Pengacara TV, yang juga suami kepada pelakon popular Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir mengumumkan bahawa isterinya kini hamil zuriat pertama mereka.
Berita gembira tersebut disampaikan melalui video yang dimuatnaik di laman Instagramnya dengan caption “i’m going to be daddy!”
Tambah Nabil lagi, berita gembira ini sebagai hadiah yang paling bermakna untuk ulang tahun kelahiranya kali ini.
I’m going to be a Daddy!! 😍
Bismillahirohmanirrohim, alhamdulillah, on my birthday, I’m so happy to announce that my beautiful wife is pregnant! 💚
This video was taken when she surprised me with the amazing news! 😁
More video will be uploaded on our YouTube channel, WuvvShow! Make sure to subscribe so you won’t miss it!
Ayda Jebat turut mengambil peluang untuk menyampaikan berita gembira ini di laman Instagramnya sendiri dengan memuat naik video yang dirakam ketika membuat kejutan untuk suamimya.
Surprise!
🐣
Assalamualaikum, Bismillah.
Insyaallah our junior is coming.
Doakan yang indah indah buat kami.
Amin..
Rata-rata warganet dan juga rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan agar ibu serta bayi sentiasa selamat.
Ayda Jebat sah menjadi isteri kepada pengacara, Nabil Mahir di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada 1 Januari 2021 yang lalu.
Kredit: Ayda Jebat