Otak anak lelaki ini berbeza dengan anak perempuan. Daya tumpuan mereka berbeza. Perempuan biasanya lebih rajin dan lebih fokus ketika belajar berbanding lelaki.

Tidak perlu risau kalau kita lihat anak orang lain sudah dahulu boleh membaca Quran dan membaca dengan baik. Lebih lagi kalau anak kita anak lelaki.

Berikut perkongsian Penulis Dakwah & Pendidikan Anak-Anak, Puan Nazifatunnisa Salim

Terus terang Salahuddin agak lambat boleh membaca dan mengaji Quran berbanding Sumayyah. Mereka berbeza umur 2 tahun tetapi tahap membaca dan mengaji Quran mereka sama.

Otak Anak Lelaki & Perempuan Berbeza. Tak Apa Anak Lelaki Lambat Sikit, Asalkan Berkualiti

Yang saya perasan ada beza bila diberikan permainan blok, Salahuddin boleh mencipta apa sahaja yang dia fikirkan di usianya berbanding Sumayyah yang perlu dibantu walaupun hanya membina rumah.

IKLAN

Ini rekod yang saya buat sendiri mengenai perbezaan anak lelaki dan anak perempuan:

1. Kalau belajar, anak perempuan boleh menyelesaikan tugas tanpa dipantau. Tetapi anak lelaki biasanya perlu dibantu dan dipantau. Anak lelaki banyak alasan. Kadang-kadang dia tahu tetapi dia suka bertanya.

2. Anak lelaki banyak imaginasi. Kalau kita minta melukis, lukisan anak lelaki biasanya lebih berimaginasi berbanding anak perempuan.

3. Pertanyaan anak lelaki lebih inovasi berbanding anak perempuan. Kadang jenuh juga kita mahu jawab. Sampai satu tahap ummi terpaksa minta waktu untuk cari jawapan.

IKLAN

4. Anak lelaki kalau marah dia akan lepaskan terus. Anak perempuan merajuk dulu. Itu sifat biasalah bagi lelaki dan perempuan. Tapi sebagai ibu bapa, sangat penting untuk kita mengajar mereka mengurus rasa marah dengan baik. Caranya berbeza antara lelaki dan perempuan.

Rekod ini tidaklah semestinya sama dengan orang lain. Jangan terlalu risau kalau anak kita berbeza pencapaiannya dengan anak orang lain. Tidak perlu terus terjun kepada konklusi bahawa anak kita ‘lambat’ tangkap pelajaran.

Sebenarnya bukan anak kita lambat, tapi cara pembelajaran dan fokus mereka berbeza. Setiap manusia itu Allah ciptakan bijak dan pandai, ada kelebihan sendiri.

Otak Anak Lelaki & Perempuan Berbeza. Tak Apa Anak Lelaki Lambat Sikit, Asalkan Berkualiti

IKLAN

Yang lebih penting adalah usaha kita mendidik dan menyediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Pelajari lagi teknik mendidik yang betul. Nikmati setiap masa kita mendidik anak. Tidak mengapa lambat, yang penting hasilnya berkualiti.

Beritahulah hakikat ini pada pasangan kita, adik-beradik kita atau kawan-kawan kita yang tengah pening kenapa anak begitu dan tidak begini.

Kredit: Nazifatunnisa Salim

#JannahProject

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI