Kehamilan bukan sekadar mengubah bentuk badan dan emosi semata-mata tetapi juga struktur dalam otak. Penyelidik dari NIH (National Institutes of Health) mengkaji seorang wanita secara intensif dengan membuat imbasan di otaknya sebanyak 26 kali bermula sebelum hamil, semasa hamil, sehinggalah dua tahun selepas bersalin.
Hasil kajian ini membuka mata! Otak seorang ibu memang benar-benar berubah demi menyesuaikan diri dengan fasa keibuan.
Gray Matter: Kawasan Pemikiran & Emosi
Sepanjang mengandung, jumlah gray matter dalam otak berkurang. Gray matter merupakan bahagian otak yang penuh dengan neuron (sel saraf utama) dan berfungsi untuk berfikir, mengingati, mengawal emosi serta memproses hubungan sosial.
Bila ia menipis, itu bukan bermakna otak rosak. Ia sebenarnya petanda yang otak sedang “membuat kemas kini” untuk beri ruang kepada fungsi lebih penting, contohnya menjadi lebih peka pada tangisan bayi atau lebih cepat faham keperluan si kecil.
Tak hairanlah kalau ada ibu rasa cepat emosional atau lebih sensitif semasa mengandung kerana otak memang sedang diatur semula untuk lebih rapat dengan bayi.
White Matter: Kabel Penghubung Dalam Otak
Selain gray matter, ada juga perubahan pada white matter, iaitu bahagian otak yang terdiri daripada serabut saraf (macam kabel elektrik) yang menyambungkan pelbagai kawasan otak.
Ads
Semasa trimester awal, white matter meningkat, seolah-olah otak sedang “memasang lebih banyak wayar” untuk kuatkan komunikasi dalaman. Selepas bersalin, tahap ini kembali seperti asal.
Cecair Otak (Cerebrospinal Fluid)
Kajian juga tunjukkan peningkatan cerebrospinal fluid, iaitu cecair jernih yang mengisi ruang dalam otak dan saraf tunjang. Cecair ni bertindak macam ‘kusyen’ yang melindungi otak daripada hentakan atau sebarang gangguan lain. Jumlahnya meningkat pada trimester kedua dan ketiga, kemudian menurun lepas bayi lahir.
Ads
Hormon: Pengarah di Sebalik Layar
Kenapa semua perubahan ni berlaku? Jawapannya terletak pada hormon. Semasa mengandung, tahap estrogen dan progesteron naik mendadak. Hormon-hormon ni memacu neuroplasticity iaitu keupayaan otak untuk berubah bentuk, sambungan, dan fungsi.
Dalam erti kata lain, otak ibu sedang dilatih untuk lebih responsif terhadap bayi, lebih sabar, dan lebih penuh empati.
Apa Maknanya Untuk Ibu?
Kajian ini bawa mesej besar: “mom brain” bukan mitos. Bila ibu rasa cepat lupa atau emosional, itu bukan tanda kelemahan. Ia sebenarnya proses biologi semula jadi yang menjadikan otak lebih “ibu” daripada sebelumnya kerana ia akan menjadi lebih peka, lebih terikat dengan anak, dan lebih bersedia menghadapi cabaran baru.
Ads
Lebih penting, pemahaman ini juga membantu saintis cari jalan menyokong ibu, khususnya dalam isu kesihatan mental selepas bersalin seperti postpartum depression. Dengan peta otak yang lebih jelas, pakar boleh kenal pasti faktor risiko lebih awal dan tawarkan bantuan lebih tepat.
Anugerah Istimewa Buat Seorang Ibu
Jadi, buat semua ibu kalau ada hari terasa penat, pelupa, atau mudah menangis, ingatlah, otak anda sedang buat kerja yang luar biasa. Ia sedang mengubah diri ibu untuk menjadi lebih dekat dengan bayi, untuk sayang tanpa syarat, dan untuk jadi pelindung sejati. Perubahan ini bukan kelemahan, tapi anugerah istimewa yang hanya dimiliki wanita bergelar ibu.
Pengalaman melahirkan anak pastinya berbeza, ada yang dapat melahirkan secara normal dan ada juga yang melahirkan anak dengan cara pembedahan atau caesarean. Walau apa cara sekalipun, sedikitpun tidak membezakan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Pelakon Mia Ahmad yang baru sahaja melahirkan anak keduanya pada 18 Jun yang lalu berkongsi pengalaman proses kelahiran kali ini di Instagram miliknya.
Menurut suri hati kepada pemain bolasepak JDT, Mohd Izham Tarmizi, dia berasa takut untuk bersalin secara pembedahan selepas dimaklumkan oleh doktor keadaan anak dalam kandungannya.
Dalam perkongsian tersebut, demi untuk bersalin secara normal seperti anak sulungnya, Mia berjalan satu taman dan turun naik bukit.
Dengan usaha yang dilakukan itu, Mia bersyukur akhirnya dia berjaya melahirkan anak keduanya yang diberi nama Iris dengan kaedah normal tanpa perlu dibedah.
“Sehari sebelum saya melahirkan Iris, doktor cakap kepala bayi masih jauh.
“Takut kena c-sect, aaaa taknak la cuz Issa dulu bersalin normal kan. Jadi esok pagi nya mia jalan satu taman dan turun naik bukit, semua org tengok mak buyung gigih dengan perut besar beriadah .
“Jam 2 pagi bangun nak shishi tengok dah bloody show tapi tak ada rasa sakit kontraksi. Alhamdulillah. Allah permudahkan…Our little Iris safely delivered on 18th of June 2020, 5.10pm via normal delivery. Thank you all for your thoughts and prayers.”
Dalam posting tersebut juga Mia turut memuat naik video pendek yang mana dia sedang melakukan aktiviti fizikal iaitu berjalan-jalan ketika hamil seperti yang diceritakan di kapsyen posting tersebut.
Mia dan suami, Mohd Izham Tarmizi disatukan pada tanggal 13 Januari 2017. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki pertama yang diberi nama Sayf Issa pada September 2018.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di Malaysia dari 18 Mac yang lalu dan kini dilanjutkan sehingga 14 April menyaksikan Tambak paling sibuk di dunia kini sepi setelah kerajaan mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya laluan tersebut bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas.
Ekoran daripada penutupan laluan tersebut, telah memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia yang rata-ratanya keluar bekerja ke Kota Singa itu. Terbaru menurut laporan akhbar Sinar Harian Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura semalam telah membantu membawa pulang 70 wanita hamil warga Malaysia yang bekerja di Singapura bersama-sama dengan 10 kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) melalui Tambak Johor.
“Dua buah bas telah digunakan untuk membawa pulang kumpulan ini yang berkumpul di Stesen MRT Kranji seawal jam 10 pagi,” menurut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Muhd Radzi Jamaluddin kepada Bernama.
Bawa Pulang Kerana Sudah Hampir Tarikh Bersalin
Beliau berkata, kumpulan itu telah mendapat perhatian awal pihaknya kerana mereka telah hampir cukup bulan untuk bersalin.
“Kami telah berusaha sedaya upaya supaya mereka pulang untuk melahirkan anak di kampung halaman masing masing,” katanya.
Beliau berkata, menurut kumpulan itu, mereka menghadapi kesukaran untuk melahirkan anak di Singapura dan telah mengambil keputusan untuk bersalin di tanah air.
“Ini kerana kedua-dua negara telah mengenakan pelbagai syarat dan larangan ke atas pelawat asing yang berubah dari hari ke hari yang mendorong kumpulan ini untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin,” katanya.
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Perlu Dikuarantin di Tempat Khas
Pada 31 Mac lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di tempat khas yang ditetapkan oleh kerajaan berkuat kuasa 3 April.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung mulai 18 Mac, terdapat warga Malaysia yang tiada kenderaan sendiri mengambil pilihan berjalan kaki untuk pulang menyeberang Tambak Johor sejauh kira-kira satu kilometer.
Semoga penularan wabak ini akan berakhir tidak lama lagi dan vaksin untuk menyembuhkan akan ditemui. Sebagai rakyat yang prihatin, terus patuh dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah dan amalkan pencegahan seperti yang disarankan. Teruskan berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Stay Safe & Stay At Home!
Baru-baru ini pengacara Dayah Bakar ada berkongsi dengan peminat tentang kehamilan sulung untuk dia dan suami setelah dua tahun menunggu. Beberapa hari yang lepas menerusi akaun Instagramnya, Dayah berkongsi gambar terbaru dirinya yang mendapat perhatian warga maya.
Dalam gambar tersebut sudah agak jelas kelihatan ‘baby bump’ dari bakal ibu ini. Dayah dijangka bakal menimang anak pertama September tahun ini.
Dalam satu laporan oleh Harian Metro, pengacara Program Borak Kopitiam ini ada berkongsi perkembangan terkininya tentang usia kandungan yang sudah pun mencecah lebih empat bulan.
“Saya ambil sedikit masa untuk berkongsi berita kehamilan ini tapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Saya dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
InsyaAllah saya dijangka melahirkan anak sulung pada awal September depan,” katanya mengikut dalam laporan akhbat tersebut.
Dayah Bakar melangsungkan perkahwinan dengan sahabat baiknya yang merupakan seorang tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 di Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...