“Otak Takut” Fasa Pemikiran Anak Yang Terlalu Sering Dimarah, Diherdik! Awas Ibu Bapa

Share

Apa jadi kepada pemikiran anak yang sering dimarah? Ikuti penjelasan daripada Ibu Rose.

JAWAPAN: PEMIKIRAN ANAK YANG TERLALU SERING DIMARAH AKAN BERADA DI DALAM ‘OTAK TAKUT’.

‘Otak takut’ adalah nama yang Ibu olah. Oleh itu memang tak akan jumpalah dalam medical term.

Baca Juga:

Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini

Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’

Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya

Nama saintifiknya ada Reptilian Brain. Iaitu bahagian paling bawah dalam tiga lapisan otak, Triune Brain.

Bahagian ini menjaga KESELAMATAN kita. Maka jika kita rasa terancam, degupan jantung akan menjadi cepat dan kita akan FIGHT atau FLIGHT atau FREEZE.

Anak-anak yang sering dimarah akan banyak beroperasi dari sini. Sayang akan lihat, ada sesetengahnya akan FIGHT…maka jadilah dia PEMBULI…anak yang dibuli di rumah akan membuli di luar. Ianya adalah pesona yang diambil demi untuk coping ketakutan besar di dalam dirinya. Seorang anak yang membuli, bila kita kaunsel, memang nyata dia mempunyai takut yang besar dan disorok melalui pesona kononnya hebat – membuli.

Jika dia FLIGHT, maka dia akan menjauhkan diri. Akan tiada keyakinan diri. Takut bergaul dan selalu ragu dengan apa yang dia mahu lakukan.

Jika dia FREEZE, maka anda akan nampak dia sering takut dan gelabah bila perlu melakukan perkara yang baru. Atau bila berada di dalam keadaan yang baru dan berbeza.

Jangan pandang remeh JARUM SYAITAN marah berlebihan ini. Ia memang digunakan untuk menghancurkan manusia.

Ibu ingin berpesan dan maafkan Ibu jika pesan Ibu ini tajam sedikit bunyinya.

“Bagi mereka yang bangga sangat memarahi anak-anak kecil yang kudus itu berlebih-lebihan, ingatlah bahawa itu bukan cara Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak-anak. Ia bukan sesuatu yang patut dibanggakan.

Jika melakukannya tanpa sengaja kerana belum boleh mengawal diri, maka itu tidaklah mengapa. Asalkan terus berusaha memperbaiki diri.”

Ibu mendoakan agar kita terjauh dari sikap marah-marah yang berlebihan ini dan berusaha memperbaiki diri.

Kita layak menjadi TENANG dan SABAR.

Sumber:  Ibu Rose

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
NuFa