rantai Kak Ngah”. Rantai Anak Kena Rentap, Hingga Kini Trauma

Ads

Namun begitu, terdapat kesan merah di leher kanak-kanak tersebut berpunca daripada rentapan rantai emas di lehernya.

Apabila cuba nak cari siapa pelakunya memang tak tahulah sebab keadaan sesak.

“Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa yang ambil. Gelabah cikni dah macam apa kat sana. Nak menjerit, nak melolong pun tak guna. Peragut mungkin ada sebelah cikni saja tapi kita tak tahu siapa dia.

“Suami cikni pegang tangan Anelia time tu. Orang memang ramai bersesak. Dengan bising speaker main lagu, dengan bising penjual dok bercakap pakai mic. Pandai sungguh peragut cari tempat dan masa.

ARTIKEL LAIN [Jaga Anak Perempuan Tak Semudah Jaga Anak Lelaki. Tanggungjawabnya Besar!]

Rantai tak kisah. Ada rezeki boleh beli lain. Tapi anak yang penting. Mujur tak luka apa. Cuma kesan merah-merah dengan kesan kuku saja kat belakang.

Ads

“Orang Tu Ambil Rantai Kak Ngah”. Rantai Anak Kena Rentap, Hingga Kini Trauma

Peringatan bersama

Dalam pada itu, Siti Haryani mengakui kesilapannya kerana memakaikan anak kecil barang kemas di tempat-tempat awam walaupun hakikatnya kanak-kanak itu setiasa memakai aksesori perempuan tersebut tidak kira masa.

Dia juga menzahirkan rasa kesal dengan perlakuan peragut yang langsung tidak berasa kasihan terhadap kanak-kanak kecil dan berharap perbuatan buruk itu mendapat balasan daripada Allah S.W.T.

Harap semangat Anelia pulih

Ads

Ibu mintak maaf kat Anelia. Kesian dia trauma sampai balik ke rumah masih teringat “orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.” Semua details dia cerita. Wallahualam sama ada betul atau tak gambaran dia bagi tu. Tapi setiap kali tanya, cerita dia sama.

Cikni harap kisah ini jadi pengajaran buat cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukaklah bila ke tempat sesak dan ramai orang. Orang jahat sekarang ada di mana-mana. Tergamak buat dekat insan sekecil tu.

“Orang Tu Ambil Rantai Kak Ngah”. Rantai Anak Kena Rentap, Hingga Kini TraumaTolong doakan Anelia dapat lupakan kisah hitam ni ya 😔. Sekarang dah nampak sedikit keceriaan di wajahnya selepas beberapa hari kejadian hitam tersebut berlaku.

Sumber: Siti Haryani Azmi

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI