Berbanding ayam, ikan sememangnya cukup disarankan dalam pemakanan anak-anak kita. Ikan merah misalnya, selain isinya yang tebal ia kaya dengan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang ternyata cukup baik untuk perkembangan minda anak-anak kita.
Jadi jika anak sudah menunjukkan tanda kebosanan dengan menu setiap hari, sesekali buatkanlah resipi Bubur Sup Ikan Merah ini. Senang dan tinggi khasiatnya. Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Mas Ayu Ibrahim!
Antara menu lunch baby Adwa. Masak untuk satu family terus, tapi asingkan untuk baby Adwa sebelum tambah garam gula. Sebab menu Adwa masih #nosaltnosugar.
SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan:
Ikan merah
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Sup bunjut @ 4 sekawan
Lobak merah
Tomato
Daun sup
Serbuk ayam
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
Menarik: Bubur Sup Ikan Merah Sarat DHA Untuk Bayi,Ibu Ni Kongsikan Resipinya
Cantiknya Puding Strawberry Ni, Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!
Masukkan air, lobak merah, serbuk ayam dan sup bunjut. Reneh hingga air mendidih.
Kemudian masukkan ikan merah. Didihkan sekejap.
Kemudian masukkan tomato dan daun sup. Kacau kejap. Siap.
*Sesuai untuk baby 8 bulan ke atas. Boleh kisar ikan dan sup kalau baby belum pandai makan tekstur kasar.
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI