Memang lelaki dan wanita berbeza. Namun tahukah anda betapa bezanya lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita bukan sahaja berbeza dari aspek fizikal semata-mata. Mereka juga berbeza dari aspek emosi dan cara pergaulan.
Satu kajian dibuat apabila 46,032 otak lelaki dan perempuan di scan. Ada beza otak lelaki dan perempuan. Dari gaya fikir, emosi dan perbuatan.
Antaranya, otak lelaki lebih kepada visual dan koordinasi. Otak perempuan aktif semua bahagian. Pusat fokus, buat keputusan, emosi dan mood.
Dalam perkahwinan. Jangan jadikan pasangan macam kita. Jangan harap mereka jadi acuan kita. Kita saling melengkapi dengan perbezaan.
Ads
Kita berbeza. Banyak faktor luaran dan dalaman. Terima seadanya. Baiki memperbaiki.
Ads
Contoh masa parking kereta. Perempuan buka pintu kereta. Nak tengok kereta dah masuk kotak parking ke belum. Siap minta tolong orang turun dan ketuk belakang kereta lagi. Atau kena ada juga ada orang cakap. Ok lagi sikit lagi sikit. Oppp. Cun.
Ads
Otak lelaki nak parking bontot punya lah senang. Pusing stereng kiri sikit kanan sikit. Kereta terpacak duduk dalam kotak parking. Senang je.
Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar. Malangnya, kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran, jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan dengan botol.
Lebih sukar lagi bagi para ibu yang menghadapi bayi yang tidak suka botol susu. Jika bayi anda mengalami masalah yang sama, berikut adalah beberapa tip untuk membuat peralihan lebih mudah untuk anda dan si manja anda:
Penyelidik percaya bahawa bayi akan lebih cenderung menerima susu daripada botol jika ia mempunyai persamaan dengan susu daripada payudara ibunya. Sekiranya bayi anda cerewet tentang suhu, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi anda dengan serta-merta atau memanaskan botol susu. Jika bayi masih menolak botol, cari botol dengan puting puting yang sama dengan puting payudara anda. Bayi anda mungkin hanya mencari rasa dan suhu yang menyerupai payudara ibunya.
Sesetengah pakar pediatrik mencadangkan anda menjauhkan diri daripada bayi anda, contohnya dengan tidak menyusukannya, sebaliknya tugaskan suami anda atau orang lain. Anda masih boleh berada di rumah yang sama tetapi di dalam bilik yang berbeza.
Jika bayi anda masih menolak, tinggalkan kaedah botol dan teruskan kepada penggunaan cawan. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda. Selain itu, cuba belajar cara yang betul untuk memberi makan anak anda dengan cawan kerana melakukannya dengan cara yang salah boleh menyebabkan bayi anda tercekik.
Membantu bayi anda minum dari botol susu mungkin mengambil masa berhari, minggu atau bulan. Sesetengah ibu perlu melalui 10 jenis botol berbeza dalam masa dua bulan untuk mencari yang disukai bayi mereka. Teruskan mencuba dan bersabar dengan bayi anda.
Pemilihan masa adalah sangat penting dalam percubaan dengan botol susu. Mulakan perlahan-lahan dan galakkan secara positif, jangan memaksa atau mendesak bayi anda. Waktu yang sesuai ialah apabila bayi anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang, dan tidak letih atau meragam. Mungkin 30 – 60 minit selepas menyusu atau makan. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan, hentikan segera dan cuba lagi. Kuncinya ialah untuk membiasakan bayi anda dengan botol susu supaya dia gembira menerimanya sebagai sumber makanan alternatif.
–
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesan kekuningan pada pengisar disebabkan banyak mengisar herba seperti kunyit dan sebagainya membuatkan pengisar menjadi kekuningan. Bagaimana cara tepat membersihkannya?
Perkongsian petua dari saudara Norhasbul Md Nor ini mak-mak kena cuba. Hasilnya mesin pengisar kembali jadi putih bersih tanpa sebarang kesan kekuningan lagi.
*Tak perlu lagi beli mesin pengisar yang baharu kan? Pengisar yang lama dan nampak seperti baru beli!
Bahan-bahan:
Beras satu genggam
Limau nipis – 2 biji
Sedikit garam
Air sedikit
1.Campurkan kesemua bahan ini di dalam pengisar/blender.
2.Kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga hancur.
3.Menariknya, selepas kisaran pertama dah boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas mesin pengisar tersebut.
Selain dari petua menggunakan bahan-bahan di atas, ada juga cara lain bagi menghilangkan kesan kuning dan bau dalam pengisar dengan menggunakan garam, sabun pencuci pinggan seperti Sunlight dan cuka.
Ramai ibu bapa hari ini pilih ikut trend sambut kelahiran bayi. Percayalah bila sambut ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak.
Bukankah itu yang dimahukan oleh semua ibu dan ayah yang baru menerima cahayamata? Hidup anak diberkati oleh Tuhan.
Cuba usaha untuk mengikut segala sunnah yang diajarkan oleh Nabi s.a.w semasa menyambut kelahiran anak.
Tak perlu pening kepala atau susah hati tak cukup bajet sebab nak buat majlis cukur jambul dan aqiqah anak siap dengan pelamin.
Tak perlu susah hati kalau ada orang yang mengata majlis anak kita tak macam orang lain kerana yang penting kita telah menegakkan sunnah Nabi s.a.w dan InsyaAllah mendapat keberkatan Allah SWT.
Seorang ayah, Encik Taufiq Salleh yang juga Setiausaha NGO Kemanusiaan Green Project Malaysia yang terlibat membantu ummat Islam di Syria berkongsi erti SEBENAR ikut sunnah Nabi sambut kelahiran bayi.
Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur).
Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu. Barulah ‘Class’ katanya.
Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan.
Untuk apa buat majlis habis duit, penat-penat tapi pahala tidak diraih? Silap hari bulan kalau tak buat majlis macam ni boleh dianggap tak sempurna pula.
Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri. Usah kejar ustaz-ustaz nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.
Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak.
Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za’faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah.
Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu?
Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suruh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?
Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan.
Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur. Mudah je.
Tak perlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak. Anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je. Kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik-cantik ni anak lambat membesar ke camana?
Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah.
Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita.
Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula.
Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah.